Click Click NOW

Monday, February 17, 2014

DOnuT KentAng ~ Potato Donuts!


MenDonat!


More donut.
Something fluffy.
Very soft.

Resepi... gotit fr my FB frenz..
Tahrunnisah Jali 

Feel free to make rings, only donut holes, bulat2 tekan sket , myself tak pakai acuan pon...
 or twist them into whatever shape you ols suker. 

250 gram tepung gandum
sebiji kentang yang telah direbus dan dilenyek

1 biji telor ayam + 1/2 sudu kecil garam (dikacau dlm bekas lain dulu)
2 sudu besar susu tepung apa2 jenama
70-100 ml air ais (biasa tak pernah cecah 100ml pon)
1 1/2 sudu besar shortening
2 sudu besar gula
1 sudu kecil baking powder
1 3/4 sudu kecil yis mauripan


*doh lembut dan tak lekat kat tangan dikira ok..insyaallah...pastikan doh jgn lembik sangat sbb nanti masa menggoreng minyak serap dlm donut...

Caranya : (guna mixer)
1. Masukkan semua bahan kering dulu dalam bekas adunan
kemudian masukkan telor yang dipukul dulu dlm bekas lain serta masukkan air sedikit demi sedikit (part ni kene pastikan air tu taruk sikit2 ye sambil mesin menguli sehingga doh tu tak lekat kat tangan) serta last skali shortening or marjerin dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut dan elastik ye, Uli selama 20 minit

2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Boleh juga letak dlm oven 25 minit ( suhu 30 C) jika disuhu bilik masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam atau nak letak kat tmpt panas pun boleh..

3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bentuk doh tersebut dgn acuan donat atau bentukkan rupa donat dan susun donat2 atas dulang yang ditabur tpung gandum... dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.

4. Goreng di dalam minyak panas...masa menggoreng tu turunkan suhu panas supaya donut tidak hangus....angkat dan hias dengan gula atau coklat....
selamat mencuba...


FRY ME!!!

sugar? glaze? cinnamon sugar? powdered sugar? WHATEVARH!
....  make your own, It’s really not all that difficult !


Monday, February 10, 2014

Talam ButterScotch


yeay ..

i am back ... 


so this is Talam ..
3 layered steamed Malay cake .. 
Butterscotch pudding at the bottom, topped with 2 layes of custard pudding .


Nice! Original resepi dari Chef Asma .. but instead of using Roti Putih .. we added Roti ButterScotch yg sedap tu  :-)

Dah ramai yg buat Talam ni .. its easy babe..


Resepi ni Lujie Kredit to  Yatiememories ya

Lapisan Bawah
  • 13 keping roti putih Gardenia- di carik2
  • 2 biji telur
  • 50 gm raisin-Yatie tak letak
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1/2 sk garam
  • 150 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • 1/4 sk vanilla essence
Cara-caranya
  1. Satukan semua bahan-bahan dan rendamkan roti selama 30 minit (sehingga lembut)
  2. Masukkan dalam loyang 10x10x2"(Sapu minyak dulu sekeliling loyang dan alas plastik)
  3. Kukus selama 25 minit.
  4. Apabila masak angkat dan cakar dengan garfu.
  5. (Jika terdapat sedikit air di permukaannya, sendengkan loyang dan buangkan air guna sudu atau kertas tisu, pastu baru cakar2kan sedikit dan tuangkan adunan lapisan tengah)
Lapisan tengah
  • 1/2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1/2 sk garam
  • 2 biji telur
  • 100 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • sedikit pewarna hijau
  • sedikit perisa pandan
Cara-cara
  1. Satukan semua bahan2, kacau rata dan tapis ke dalam periuk.
  2. Masak hingga naik wap, guna api sederhana je. Masa ni sentiasa kacau guna whisk je...jngn terlalu pekat atau terlalu cair, adunan seolah2 susu pekat je.
  3. Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 25 minit ( Apabila masak, cakar dengan garfu)
Lapisan atas
  • 1/2 cwn tepung kastard
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1/4 sk garam
  • 1/8 sk vanilla essence
  • 3 biji telur
  • 100 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • sedikit pewarna kuning/oren (tak letak pun takpe)
Cara-caranya
  1. Ikut seperti lapisan tengah. Satukan semua bahan2 dan tapiskan.
  2. Masak jangan terlalu pekat & jangan terlalu cair. Guna api sederhana dan sentiasa di kacau supaya tak berketul2.
  3. Tuang adunan ke atas lapisan tengah dan kukus selama 25 minit.
  4. Sentiasa lap tutup pengukus. Saya lap setiap 5 minit, permukaan kuih kelihatan rata dan licin.
  5. Setelah masak, angkat dan sejukkan. Bila dah sejuk bolehlah di potong guna pisau plastik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICK CLICK CLICK