Click Click NOW

Wednesday, December 1, 2010

Kompaun munasabah saman trafik mulai hari ini


KUALA LUMPUR 30 Nov. - Polis akan menawarkan kadar kompaun munasabah bagi semua saman trafik mengikut beberapa syarat yang ditetapkan mulai esok.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi laman Facebook miliknya hari ini menyebut semua saman dikeluarkan pada atau sebelum hari ini, kadar munasabah akan diberikan secara automasi melalui semua kaedah bayaran iaitu kaunter PDRM, pejabat pos dan Internet.

Jelasnya lagi, kaedah bayaran sama turut digunakan bagi semua saman yang dikeluarkan selepas itu.

Katanya, saman yang diselesaikan dalam tempoh 15 hari akan diberikan insentif 50 peratus daripada kadar kompaun sebenar.

"Saman yang diselesaikan dalam tempoh 16 hingga 30 hari pula akan diberikan insentif 30 peratus daripada kadar kompaun sebenar.

"Saman yang tidak diselesaikan dalam tempoh 30 hari, tidak akan diberikan sebarang insentif dan seterusnya akan disenarai hitam," menurut kenyataan tersebut.

Orang ramai yang mempunyai sebarang kemusykilan berhubung perkara tersebut boleh menghubungi mana-mana Pegawai Trafik Daerah, Kontinjen atau Ibu Pejabat Polis Bukit Aman seperti disenarai dalam Ruangan Maklumat Trafik yang terdapat di laman web www.rmp. gov.my.

sumber : Utusan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICK CLICK CLICK