Click Click NOW

Monday, December 6, 2010

Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo di dakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam di Shah Alam



KUALA LUMPUR, 6 Dis: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di dakwa akan mengenakan pertuduhan kepada Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Khir Toyo di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini berhubung isu banglo gaya 'istana Bali'.

Beliau dijangka akan dituduh ekoran pembelian dua lot tanah pada harga lebih rendah daripada nilai pasaran ketika menerajui kerajaan negeri.

Turut akan didakwa ialah seorang ahli perniagaan yang bersubahat dengan beliau, lapor web The Malaysian Insider.

Difahamkan Peguam Negara Tan Sri Gani Patail sendiri akan memfailkan tuduhan ke atas kedua-dua mereka.

Dua tahun lalu Dr Khir didakwa oleh Pakatan Rakyat membina "istana" di Seksyen 7 Shah Alam bernilai RM23 juta.

Sebelum ini, ADUN Sekincan Ng Suee Lim mendakwa anggaran kos pembinaan rumah di kawasan seluas 50,000 kaki persegi atau 0.5 hektar itu, ialah RM20 juta, manakala tanahnya dibeli dengan harga RM3.8 juta.

Difahamkan tanah itu bernilai RM6.5 juta.

Rumah tersebut terletak di Jalan 1/7L di Seksyen 7, Shah Alam.

Pertengahan tahun lalu, Ng menunjukkan bukti bahawa Dr Khir, 45, dan isterinya Zahrah Kechik, 45, memberi secara bersama tanah tersebut dari Ditamas Sdn Bhd pada 2007.

Dokumen itu menunjukkan bahawa seorang pengarah Ditamas ?yang dikenali sebagai Shamsuddin Hayroni ?didakwa Ng sebagai kawan Dr Khir.

Sambil menggelarkan rumah tersebut sebagai "istana bergaya Bali", Ng berkata, pakar industri pembinaan menganggarkan kos pembinaan dan kelengkapan rumah tersebut ialah kira-kira RM20 juta.

sumber: harakahdaily

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICK CLICK CLICK