Sepuluh tahun yang lalu, renungan was-was kelihatan pada semua apabila saya berbincang tentang Wikipedia.
Mungkin mereka tidak percaya bahawa sukarelawan dari seluruh dunia mampu berganding bahu dan bekerjasama untuk mewujudkan kahzanah ilmu -hanya dengan misi untuk berkongsi.
Tiada iklan. Tiada keuntungan. Tiada agenda.
Satu dekad selepas Wikipedia dimulakan, lebih daripada 380 juta orang menggunakannya setiap bulan– hampir satu pertiga daripada pengguna-pengguna jaringan Internet sedunia.
Wikipedia merupakan laman web kelima paling dikunjungi di dunia. Keempat-empat laman yang mendahuluinya telah dibina dan diuruskan dengan berjuta-juta dollar modal, bilangan staf yang besar dan startegi pemasaran yang tidak terhingga.
Akan tetapi, Wikipedia bukanlah laman komersial. Wikipedia dihasilkan oleh masyarakat, ditulis dan disunting oleh para sukarelawan untuk menghasilkan setiap artikel. Anda merupakan sebahagian daripada komuniti ini dan saya merayu kepada anda untuk melindungi khazanah ilmu dan memastikan Wikipedia terus maju.
Bersama-sama marilah kita memastikan Wikipedia akan sentiasa percuma dan bebas daripada pengiklanan. Kita mampu memastikannya sentiasa berkecuali dan bebas -supaya anda dapat menggunakan maklumat dalam WIkipedia untuk keperluan anda. Kita mampu mengembangkannya -menyebar ilmu ke seluruh dunia melalui penglibatan masyarakat.
Setiap tahun pada masa ini, kami merayu dan memohon keapda anda serta orang lain di serata komuniti Wikipedia untuk memastikan Wikipedia terus wujud dengan derma ikhlas sebanyak $20, $35, $50 atau selebihnya.
Jika anda menghargai Wikipedia sebagai sumber maklumat - dan sumber inspirasi - saya berharap anda akan untuk bertindak sekarang.
Sekian, terima kasih.
Jimmy Wales
Pengasas Wikipedia
P.S. Wikipedia merupakan kuasa masayarakat untuk melakukan perkara yang tidak mungkin wujud. Masyarakat seperti anda menulis ensiklopedia Wikipedia, satu demi satu patah perkataan. Masayarakat seperti anda menyumbang, satu demi satu derma. Begitulah besarnya kemampunan kita untuk membawa perubahan.
This page was last modified on 5 December 2010, at 16:07.
No comments:
Post a Comment