Click Click NOW

Monday, December 13, 2010

CAMELIA DAH BERSALIN

 



LAMA rasanya CAK tidak mendengar khabar daripada penyanyi jelita kelahiran Kuching, Sarawak, Dayang Noor Camelia Abang Khalid. Sejak album terakhirnya kira-kira tiga tahun lalu, namanya terus senyap dan sukar dihubungi.

Entah hilang ke mana tapi setahu CAK, pernah sekali seorang teman cerita yang penyanyi yang dulu pernah popular dengan lagu Rindu Padanya ini berkahwin kali kedua selepas gagal menyelamatkan perkahwinan pertamanya sebelum itu bersama Mohd Ehsan Tun Ahmad Zaidi Adruce.


Perkahwinannya memang diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri teman terdekat dan keluarga. Jika tidak salah CAK, suaminya ahli perniagaan berjaya yang patut dicontohi bakal usahawan muda.  


Daripada sumber yang rapat dengan keluarga Camelia, dengarnya penyanyi itu
menimang cahaya mata perempuan yang dilahirkan minggu lalu. Nak sahkan lagi, CAK dapatkan maklumat daripada seorang jururawat sebuah hospital swasta di Petaling Jaya. Memang katanya, penyanyi itu selamat bersalin.

Dengar cerita lagi daripada seorang sumber terdekat, Camelia terus mendapatkan khidmat jururawat di situ untuk menjaga bayi comelnya serta kesihatannya sendiri. Naluri keibuan yang begitu terserlah daripada Camelia.


CAK masih cuba mendapatkan kenyataan Camelia bagi mendapatkan kepastian mengenai perkara itu. Namun sehingga semalam, tiada jawapan daripadanya. Apapun, tahniah kerana kini bergelar ibu dan semoga Camelia kembali mewarnai pentas seni tanah air!


-harian metro
tansri & Betina kat sebelah dia...

laki sheols Tan Sri khennn? pemilik Maju Junction Mall. 
Camelia dok London sebelum ni, tak dok kat Msia.. dia bini no.3, nama husband dia Dato' Sri Akbar Khan, bini no.2 dia Bettina Chua Abdullah tapi dah cerai klu tak silap la.. so that makes Camelia turun no.2 lah kot? 

 

kredit photo to blog  Yana Yassin yang ~ salah seorang pemain gamelan di majlis cukur jambul anak pertama pasangan suami isteri Camelia & Dato’ Sri Akbar Khan.

 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICK CLICK CLICK