Click Click NOW

Wednesday, December 8, 2010

Juara Sehati Berdansa 3 Sah Bercerai


KUALA LUMPUR 8 DIS 2010: Sedih pulak Murai Batu bila dengar cerita yang baru sampai kat telinga Murai Batu. Tidak tahulah betul atau tidak, tapi cerita ini agak sadis jugalah. Murai Batu dapat tahu, pasangan Juara Sehati Berdansa Musim Ketiga, Sein dan Nana khabarnya nak bercerai.

Mengucap panjang Murai Batu apabila si pengirim berita menyampaikannya kepada Murai Batu. Yelah, mereka berdua ini memang nampak romantik dan gembira selalu. Menurut sumber Murai Batu, pasangan tersebut akan hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor petang ini bagi membincangkan tentang kes penceraian mereka.

Lepas satu per satu, pasangan sehati berdansa ini bercerai.Susahlah nak cakap sama ada program Sehati Berdansa itu memang mempunyai badi kurang sihat sehingga setiap pasangan yang masuk program itu akan bercerai.

Tapi ada juga angin yang bertiup mengatakan hubungan pasangan Sein dan Nana ini goyah dikatakan berpunca dari Sein sendiri yang dengarnya telah main kayu tiga di belakang isterinya.

Sama betul atau salah, itu Murai Batu susah nak cakap hanya mereka dan keluarga mereka sahaja mengetahuinya. Harapan Murai Batu kalau boleh selamatkan perkahwinan itu, selamatkanla. Lagipun usia perkahwinan mereka yang telah pun memasuki tahun keempat dan fikirkanlah tentang anak-anak.

MURAI BATU: Tunggu penjelasan daripada Elly Mazlein tentang status dirinya.
kredit info - MURAIsemoga penceraian ini dapat dielakkan...

LATEST UPDATE:
Bekas ahli kumpulan Ruffegde dan hos Beat TV, Syed Hussein Syed Mustafa (Sein) dan pasangannya Noor Diyana Muhammad (Nana) sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pukul 3 petang tadi. Prosiding mahkamah dilakukan secara tertutup.


Pasangan tersebut merupakan bekas Juara Sehati Berdansa musim 3, sebuah program realiti tarian terbitan Astro. Selain sebagai penyanyi, Sein merupakan seorang pelakon dan juga terlibat sebagai ahli perniagaan, manakala Nana merupakan seorang surirumah sepenuh masa.


Sein dan Nana, yang masing-masing berusia 27 dan 26 tahun mendirikan rumahtangga pada 8 Julai 2006 dan dikurniakan dua orang cahayamata berusia 3 dan 1 tahun.


Mereka merupakan pasangan ke tujuh program realiti tersebut yang bercerai selepas Asheed (Def Gab C) & pasangannya Sharifah Noor Shima, Atilia & Ariff Johan Abdul Aziz, Dira Abu Zahar & Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid, Radhi OAG & Shazlin Sharif, Sabrina Ali & Mohamad Shahrin Abdul Halim dan Anne Ngasri & Abdul Wafi Hassan.


1 comment:

Wirda Azurainie said...

baru chat dengan dia lately nie. patutlah nampak xbape happy.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICK CLICK CLICK