Thursday, December 16, 2010
4 pegawai penjara maut, 21 parah bas jatuh gaung
2010/12/16
PENAMPANG: Empat pegawai dan kakitangan Jabatan Penjara Tawau maut manakala 21 cedera parah apabila bas yang dinaiki mereka terhumban ke dalam gaung di Kilometer 32, Jalan Tambunan-Penampang di Kampung Ulu Moyog dekat sini jam 10.15 pagi tadi.
Mengikut senarai yang dipamerkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat di tempat kejadian, mereka yang terbunuh adalah Madinh Alhmdullah, Selamat Idris, Muslimin Muhammad dan Sabirin Murad.
Mereka merupakan antara 25 penumpang bas itu yang sedang dalam perjalanan dari Keningau ke Kota Kinabalu selepas menyertai kejohanan bolasepak Piala Pengarah Penjara Sabah di Keningau. - Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment