Monday, November 22, 2010

FACEBOOK - APA SEBAB ANDA BUKA AKAUN FB?


Facebook laman paling popular

KUALA LUMPUR - Laman sosial, Facebook merupakan laman web paling popular di Malaysia pada bulan Oktober dengan lebih 8 juta rakyat Malaysia menggunakannya, kata Persatuan Digital Malaysia (MDA).

"Blog dan forum mendapat perhatian pelayar online untuk tempoh yang lama dengan purata 13:38 minit untuk satu sesi. Ini lebih panjang daripada purata tempoh yang digunakan untuk kategori lain.

"Purata mereka yang melawat laman komuniti ialah dua kali sehari. Anggota komuniti yang paling popular adalah di antara 15 hingga 30 tahun," kata MDA .

So, at the first place kenapa  atau apa yang membuatkan mula-mula sekali korang nak bukak akaun FB ni.

Terus terang aku mula-mula terjebak dengan FB sebab nak main On-Line Game! Kawan aku beria-ria suruh bukak akaun FB & join group dia.. Naik berantu main MAFIA .heheheehehe...sampai sanggup Add Member entah apa-apa dari merata ceruk donia semata-mata nak besar kan empayar MAFIA . Sanggup tak keluar lunch.. Ada masa terluang mesti layan MAFIA.

Disamping membesarkan Empayar dalam MAFIA aku tekun gak buat harta kat
MILLIONAIR CITY

haa yang ni memang on jer main!!! berantu!!
Semenjak dua menjak ni lah baru aku 'berinteraksi sebenar' dgn kawan2 kat Fb. :-).
Lagi pulak anak-anak pun semua dah ada FB... kira pantau memantau gak la... So you all camner lak!!

3 comments:

  1. aku buat sebab kawan2 aku paksa
    lepas tu aku tersangkut sebab rasa best dapat hadiah2
    haaha
    lepas tu kawan ramai
    lepas tu senang nak komen or chat ke apa
    dan lepas tu sangkut plak dengan online game n blog
    itu sebab musababnya

    P/S : Review Film : Harry Potter and the Deathly Hallows Part 1 Menarik Walaupun Agak Berat

    ReplyDelete
  2. Kadang-kadang best juga layan games ni tapi jangan terlampau fanatik..

    ReplyDelete
  3. hans: kebanyakannya mula sbb game kan..
    zmah: Betul tu...kalau ikutkan main game ni apa kerja pon tak jadi.

    ReplyDelete