Click Click NOW

Saturday, December 11, 2010

Blog4FT dilancarkan hari ini

http://www.facebook.com/pages/Upin-Ipin-BlogforFT-Cares/137890589599435

11/12/2010 5:23pm

KUALA LUMPUR - Kementerian Wilayah Persekutuan dan
Kesejahteraan Bandar hari ini melancarkan kempen amal BlogforFT Cares dalam usaha meningkatkan mutu kehidupan penduduk bandar menerusi latihan kemahiran, kesihatan dan alam sekitar.
Melalui kempen itu yang dilancarkan oleh menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, tiga selebriti dipilih untuk memulakan facebook khas BlogforFT Cares! dan mempromosikankannya kepada peminat mereka yang bertujuan memungut jumlah maksimum facebook "Like" sehingga 11 Feb tahun depan.
Setiap muka facebook artis Datuk Siti Nurhaliza, pelakon dan model Steve Yap dan siri karton televisyen Malaysia Upin dan Ipin, yang memungut 10,000 "Like" akan mendapat penaja korporat untuk menyumbang RM25,000 terhadap kempen itu, sementara 20,000 "Like" akan memperoleh RM50,000.

Tiga tujuan untuk mempromosi kerja amal ini ialah untuk menyediakan latihan vokasional bagi memperkasakan penduduk bandar miskin dengan kemahiran amali yang boleh menjadi penjana pendapatan.

Di samping meningkatkan kesedaran dan program pendidikan mengenai denggi untuk penduduk di Wilayah Persekutuan dan meningkatkan pembabitan dalam menghijaukan Wilayah Persekutuan menerusi penanaman pokok. - Bernama

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICK CLICK CLICK