KUALA LUMPUR, 10 DIS 2010: KUALA LUMPUR, 10 DIS 2010: "Betul, saya sudah bertunang dengan Sarah pada tanggal 16 November 2010 yang lalu," jelas Shuib kepada wartawan hiburan dalam sidang media sempena pelancaran sitkom Bujang Sepah Musim Kedua di Palm Tree Resort Sepang, malam tadi.
Pengakuan Shuib yang juga salah seorang daripada trio anggota kumpulan Sepah ini ternyata telah memeranjatkan semua pihak wartawan hiburan yang hadir di majlis tersebut.
Apa tidaknya, dalam diam-diam, mereka telah pun menyembunyikan hal pertunangan mereka itu daripada pengetahuan pihak wartawan hiburan. Tapi, kenapa ianya mesti dirahsiakan?
"Sebenarnya kalau hendak diikutkan, saya pun tak suka sangat nak rahsiakan benda ni. Yelah, benda baikkan? Tapi, demi menghormati permintaan pihak keluarga Sarah, saya terpaksa melakukannya.
"Mereka tak mahu hal-hal peribadi seperti ini dihebahkan. Mungkin juga, ianya ada kena-mengena dengan kes pertunangan Sarah yang lalu. Mungkin, mereka tak mahu apa yang terjadi pada Sarah dulu berulang semula," katanya.
Jelas Shuib lagi, selepas bertunang, keluarganya dan keluarga Sarah kini sedang dalam perbincangan untuk menetapkan tentang soal tarikh perkahwinan mereka.
"Buat masa ini, masih belum ada kata putus yang diambil. Saya sendiri pun tak dapat nak tetapkan bila kami akan berkahwin. Lagipun, saya kini masih lagi terikat dan sibuk dengan shooting sitkom Bujang Sepah bagi musim yang kedua.
"Kalau mengikut jadual, penggambaran sitkom bersiri ini hanya akan tamat pada 15 Januari 2011 nanti. Jadi mungkin, selepas selesai shooting baru saya akan memikirkan soal kahwin ini dengan lebih lanjut," katanya kepada murai.com.my.
Mengakui bahawa mula mengenali diri masing-masing sejak menjayakan sitkom Gelak Khas di Astro Warna tidak lama dulu, Shuib memberitahu, dia tidak me menyangka bahawa perkenalan mereka sudah pun mencecah setahun 2 bulan.
"Pada awalnya, memang sukar juga untuk saya menyesuaikan diri dengan seorang bintang yang besar seperti Sarah. Tapi, Sarah ni seorang yang sangat merendahkan diri dan senang untuk menyesuaikan diri. Saya harap, saya adalah orang yang paling bahagia bila bersama Sarah nanti," katanya lagi.
credit to MURAI

No comments:
Post a Comment