Click Click NOW

Tuesday, December 14, 2010

HATI - HATI KICAP KIPAS UDANG TIRUAN!!!

Aha...sapa suka makan kicap... hati - hati lorrr!!

3,360 botol kicap tiruan dirampas

13/12/2010 6:35pm
SEREMBAN  — Sebanyak 3,360 botol kicap manis tiruan yang menggunakan jenama ”Kipas Udang” bernilai hampir RM10,000 dirampas dalam operasi Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Negeri Sembilan, hari ini.

Rampasan itu dibuat hasil pemeriksaan di sebuah syarikat pemborong di Jalan Tuanku Antah di sini, kata Ketua Pengerusi PPDNKK Mohd Nor Musa.

"Kami mendapat aduan dari orang ramai menyebabkan kita membuat pemeriksaan di setor syarikat pemborong terbabit.


Pemilik syarikat itu yang berusia 50-an bagaimanapun tidak mengetahui kicap itu adalah tiruan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata sampel daripada kicap tiruan itu akan dihantar ke makmal untuk melihat sama ada ia menggunakan bahan merbahaya atau tidak.

Terdapat perbezaan yang agak ketara di antara kicap tiruan itu dengan yang asli iaitu tulisan tamat tempoh penggunaan kicap tiruan itu tidak dicetak dengan laser sebaliknya menggunakan pencetak komputer biasa, katanya.

Beliau berkata pihaknya kini mengesan pembekal kicap itu dan mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 3 (1)(b) Akta Perihal Dagangan 1972 dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM250,000. - Bernama

dapat kan yg ORI!
credit to greenboc
Gambar menunjukkan perbezaan antara Kicap Kipas Udang yang tiruan dan asli yang mana kicap asli (kanan) mempunyai penutup lubang plastik berbentuk bulat manakala kicap tiruan (kiri) penutup lubangnya berlubang. Itu adalah salah satu perbezaan antara kicap asli jenama Kipas Udang dan kicap tiruan yang dirampas oleh penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan di sini hari ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICK CLICK CLICK