Click Click NOW

Thursday, August 4, 2011

HaFYS - Alat Pengesan DNA Babi @ MESIN UJI HALAL!

Ramai dah tau berkenaan adanya unsur DNA babi dlm produk2 harian yg kita suka/sering gunakan. Tapi taukah anda bagaimana unsur2 tak halal ni dapat dikesan?
Sekadar utk pengetahuan umum.

HAFYS - alat khas utk kesan kehadiran unsur DNA babi pd sesuatu objek.
 ‘one step, one button, one hour’

Dibangunkan Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) Universiti Putra Malaysia (UPM).
jika melihat pegawai agama atau anggota penguatkuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membawa alatan berwarna hitam seperti pembakar roti, memasuki mana-mana restoran, kilang atau kedai runcit, jangan tersalah sangka, ia bukan untuk dijual sebaliknya itulah HaFSY.

kata Pengarah IPPH, Prof Dr Yaakob Che Man, melalui penggunaan produk itu, sesiapa saja boleh menguji sesuatu produk tanpa memerlukan kelayakan dalam bidang kajian DNA.“Ustaz pun boleh buat, ia cukup mudah. Kita tak perlukan saintis untuk buat kerja pengesahan ini kerana keputusan yang diperoleh melalui alat ini tepat dan terbukti. Hanya masukkan sampel produk ke dalam alat kajian dan tunggu keputusan dalam masa sejam.  “Sesiapa saja boleh menggunakannya dan itulah matlamat ini supaya orang ramai sentiasa peka dengan produk halal atau haram dan satu daripadanya adalah melalui ujian saintifik makmal menggunakan produk HaFYS,” katanya.
Menurut Dr Yaakob, HaFYS bukan saja direka untuk mengesan unsur DNA babi dalam makanan tetapi berkesan dalam kajian terhadap pakaian, barangan kosmetik. Apa saja yang mempunyai unsur DNA babi walaupun dalam jumlah yang terlalu kecil, boleh dikesan menggunakan alat berkenaan.Setakat ini, IPPH hanya memfokuskan kepada alat pengesanan kehadiran unsur DNA babi dan kini membangunkan kaedah sama mengesan kehadiran unsur alkohol.
Info
Kaedah lain mengesan unsur haram
· Protein (ELISA)
· Lemak (Kromatografi, FTIR)
· Electric Nose
· Alkohol (GC)

Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH)
· Ditubuhkan tahun 2005 dengan nama Institut Produk Halal
· Ditukar nama kepada IPPH pada 2006
· Skop kajian:
1) Makanan
2) Pakaian
3) Kosmetik
· Produk HaFYS pernah memenangi Anugerah Harta Intelek Negara 2009.

Produk HaFYS
· Setiap mesin bernilai RM50,000
· Satu cartridge bernilai RM200
· Berat maksimum mesin: 4 kilogram
· Hampir sama dengan teknologi mengesan denggi, malaria dan influenza.
· Mempunyai primer dan probe yang pertama di dunia.

Sumber dipetik dari  : Berita Harian

 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICK CLICK CLICK