Click Click NOW

Thursday, December 9, 2010

William, tunang dijangka untungkan peniaga Britain


LONDON: Perkahwinan Putera William dan Kate Middleton disusuli dengan pengeluaran cawan dengan gambar pasangan itu dan peniaga dijangka mendapat keuntungan besar menerusi jualannya seperti ketika perkahwinan Putera Charles dan Lady Diana.

Pengeluar barangan cenderamata gembira dengan kemungkinan mendapat untung besar kerana barangan foto Charles dan Diana masih dibeli. “Kami sudah menunggu pengumuman mereka berkahwin. Kami sudah menghasilkan cawan itu sejak Jun lalu. Kami hanya tunggu gambar terbaru yang disiarkan minggu lalu. “Sejak itu, kami sudah arah pengeluaran cawan dan produk lain dilakukan sebanyak mungkin,” kata Peter Sanders, pengarah syarikat Prince William Pottery.


Cenderamata anggota keluarga diraja Britain dilaporkan semakin banyak selepas William dan Middleton mengesahkan akan kahwin pada 29 April depan.


Syarikat Prince William Pottery yang terletak di Liverpool dilaporkan menetapkan pengeluaran beribu-ribu cawan khas pasangan itu yang berbentuk hati berharga AS$16 (RM50) setiap satu.


Syarikat itu sebenarnya tidak menggunakan nama putera berkenaan tetapi mengambil nama jalan tempat ia mula beroperasi, 70 tahun lalu. – Agensi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICK CLICK CLICK