Click Click NOW

Wednesday, August 31, 2011

RENDANG AYAM PENCEN @ AYAM TUO

Menu wajib tiap kali hari besar!
Tak ada ni tak jadi royo! Sgt ngam dimakan bersama-sama ketupat, nasik impit, lamang , lontong, nasik putih or cicah ngan roti pon boleeeh :-)



RESEPI:
Ayam Tua @ Pencen - 3 ekor
Santan - 2 kilo
Kerisik - 3 peket (Rm1 or 80 sen sepeket)
Serai - 5 ikat ( 1 ikat 30 sen) - potong halus *
Halia - 4" *
Lengkuas - 4" or sebesau saiz 3 ibu kaki *
Daun Limau - 5 helai
Buah Keras - 5 biji *
kayu manis- 2 batang
Jintan Manis /Jintan Putih/Rempah biji - 1 sudu tiap satu - semua ditumbuk
Bawang Kecil - 1 cwn *
Bawang Putih - 1 buku *
Garam secukup rasa
Cili Boh - 1 bungkus (RM1.50 cap bunga ya)

1. Panaskan minyak - 1/2 cawan
2. Tumis bahan bahan blender, kayu maniis, jintan2, cili boh. Tumis hingga sebati.
3. MAasukkan air (supaya mudah kacau - jgn banyak sgt) . Kacau sebati hingga mendidih.
4. MSUKKAN  santan 1/2 kilo dulu..gaul sebati.
5. Masukkan 1/2 kilo santan lagi. Gaul sebati. Masukkan garam. Tutup Periuk . Teruskan proses yg sama hingga habis balance santan2 tadi.
6. agak - agak dah empok masukkan kerisik . Gaul sebati & rata . Boleh tambah gula 1 sudu kalau suka.
7.Masukkan asam keping 2 keping (kecil jer). Tutup periuk. Biarkan atas api sambil kacau sekali sekala.
8. Teruskan masak hingga empuk (utk ayam tua lama gak laa ikot daging dia gak..sabor yaaa).

* Sentiasa kacau rendang .Kalau biarkan nanti hangit lak..tapi bau yg hangit ni..wangiiiii... leh sampai rumah org sebelah sebelahhh sebelaaaah! :-0

Sunday, August 14, 2011

MAK NAK KUIH! ~ TART NYONYA

Tak sempat nak update blog. Sebok! :-) Kalau bulan puasa je mmg tetiber je cam bz gila...baik kat off or kat umah..
Waima camner pon sebok gila ke tapi kuih tart mesti wajib ada dlm menu kuih raya. So this year kita try lak kuih Tart Nyonya. Aha naper nama dia Tart Nyonya? Cer tanya uncle gugel ya!

Tart Nyonya ni memang sedap! Lembut & lemak jer... oikss 100% kita guna Pure Butter ya..& sudah semestinya yg HALAL ya ;-) Kita pakai Butter Anchor.  Daripada bahan ke cara nak buat semuanya mudah je.Kita ikot sebijik resepi yg KakJee bagi.
Resepi dapat dari DapurKakJee ... mmg tak rugi cuba. diulang..memang sedaap! so siapa nak cuba silalah!
 resepi kita tepek kat sini ya. Kalau nak banyak lagi resepi sedap2 gi lah rayau kat DapurKakJee tu..macam2 hadooo...cam Astrooo ;-). Selain dari resepi macam2 cerita ada kat  DapurKakJee tu.. kiranya klu x sempat beli paper ke majalah ke leh selak jelah kat dapurKakJee tu! heheh jgn marah ya k.jee.

Okeh layan resepi .. ditepek teros dari DapurKakJee

BAHAN2NYA:

(37 BIJI)

300 gms tepung gandum *
4 sudu besar tepung jagung *
3 sudu gula ising *
200 gms butter (Kjee guna Anchor - salted)
2 kuning telor

jem nenas (Kjee guna ½ kg jem nenas Bagus)



Ayak tepung gandum, tepung jagung dan gula ising ke dalam bekas. Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu. Kalau guna unsalted butter, masukkan secubit garam.


Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai (rub-in method). Kemudian masukkan telor dan satukan menjadi doh.

 
Canai jadi setengah inci dan turap guna acuan atau cutter (lihat gambar). Tapi Kjee tak turap. Leceh. Kjee buat ketul2 besar guli. Agak2 lah. Pastu penyekkan sikit sampai jadi lebih kurang stengah inci. Pastu Kjee ambil cutter, letak atas doh yang dibulatkan tadi. Ambil anaknya dan tekan

Bakarlah sampai masak iaitu kira2 25 minit. Kepanasannya kira-kira 175 darjah celcius.

Thursday, August 4, 2011

HIDAYAH ~ sEmoga mendapat hidayah di bulan Ramadhan


Nama dah baik ... cantik...
Semoga di bulan yg mulia ni Pn. Hidayah akan diberi petunjuk dari Allah..sesuai dgn nama nya ya...
Hidayah
 Tak nak cakap or komen apa2..
Sekadar meletakkan photo saja ... :-)


& Of coz' photo2 diatas berkaitan dgn photo yg ni...
Manusia tak boleh disamakan dgn sebarang binatang..
manusia adalah ciptaan terbaik & terindah oleh Allah SWT...
Janganlah ciptaanNYA disamakan seperti Monkey .
Semoga mendapat hidayah ;-)


latest ;  already closed her account.

HaFYS - Alat Pengesan DNA Babi @ MESIN UJI HALAL!

Ramai dah tau berkenaan adanya unsur DNA babi dlm produk2 harian yg kita suka/sering gunakan. Tapi taukah anda bagaimana unsur2 tak halal ni dapat dikesan?
Sekadar utk pengetahuan umum.

HAFYS - alat khas utk kesan kehadiran unsur DNA babi pd sesuatu objek.
 ‘one step, one button, one hour’

Dibangunkan Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) Universiti Putra Malaysia (UPM).
jika melihat pegawai agama atau anggota penguatkuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membawa alatan berwarna hitam seperti pembakar roti, memasuki mana-mana restoran, kilang atau kedai runcit, jangan tersalah sangka, ia bukan untuk dijual sebaliknya itulah HaFSY.

kata Pengarah IPPH, Prof Dr Yaakob Che Man, melalui penggunaan produk itu, sesiapa saja boleh menguji sesuatu produk tanpa memerlukan kelayakan dalam bidang kajian DNA.“Ustaz pun boleh buat, ia cukup mudah. Kita tak perlukan saintis untuk buat kerja pengesahan ini kerana keputusan yang diperoleh melalui alat ini tepat dan terbukti. Hanya masukkan sampel produk ke dalam alat kajian dan tunggu keputusan dalam masa sejam.  “Sesiapa saja boleh menggunakannya dan itulah matlamat ini supaya orang ramai sentiasa peka dengan produk halal atau haram dan satu daripadanya adalah melalui ujian saintifik makmal menggunakan produk HaFYS,” katanya.
Menurut Dr Yaakob, HaFYS bukan saja direka untuk mengesan unsur DNA babi dalam makanan tetapi berkesan dalam kajian terhadap pakaian, barangan kosmetik. Apa saja yang mempunyai unsur DNA babi walaupun dalam jumlah yang terlalu kecil, boleh dikesan menggunakan alat berkenaan.Setakat ini, IPPH hanya memfokuskan kepada alat pengesanan kehadiran unsur DNA babi dan kini membangunkan kaedah sama mengesan kehadiran unsur alkohol.
Info
Kaedah lain mengesan unsur haram
· Protein (ELISA)
· Lemak (Kromatografi, FTIR)
· Electric Nose
· Alkohol (GC)

Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH)
· Ditubuhkan tahun 2005 dengan nama Institut Produk Halal
· Ditukar nama kepada IPPH pada 2006
· Skop kajian:
1) Makanan
2) Pakaian
3) Kosmetik
· Produk HaFYS pernah memenangi Anugerah Harta Intelek Negara 2009.

Produk HaFYS
· Setiap mesin bernilai RM50,000
· Satu cartridge bernilai RM200
· Berat maksimum mesin: 4 kilogram
· Hampir sama dengan teknologi mengesan denggi, malaria dan influenza.
· Mempunyai primer dan probe yang pertama di dunia.

Sumber dipetik dari  : Berita Harian

 

LENGKONG SIRAP ROS AKA Agar-Agar Rose

Zaman my mom dulu-dulu... they named it 'lengkong' yaa... or sometimes sounds like 'caplengkong' .. sedap , simple, mudah & pilihan ramai. Kalau dedulu.. 'lengkong' ni menu wajib time kenduri kendara or time raya. Time dedulu tadek nye variation dlm penyediaan agar2 ni... this is the one lah yg top!
saje buat pagi tadi lepas sahur .. so ptg ni leh buat muker posher...

- lengkong dalam container plastik mudah simpan\
& bentuk rose comel mudah ngap/

Resepi spt dibawah ya anak2....
credit to si JintanManis tapi lugie kurangkan color merahnya..lite2 giteww..

BAHAN2
1/2 bungkus agar-agar stripe
3/4 cawan gula (kurangkan gula jika nak kurang manis)
800- 1000ml air
2 helai daun pandan
beberapa titik sirap ros


Caranya
1. Rendam agar-agar dalam air lebih kurang 1 jam, bertujuan supaya agar-agar senang larut apabila direbus nanti, kemudian rebus dengan 800ml air dan masukkan 1 helai daun pandan.


2. Bila agar2 dah larut, keluarkan daun pandan tadi dan masukkan gula dan sirap ros, masukkan lagi sehelai daun pandan, ros buat cara ni sbb nak menambahkan lagi aroma daun pandan tu, bila semua sudah larut curah dalam acuan ataupun loyang, setelah agak sejuk baru masukkan dalam peti ais, barulah boleh dipotong dah dimakan. Nyaman je rasanya. Selamat Mencuba.


* Resepi ni dapat dalam 5 container plastik cam gambar kat atas tu. Plus ros2 kecik dalam 6 bijik.

SAMBAL TAMPAYAK DAUN KAYU! Lagi Podeh Lagi Sodap!

Sapo tak makan poyak tak payah bacho!
Sapo tak tahan podas ... arr bacho yo lah...
:-) antara variasi sambal tempoyak yg lugie paling minat .. nilah Sambal Tempoyak Daun Kayu. Kalau dedulu kat kampong selalu dgr org2 sobhot tempoyak tu 'tampayak' :-)..
balon yo lah!!

Labih Padas Labih Sadap!
maknanya Lebih pedas lebih sedap.. mmg ye pon.. baru ade kick ! Baru lah melawan rasa durian & cili tu.. makan lak dgn nasi panas... bengkak bibir ooiiii !! ;-)
Kalau ikut resepi arwah Acik Syam kat Kolo Pilah... (ALFATIHAH UTK ARWAH)
kata beliau...selagi hado daun yg leh di makan, selagi tu la potik sesolai duo & campo-an jadi bahan sambal ni! kalau dapek 99 jonis daun hadolah yg tebayek!
nan hado nye nak dapek 99 daun kek keyell ni ....

Resepi yg ada ni kira sesedap rasa utk taste2 sekrg .. kita guna apa daun yg ada aja ya.
utk yg nak cuba..silakan ya


Sambal Tempoyak Daun Kayu
Sumber resepi: Cik Mat Gebu@Tiffinbiru.com
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak pucuk ubi, dimayang halus
1 cekak pucuk labu, dimayang halus
15 helai daun kaduk muda, dimayang halus
20 helai pucuk kacang panjang, dimayang halus ( tak letak sebab nan hado )7 helai daun kunyit, dimayang halus
3/4 cawan isi petai
5 batang serai, dihiris halus*
2 inci kunyit hidup*
4 camca besar tempoyak*
1/2 cawan cili padi*(*dikisar halus)
- kalau nak lagi pedas boleh tambah cili ya.1 cawan ikan bilis, belah dua, rendam 5 minit, toskan dan tumbuk kasar
1 1/2 cawan pati santan
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan bahan kisar halus ke dalam kuali bersama pati santan dan ikan bilis. Masak hingga mendidih.
  2. Bila kuah tadi menjadi pekat, masukkan petai dan asam gelugor, kacau rata, biar sekejap dan masukkan pula semua jenis dedaun yang telah dimayang halus, gaul rata dan tambah garam dan gula secukup rasa.
  3. Masak dengan api perlahan sambil dikacau hingga pekat dan sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Alihkan ke dalam bekas sesuai, hidangkan bersama nasi hangat....




"sambal daun gulai tempoyak
terimo kasih banyak - banyak "

Tuesday, August 2, 2011

KUIH TEPONG PELITA

Sedap...lembut ... lemak manis...
dimakan sejuk lagiii sedap...
tapi apa kena mengena kuih ni dgn pelita? kenapa namanya tepong 'pelita'?
Itu kena cari sendiri jawabnya...
tapi kalau kat perak namanya klu tak silap ...Kuih Limas...


Kuih traditional ni paling laris time bulan puasa. Memang berlambak2 org jual. Nowdays pon org nk senang isi aja dlm bekas plasti..mudah & tak sememeh. Nak buat takong daun pisang ni pon ambil masa gak.
Tapi lugie prefer lagi dgn daun pisang.... wangiii jer... nnti ada masa kita uplod pic cara nak buat takong ya! For now...ambil aja resepi ya.


Sebenarnya ada 2 cara nak buat kuih ni .. samada cara kukusan atau masak terus. Terpulang lah uols nk try ya mana ya..rasa lebih kurang je...tetap sedap!

Resepi 1
1 cwn tepong beras
1 cwn gula
5 cwn air
4 sudu besar tepung beras (utk ratakan)
1 biji kelapa jadi 4 cwn santan
4 helai pandan (blend dgn sikit air)
sedikit air kapur + garam
CARA
1. Tepong,air,gula,air pandan & air kapor bancuh sebati.
2. Perah santan dan masukkan tepung yg 4 sudu tadi beserta garam
dan kacau sebati. Ketepikan.
3. Masak Tepong beserta pandan tadi hingga kilat.
4. Masukkan ke dalam acuan.
5. Masak santan tadi hingga pekat.
6. Angkat santan dan curah pada tepong pandan tadi.
7. Sejukkan.


Resepi 2
Lapisan Bawah (A)
2 cwn tepong beras
4 - 5 cwn jus pandan (dari 7 helai pandan)
1 sudu teh air kapor
CARA
1. Panaskan kukusan
2.Gaul semua di A hingga rata & masukkan dlm jug.
3. Masukkan 1 sudu gula ke dlm tiap acuan.
4. Tuang 3/4 bancuhan A ke dalam acuan.
5. Kukus 20minit.

Lapisan Atas (B)
1 biji kelapa
1 senduk tepung beras
1/2 sudu teh garam
CARA
1. Gaul rata bahan B
2.Tuang ke dalam lapisan A yg dh masak tadi
3. Kuku hingga masak (dah tak melekit)

Credit resepi dari MyResepi
kuih ni tak tahan lama dan tidak boleh disimpan pada suhu bilik, sebaliknya perlu disimpan dalam peti sejuk agar dapat disimpan hingga 2-3 hari. Lagi sejuk lagiiiii sodap!

KUIH BOM BIJAN

Seperti biasa kuih tradisi carta terpilih utk juadah Ramadan, Kuih Bom.
Kali ni intinya kelapa manis ya. manisnyeee klaper ini.

Selain dari inti kelapa manis boleh juga inti kacang hijau. terpulang lah ikot tekak  & selera masing2 ya.


RESEPI
ubi kentang - 320g
tepung pulut - 360g
gula kastor - 150g
tepong gandom - 80g
air - 200ml
Inti - kelapa / kacang hijau
bijan utk salut

CARA
1. Rebus ubi kentang dan lecek semasa panas
2.Biarkan suam dan masukkan tepung & gula. Uli dgn air hingga lembut.
3. Ambil sedikit adunan setiap satu lebih kurang 30g & letak inti.
4. Golekkan dgn bijan.
5. Goreng & toskan.

Senang aja kan . So bolehlah cuba utk juadah berbuka ya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICK CLICK CLICK