Click Click NOW

Saturday, December 11, 2010

LOKAN PAK ZAINAL - MASJID TANAH, MELAKA

http://lokanmelaka.blogspot.com/

Sambil duduk santai update blog sempat layan Majalah 3. Ada segmen 'Nelayan Blogger' yg amat menarik. Pak Zainal , seorang penangkap lokan dari Masjid Tanah ,Melaka. Sayu sebak & bangga tengok anak2 Pak Zainal cerita pasal kebimbangan ,kerisauan tiap kali ayah diorang turun mencari lokan. Kalau tak silap blog Lokan Melaka ni anak2 Pak Zainal yg usahakan. Syabas! Semoga Allah SWT sentiasa melindungi Pak Zainal dari sebarang bahaya & semoga segala usaha Pak Zainal berjaya & terus dimurahkan rezeki.

antara masakan lokan.

Zainal Md Ali Umur 57 tahun. Bekas tentera ( 17RAMD dan 22RAMD)berpangkat Korperal kumpulan Tambo, selama 15 tahun. Menjadi Pengawal Keselamatan Sekolah Kebangsaan Berisu dan SK Ramuan China Besar selama 15 tahun. Di samping itu menjadi nelayan bagi menambahkan sumber pendapatan. Merupakan Ahli Persatuan Nelayan Kawasan Melaka Barat, Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Melaka Barat dan Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Negeri Melaka.
untuk cerita lanjut boleh lah terus ke blog LOKAN MELAKA.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICK CLICK CLICK