Tak sempat nak update blog. Sebok! :-) Kalau bulan puasa je mmg tetiber je cam bz gila...baik kat off or kat umah..
Waima camner pon sebok gila ke tapi kuih tart mesti wajib ada dlm menu kuih raya. So this year kita try lak kuih Tart Nyonya. Aha naper nama dia Tart Nyonya? Cer tanya uncle gugel ya!
Tart Nyonya ni memang sedap! Lembut & lemak jer... oikss 100% kita guna Pure Butter ya..& sudah semestinya yg HALAL ya ;-) Kita pakai Butter Anchor. Daripada bahan ke cara nak buat semuanya mudah je.Kita ikot sebijik resepi yg KakJee bagi.
Resepi dapat dari DapurKakJee ... mmg tak rugi cuba. diulang..memang sedaap! so siapa nak cuba silalah!
resepi kita tepek kat sini ya. Kalau nak banyak lagi resepi sedap2 gi lah rayau kat DapurKakJee tu..macam2 hadooo...cam Astrooo ;-). Selain dari resepi macam2 cerita ada kat DapurKakJee tu.. kiranya klu x sempat beli paper ke majalah ke leh selak jelah kat dapurKakJee tu! heheh jgn marah ya k.jee.
Okeh layan resepi .. ditepek teros dari DapurKakJee
BAHAN2NYA:
(37 BIJI)
300 gms tepung gandum *
4 sudu besar tepung jagung *
3 sudu gula ising *
200 gms butter (Kjee guna Anchor - salted)
2 kuning telor
jem nenas (Kjee guna ½ kg jem nenas Bagus)
Ayak tepung gandum, tepung jagung dan gula ising ke dalam bekas. Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu. Kalau guna unsalted butter, masukkan secubit garam.
Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai (rub-in method). Kemudian masukkan telor dan satukan menjadi doh.
Canai jadi setengah inci dan turap guna acuan atau cutter (lihat gambar). Tapi Kjee tak turap. Leceh. Kjee buat ketul2 besar guli. Agak2 lah. Pastu penyekkan sikit sampai jadi lebih kurang stengah inci. Pastu Kjee ambil cutter, letak atas doh yang dibulatkan tadi. Ambil anaknya dan tekan
Bakarlah sampai masak iaitu kira2 25 minit. Kepanasannya kira-kira 175 darjah celcius.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment