Click Click NOW

Wednesday, December 15, 2010

Bekas kakitangan Puncak Niaga berpiket


14/12/2010 1:54pm


SHAH ALAM -


Seramai 17 bekas kakitangan Puncak Niaga Sdn Bhd. (PNSB) yang dipecat pada 30 Oktober lepas hari ini mengadakan piket bagi menuntut syarikat membayar pampasan atau mengambil mereka bekerja semula.
Sambil membawa sepanduk dan poster, mereka berkumpul di luar bangunan Wisma Rozali di Seksyen 13 di sini bermula pukul 10 pagi dan bersurai secara aman setengah jam kemudian.Turut kelihatan beberapa pegawai dan anggota polis yang berkawal di luar bangunan itu.

Menurut bekas pengurus (Keselamatan & kesihatan) PNSB, Kaharuddin Mohamad Ali yang mengetuai piket itu, mereka yang dipecat terdiri daripada kakitangan bukan eksekutif, kakitangan eksekutif dan kakitangan pengurusan.

"Kami telah dipecat serta merta tanpa alasan yang kukuh. Notis pemecatan bertarikh 19 Oktober 2010 namun ia hanya diserahkan kepada kami pada 30 Oktober lepas. Semua kakitangan yang dipecat telah berkhidmat dengan setia kepada syarikat antara lima hingga melebihi 15 tahun. Mereka tidak pernah menerima surat tunjuk sebab, surat amaran atau apa-apa tindakan disiplin mahupun siasatan dalaman sebelum dipecat," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama

sumber - Hj Kahar.org lama kat puncak tu. baik n jujur orgnye

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICK CLICK CLICK