Click Click NOW

Friday, April 29, 2011

APAM POLKA DOT






Bahan-bahan
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling secukupnya
  • Pewarna ikut suka
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan inti **
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Guna api sederhana. Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah/mekar
 ** utk kali ni Lugie guna blueberry, kaya & lemon




i PAD 2 ~ plEASE Q' UP!!




iPad 2 on the launch day! Will all Machines' outlets carry iPad ... Please queue up accordingly.




image

Update: iPad 2 stock at Machines KLCC. Photo credit: cerventus.

In anticipation of long, long, long queues at all official Apple retailers across Malaysia, Machines — one of the country’s more prominent Apple retailers — have posted FAQs related to the purchasing process for the iPad 2 on launch day.

Head on after the jump for the full list but here are the more pertinent points:

  • All Machines outlets will carry the iPad 2 EXCEPT for its outlet in the Gardens at Mid Valley.
  • Retail store sales will begin at 1000hrs. Not all outlets will allow you to queue overnight. Machines Mid Valley, Sunway Pyramid, allow overnight queues. Machines KLCC, Bukit Tinggi, Lot 10 and JB City Square do not. Queue for these outlets will be right outside the outlets from the time of mall opens to public, roughly around 0900hrs.
  • Purchases are limited to two units per customer.

 .. credit to SoyaCincau

... and The Smart COver for iPAD 2...





Click for larger image
There you go iPad 2 hopefuls. Your biggest question about the iPad 2 has been answered. Right after the official announcement from Apple that iPad 2 is indeed coming to Malaysia this Friday, one of Malaysia’s largest Apple retailers — Machines — has revealed the official pricing for the device, and it is cheaper than expected!
Overall the iPad 2 is cheaper across the board that the original, up to RM100 for some models compared to the original and it RM100 cheaper all-round than our earlier estimated price.
WiFi
16GB: iPad RM1,549 — iPad 2 RM1,499
32GB: iPad RM1,849 — iPad 2 RM1,799
64GB: iPad RM2,149 — iPad 2 RM2,099
3G
16GB: iPad RM1,999 — iPad 2 RM1,899
32GB: iPad RM2,299 — iPad 2 RM2,199
64GB: iPad RM2,599 — iPad 2 RM2,499
No word of how much the Smart Cover will cost but now you know that it’s not going to deviate much from the estimated RM150 for the polyurethane version and RM250 for the leather casing.
Sale for the iPad 2 will start this Friday, April 29 at 9am for retail stores and 1am for online purchases. Expect long, long, long, long lines at all official retail outlets. You have been warned.
Thanks @Blaze_Edge and @mushtaqtera for the tip!

Monday, April 25, 2011

There's the F1 Race and The Great ChurpChurp Race! I want more KMs! #Churp2Race

There's the F1 Race and The Great ChurpChurp Race! I want more KMs! #Churp2Race

Start your engines. An iPad2, a Blackberry Bold 3, an iPod touch, or a pair of movie passes await you at the finish line!

KONTESSS - INNER ITU SAYA PUNYA!

CONTEST INNER ITU SAYA PUNYA - APSAL KAU TAG HAKU JAAAAH!! TAKPERR AKU SUKER!!! TAG LA LAGIII KALAU BRANI!!

Ini semua Jijah punya pasal. Tak pernah join kontes montes kat blog ni..setakat join segmen2 biasa ader ler.. tapi jijah punya pasal.. OKLAH! ... Tajuk Contest seperti diatas dinamakan gitew oleh cik puan punya contest MRS.VIP  (cun melencun cantek manes bru kawin 4 bulan 2 minggu 4 hari ) haaa!!  Tak tau ler dier tokey inner ke aper kee..tapi saper nak join sarat-sarat sah ada kat blog dier..sila tekan namanya ya!!

Antara syarat2 dier .. OMG tak leh blah..kena letak gambor sendiri aka wajah sebenar dgn aksi pakai tudung paling menarik... kekdahnyeeee! OK nindia myself...   rasernye ni jelah pic. yg pakai tudung snonoh sket.... boley laaar...









Inner itu saya punya coz' ... saya nak inner yg FREE tu!! nak juga nak juga!! so Jiejah kalau kau dpt...kau kena bagi gak inner tu kat lugie!

Another syarat dier... ooh hoo kena gak tag kat geng lain..sekorang korangnyer 2 org kan... ermmm....... so mangsa ku adalah.....   FARA   IEKAH MOKRI   SAraHnaBilA   cIKbIb  senydream  JAA64  huh...  ok udah2 ler tu... nenamer yg lugie tag ni kira rambang rawak mencekop jer yerkk... nak join ke idak sker ati korang ler..  tp jgn lupa ikot syarat 'Nenek Kebayan' cikpuan punya kontes ni yeek.. okk slamat mengontesss.. & to Jiejah... ingat pesanan ku!!!

KARIPAP SARDIN ~ Versi Bulat

Tanak tulis bebanyak .. nak letak je gambor KARIPAP SARDIN ku .. biasa org buat bentuk yg biasa tu lerr.. so this time myself  buat bullat.. & kelim sendiri tawww...walaupun huru hara..aku pedulik haper...janji SEDAP!! OOpss mmg sedap taww... hantar kedai CIk AMin lagi...

ini dah siap goreng... ready utk hantar ke kedai C.Min..

yang ni ready utk di sejuk bekukan @ 'frozen'

oopss lupa nak snap photo intinya.. sardinn... pedas2 hujung lidah gitew...esok je yee..

RESEPI (kulit)
kita bagi resepi kulit aje ye... sanang baaaa..

500g tepung gandum (kita pakai BlueKey)
160ml air
120g Marjerin (kita pakai Puteri)
Inti...
alaa macam buat sambal sardin..tapi kita tambah cube kentang & lebihkan bawang.

CARA:
Uli tepung dengan marjerin...sebatikan...
kemudian campurkan air..tapi jgn curah semua...letak sikit sikit hingga doh sebati..
Uli hingga sebati dan rehatkan.

Friday, April 22, 2011

HAPPY BIRTHDAY Cik Juliey @ Yuyie @ Wan Uchu


Alhamdulillah...niari Birthday my sister... nama seperti diatassss....
well i do hav a lot to say bout' her... but Keep It Short , Simple, Sweetie. (KISS)...
its all about Love... Love her so much! 
ni dia org nye... sgt perasan ;-) hiks!!! well... we all sumer camtu... 



dia ni kadang-kadang pemalu...cam ai jugerrr...
tapi selalunyaaa..dia tak malu pon.... hiks!!


dan dia cakap sgt laju... sama spt visual diatas...


dia......diaa..
she's a good singer!!! no doubt!
(sib baik x jadi retis..klu tak... jual kueh laa tokti!)
tp sebab udah jadi is3 org...so..nyanyi utk somy jerk!!


& sometimes I wish I could turn back time..  i wish...
 with her & the others ...

i love u i love u i love u

semoga semua yg impikan menjadi kenyataan ... insyaallah...

sekian saja utk kali ini...renungrenung kan... dan slamt beramal!
MUAAAAAAXX!!!


Monday, April 18, 2011

My Maccarone ` 1st attempt!


Nyum nyum nyum.... senyom pagi senin semanis My Maccarone
Lama dah nak buat tapi dok pendam resepi... Ramai yg bising tanya kenapa mahaii harga Macaron neh...bahan poyo poyo jerk...
Antara bahan2 asasnya putih telur, gula pasir, serbuk almond atau almond tanah, dan pewarna makanan. Macaron ini biasanya diisi dengan buttercream di antara dua lapisan Macaron. Namanya berasal dari kata Itali iaitu “Maccarone” atau “maccherone”.


Bila mak tengok aku buat malam tadi ...memula dia ingat nak buat meringue. Asas dia mmg macam buat meringue.

Apa rasa Macaron ni?
Crispy kat luar chewy kat dalam tu..bila kita gigit rasa crispy lepas tu kat dalam rasa chewy dan melty gitu..kat tengah ada filling..ada macam variety filling…errmmmm memula masuk mulot mmg manisss larh... tp tgn akan capai satu..& satu..& satu lagi...
:-) ...
so last nite nyer 1 attempt... rasa dh maveloss...'& YES...dia ada 'kaki'!!!
1st attempt terus kluar 'kaki' ... aku skerr!!
Tapi kena bikin lagi utk buat 'body' yg 'munggil'... of coz'!!

Pasal tu la harga macaron ni mahal dek oi... nak buat nye tak pasal2 boleh nangesss!! tadek 'kaki' tadek macaron dek!.. ;-)

utk yg nak cuba sendiri...ada macam2 style resepi kat internet & utk yg ni lugie guna resepi ni ya

...pretty basic...
190 g. almond powder
310 g. confectioners sugar
150 g. aged egg whites
95 g. fine sugar
*flavorings, powder food coloring

Whisk together the confectioners sugar and almond powder and set aside. Beat the egg whites, then slowly add in the sugar, food coloring and flavoring. Beat until you get peaks - slightly less than firm, but almost firm. Basically you want thick lava texture (cause, we all know what lava feels like, right?) Then, fold the dry ingredients in, just until they are blended. Pipe using a pastry bag. Rap the baking sheet. Let rest until a skin is formed. The baking part is really tricky - on my oven, I bake for 150C, If the oven is too cold, you'll get cracked Macarons and no feet. Not good.

INFO
Larousses Gasronomique adalah bandar dikatakan dimana Macaron ini dicipta. Ada setengah mengataan Chef Pastri seorang Itali telah membawa resepi ke Perancis pada tahun 1953 selepas berkahwin dengan Raja Henry II Perancis. Pada tahun 1830an, 2 keping Macaron telah dilapik dengan isian jem, krim mentega seperti yang terdapat hari ini.
sumber: Wikipedia



Tuesday, April 12, 2011

Monday, April 11, 2011

PRU 13 ~ JUN, JULAI OR OKTOBER ?


Sekolah terima notis awalkan peperiksaan, petanda PRU-13?


KUALA LUMPUR, 11 April — Di sebalik desas-desus kemungkinan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan tahun ini, laporan media menyebut sudah ada notis meminta peperiksaan sekolah-sekolah kerajaan pertengahan tahun ini dipercepatkan — dipercayai sebahagian persiapan menghadapi hari pengundian kelak.

Laporan Sin Chew Daily hari ini menyebut, satu notis kerajaan persekutuan telah diedarkan meminta sekolah agar mempercepatkan peperiksaan supaya pilihan raya umum ke-13 boleh diadakan Jun atau Julai ini, bergantung pada keputusan pilihan raya negeri Sarawak yang sedang berlangsung sekarang.

Akhbar itu berkata beberapa sekolah di Negeri Sembilan telah menerima notis dan peperiksaan mesti diadakan bulan depan dan dewan sekolah pula tidak boleh disewa kepada awam mulai Jun dan bulan seterusnya.

Penganalisis dan pemerhati melihat pilihan raya paling cepat akan diadakan pada Jun atau Julai atau pada Oktober memandangkan Ogos dan September merupakan bulan Ramadan dan sambutan Aidilfitri manakala November umat Islam akan menunaikan haji.

Pengetua sebuah sekolah rendah kebangsaan Cina di Selangor berkata notis pemberitahuan seumpama itu biasa dihantar oleh Kementerian Pelajaran sebulan atau dua bulan sebelum pilihan raya umum diadakan walaupun tiada sebab yang dinyatakan.

“Tapi notis seperti ini boleh menjadi petunjuk pilihan raya dan biasanya ia tepat,” kata pengetua yang enggan namanya didedahkan.

Menurut Sin Chew Daily lagi, setakat ini sekolah yang menerima notis pemberitahuan itu tidak banyak dan pilihan raya umum akan diadakan berpandukan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri Sarawak.

Pengundian pilihan raya negeri Sarawak diadakan 16 April ini.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mengakui BN itu akan berjaya mempertahankan Sarawak namun ramai yang percaya kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri BN akan berkurangan.
Kini, BN Sarawak yang dipimpin Tan Sri Abdul Taib Mahmud mempunyai 63 kerusi di Dewan Undangan Negeri manakala DAP enam, PKR dan Parti Cinta Malaysia masing-masing satu.

Dalam temu bual dengan Reuters awal bulan ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata keputusan pilihan raya negeri Sarawak pertengahan bulan ini akan digunakan sebagai “ukuran” untuk menentukan tarikh pilihan raya umum ke-13 — sama ada dipercepatkan ataupun sebaliknya.

Pengerusi BN itu berkata kerajaan akan memutuskan masa yang sesuai bagi pilihan raya umum selepas pilihan raya negeri Sarawak.

JJCM - Pak Z Kopitiam @ Korean Style


lunch time!!! lets eat! Ok! Korean time!


MaeWon  Galbi Chim @ Spicy short beef rib stew Galbi

Gimbab @ Korean Rice Roll 한국

Yang Puni BibimBap @ mix vegetable rice in a big pot! Puni 비빔밥

Chicken Tomyam Soup @ 닭고기 Tomyam 스프


김치


~ Merisik Khabar `


Kamariah Jamaludin was born, bred and educated in the state of Pahang. She respectively attended the Abu Bakar Primary School in Mentakab and the Methodist Girls Secondary School and Sultan Abu Bakar School in Kuantan, Pahang. In 1974, she finally left her beloved home-state for Kuala Lumpur to pursue her Bachelor’s degree, majoring in Anthropology and Sociology at the University of Malaya.

Now - Datin Kamariah Jamaludin

still as sweet as before ... ;-)






Mungkinkah Datin Kamariah Jamaludin dan 'Kay' adalah orang yang sama? Dari iras wajah dan keterangan bidodata mmg beliau org yg sama. Apa-apa pun kita hormati segala kisah silam beliau & ternyata sekarang beliau sgt berjaya dgn kehidupan & karier nya. Kisah silam itu adalah sejarah & kenangan yg amat berharga utk setiap insan.


so sweet at ths age... ;-)

Secebis kenangan dulu ...
Terlebih dahulu AL-Fatihah utk arwah Sudirman Hj Arshad


180px-Kahwins%26k
180px-Singinglawyer
Arwah Sudirman pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang eksekutif Petronas yang bernama Kamariah Jamaluddin atau Kay, namun mahligai cinta yang dibina cuma mampu bertahan kira-kira tiga tahun saja sebelum semuanya berakhir dengan penceraian
dan semua orang tahu kesan perpisahan tersebut memberi tekanan psikologi yang cukup hebat dalam diri Sudirman, ini boleh dirasai melalui lagu-lagu cinta yang didendangkannya




~ Inspiration @ Perfection is the end not the beginning ---

Inspiration : A true, personal story from the experience...
let share the story...

1st.. a man.. once a garbage collector.


"Lee Myung Bak was born in wartime Japan and was the fifth of seven children. In 1946 his family returned to Korea, but their boat capsized during the journey, and they landed ashore with little more than the clothes they were wearing. They settled in his father's hometown of P'ohang, and, to help support his family, Lee sold rice snacks during the day and attended school at night. He enrolled at Korea University, Seoul, in 1961, paying his tuition by working as a garbage collector."
source : http://articles.cnn.com/2008-03-31/world/s...ent?_s=PM:WORLD

He joined the fledgling Hyundai Construction company in 1965. At the time, it had fewer than 100 employees, and Lee advanced quickly through the executive ranks. When he resigned as CEO in 1992, the Hyundai Group had some 160,000 employees, and its products ranged from automobiles to heavy machinery to consumer electronics.. He is well known as BULLDOZER because of his very hardworking attitude.

from GARBAGE COLLECTOR ---> PRESIDENT of KOREA

... FULL STORY...
Presiden Korea sekarang ini, Lee Myung Bak dari TUKANG KUTIP SAMPAH kepada PEMERINTAH 1 di Korea.
Selepas sahaja berjaya jadi Presiden Korea, dia telah derma SELURUH GAJI nyaa semasa kerja sbg CEO Syarikat Hyundai kepada rakyat miskin Korea, lebih kurang RM100 JUTA.

Sebelum ini beliau pernah terlibat dalam projek Jambatan Pulau Pinang semasa era PM Tun Dr Mahathir,
Semasa itu dia adalah CEO syarikat Hyundai dan dengan terang-terang menyatakan kekagumannya akan visi 2020 negara maju Malaysia semasa lawatannya ke Malaysia.. hingga dinyatakan bahawa dia ingin buat dasar pandang ke Malaysia, dan memang benar selepas itu, syarikat Hyundai membuat visi 2020 dan logo baru syarikat Hyundai!

Semasa lawatannya ke Malaysia, dia buat acara penghormatan kepada Rejimen Askar Melayu (RAMD) dengan cara yang unik.



Permulaan hidup yg amat sedih. Dilahirkan semasa era perang di Osaka, Jepun.. keluarganya bekerja sebagai petani buruh di Jepun, selepas ahli keluarganya berusaha melarikan diri ke Korea di P'ohang, kampong ayahnya . Semasa kecilnya menjual snek, ais krim dan makanan ringan untuk menolong ahli keluarganya yang amat susah.

Semasa kecil hanya bersarapan dgn hampas gandum, petang hanya minum air , malam makan balik hampas gandum. Tidak pernah bawa makanan ke sekolah kerana tak mampu.

Mendapat biasiswa utk  sambung belajar di sekolah tinggi diakerana rajin belajar.

Kemudian emak ayah dia pindah ke Seoul untuk cari kehidupan yang lebih baik.. tapi tetap susah juga, ibu bapa dia jadi penjual sayur jalanan.. disebabkan terlalu miskin, Presiden Korea Selatan sekarang ni Lee Myung Bak  jadi buruh bangunan dan dia kata  impian dia ialah hendak jadi pegawai kerajaan Korea, dan hendak tolong ahli keluarga dia (memang dapat apa yang diimpikannya hingga dapat jadi Presiden Korea Selatan).

Selepas habis sekolah tinggi,sambung belajar di Universiti Korea yang terkenal, disebabkan dia tak punya kewangan yang baik sebab keluarga dia amat susah, dia kerja sapu jalan dan kutip sampah di korea tu.. masa dia masuk universiti baru dia berjinak dengan politik korea lepas dipilih jadi anggota dewan Mahasiswa Universiti Korea.

Pernah diblacklist oleh kerajaan Korea kerana kuat menentang dasar kerajaan Korea yang ingin berbaik dengan kerajaan Jepun (ini sifat kurang baik dia.. tapi kalau kita baca autobiografinya, ada sebab kukuh kenapa dia amat benci dengan tindakan itu, semuanya sebab memori tidak baik masa silam dia, dan ahli keluarga dia semasa berada di negara Jepun, hinggakan keluarga dia habis jatuh amat miskin.

South Korea's President Lee Myung-bak wipes his eye during the 92nd anniversary of the March 1 Independence Movement against Japanese colonial rule in 1919, in Seoul, March 1, 2011. REUTERS/Jo Yong-Hak (SOUTH KOREA - Tags: POLITICS ANNIVERSARY IMAGES OF THE DAY)


Semasa dia masuk kerja di syarikat Hyundai di Korea pada tahun 1965, pengasas syarikat Hyundai ketika itu amat kagum dengan kebolehannya dan kerja kerasnya sehingga mendapat gelaran BULLDOZER diberinya jawatan CEO Syarikat Hyundai kepada Lee Myung Bak selepas dia bekerja selama 10 tahun di dalam syarikat Hyundai, pada mulanya syarikat Hyundai hanya mempunyai pekerja kurang dari 100 orang pekerja tapi sebelum dia meninggalkan syarikat Hyundai itu, syarikat Hyundai telah mempunyai seramai lebih 160,000 orang dan membentuk Hyundai Group dengan pelbagai cabang perniagaan dari automotif, pembuatan mesin, buat bangunan, barang elektrik, buat kuasa nuklear dan pelbagai lagi cabang perniagaan yang lain. **

kemudian dia bertanding dalam politik dan menjadi YB Kota Seoul pada tahun 2002, 5 tahun lepas tu tahun 2007.. Lee Myung Bak yang semasa kecilnya amat miskin, hingga sanggup kerja kutip sampah dan sapu sampah di kota seoul sekarang telah menjadi orang #1 di Korea sebagai Presiden Korea Selatan!! SIAPA SANGKA!.. dan janjinya pula ialah setelah dia berjaya jadi Presiden Korea ialah derma seluruh gajinya semasa menjadi CEO syarikat Hyundai hanya tinggalkan rumah peribadi dia sahaja sebagai harta dia semasa dia bersara.

Visi Presiden Korea ialah menyebarkan budaya korea ke seluruh dunia & hendak semua benda lebih baik dari negara jiran - Jepun!.
disebabkan semasa kecilnya, dia berasa hati dan dendam yang amat tinggi kepada Jepun (hingga pernah diblacklist oleh kerajaan Korea kerana terlalu nasionalis dan membangkang habis-habisan apa-apa sahaja pengaruh Jepun di Korea).. rasanya dia telah berjaya dengan Kpop menjadi amat popular di dunia sekarang ini. ;-)
Dari segi teknologi internet, kedua-dua negara Jepun dan Korea ni bersaing amat hebat.. SAMSUNG ada teknologi internet kelajuan tinggi dia sendiri, Jepun pun ada juga dari NEC ke NTT.. mereka ni amat kuat bersaing siapa boleh jadi lebih hebat.. teknologi HD rasanya mula-mula digunakan dengan amat luas di Korea, semua benda yang hiburan yang download dari internet dari kualiti HD banyak letak kat Clubbox,
& Semasa buat menara berkembar Petronas KLCC tu, Dr Mahathir telah meletakkan sebelah menara tu kontraktor dari Jepun, iaitu dari dari syarikat HAZAMA dari Jepun dan lagi sebelah menara ialah dari syarikat SAMSUNG dari Korea.. mereka ni kuat betul bersaing masa tu, dua-dua tak nak mengalah.. dan akhirnya syarikat dari SAMSUNG Korea ni menang siap dulu.. masa tu rasanya SAMSUNG tak ada nama yang tinggi macam sekarang ni, masa tu diaorang tak popular macam sekarang ni.


projek PETRONAS KLCC

Semasa dia bekerja sebagai CEO syarikat Hyundai dan buat kerja pembinaan jambatan Pulau Pinang, dia rasa amat bangga kerana dapat kerja di sebuah negara yang pada masa itu jauh lebih maju dari Korea.. tapi sekarang dah terbalik pula, Korea sudah maju, Malaysia masih mencari rentak bagaimana hendak jadi negara maju.

Peringatan... pengajaran...
Korea dulu adalah 3x ganda lebih miskin dari Malaysia.. apabila pergaduhan saudara berlaku memang tuhan uji diaorang jadi amat miskin, macam Iraq dan Afghanistan, gaduh sesama saudara sendiri terus jadi amat miskin, padahal dulu kuasa besar dunia Russia pernah kalah dengan Afghanistan ni.. ..
.
.
& ... tak penting dimana bermula,tapi yg penting dimana berakhirnya ...

In this handout photo provided by President House, South Korean President Lee Myung-bak delivers his New Year's address at Presidential House on January 2, 2009 in Seoul, South Korea. Lee has made leading South Korea out of the global economic crisis his first priority for 2009.  (Photo by President House via Getty Images) *** Local Caption *** Lee Myung-Bak


"When you inspire one person you have already changed the world."
~ Sabina Nore

Thursday, April 7, 2011

PASTIKAN TELOR ANDA ORIGINAL !

Anda suka makan telor ? Hari-hari makan telor? so sekarang hati-hati bila memilih telor ya... jgn sampai terambil@terbeli telor yg palsu ya... “fake eggs”.

Apakah tanda-tanda telor anda palsu?...
antaranya ialah....
* tak berbau macam telor yg biasa ... (Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah
* tastelesss ... tak rasa macam telor sebenar....
* unusual shapes & larger than real eggs....
*Ia besar & bila dipecahkan tak adapusat telur (chalazae - bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur).
* Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur
*Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
*Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
*Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
*Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
*Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
*Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.

 

Unidentical twins: The fake egg (left) is different in shape and colour from the genuine egg
“The fake egg also had a rougher surface than the genuine one.

“When cracked, there was no sign of chalaza, the structure inside the egg that keeps the yolk in place.

“The fake egg white and yolk quickly mixed together, unlike that of real eggs,”
Amat perlu anda perhatikan ... posisi kuning telur-telur palsu ini akan sama semuanya.


* The fake egg yolk (left) is more yellowish dari telor sebenar....
* Telor palsu (fr.China & full with chemical) lebih murah dari telor sebenar...

INFO
Di China pembuatan telur palsu ini juga ada kursus-nya, Kursus ini diiklankan secara online dan menunjukkan betapa ini bukan lagi hal baru atau yang “menggemparkan” di negara ini. Kursus ini dilakukan dari satu sampai dua hari dan biayanya berkisar dari 300 sampai 800 yuan (40-100 dolar AS). Pusat latihan ini biasanya menjamin bahwa telur buatan mereka, akan sukar dibezakan dengan telur asli, baik bentuk maupun rasanya.  Tak hanya telur palsu, ternyata saat ini di China juga sudah ada teknologi untuk membuat “anggur buatan”, “daging ayam dan daging sapi buatan”,.

Berbeza dengan telur asli yang sarat manfaat, telur palsu ini ternyata memberi kesan negatif bagi manusia. Dengan komposisi tambahan makanan, getah damar, kanji, pengeras, dan pigmen-pigmen lainnya merupakan bahan utama dalam membuat telur palsu ini. Selain tidak mengandung nutrisi apapun, kandungan dalam telur palsu ini, seperti tawas, jika dikonsumsi secara berlebihan akan merusak perut dan menyebabkan gejala-gejala kehilangan ingatan dan gangguan mental seperti dementia (penyakit mental yang dapat memengaruhi kemampuan berpikir, mengingat dan bertingkah laku).

CARA-CARA MEMBUAT TELOR.PALSU ;-)
Antara Bahan-Bahannya:
Kulit Telor: lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat dan bahan-bahan lain
egg yolk and egg white – sodium alginate, alum, Gelatin, calcium chloride & pigment.








 
SO.. Berhati-hati semasa memilih@membeli telor. Dapatkan Hanya yang ORI!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICK CLICK CLICK