Click Click NOW

Thursday, September 18, 2014

Bubur Kacang Hijau - MidNite Session


Bubuq' Kacang Hijau 
sepatutnya bikin time cuti Hari Malaysia kelmarin . Tapi tak sempat sebab banyak laraa... hujan turun banyak sedap semua lemau baring..tidoooq jee...

so,,, kacang sudah beli sudah rendam..semalam punya malam bikin juga!
Alahai Bubur Kachangg jee... sempoii... kachaaang jeeeww..
tapi ada jugak yg tak tau nak buat kan....
kan??

so akak dgn ini tepek resepi sempoy ni .. ok...

layaaann

RESEPI

4 cawan kacang hijau (basuh & rendam)
4 cawan santan
2 - 3 sudu  gula merah & gula putih
(gula ni ikut suka la nak manis ke idak ya)
secubit garam
1 cawan susu pekat
2 helai daun pandan

Apabila kacang hijau dah kembang, tos & rebus kacang tu lagi hingga empuk
Dah empuk masuk semua bahan & tunggu sampai masak.
Ada orang letak sagu mata ikan... kita tak letak sebab kita tak suka...err..cam telor katak je... 

kalau tak habis leh ikat lam plastik & buat ais krim malaysia


Wednesday, September 17, 2014

Kemunculan Semula - Nak balik dah ;

La ni kami kat opis lagi.. sat lagi nak balik...
niari cadang nak gureng mee...yaa gureng mee.... 

Kalau jadi laaaah ...
so.. sepeninggalan ku ini...warh!!,,,  istimewa utk yg membaca memview iols punya blog ini..
Doa utk semua ... semoga yg terbaik utk kalian semua. Amiinn . InSyaAllah.


Kemunculan Semula - Edisi Makan makan - Roti Dimana Lebah nya!!

Masak masak.
Memang kita suka masak, sebab orang suka makan apa yg kita masak.
so weekN & cuti hari Malaysia yg lepas mmg asik masaaak je.. baik utk makan sendiri
sampailaa utk order dari kawan2... haaa..
haa mention about kawan2.... mostly they ols ni customer... & mostly online customer...
tapi bila dah jumpa..order lagi..jumpa lagi...chat2 lagi..wasap2 lagi... so we becomes kawan lorr...
haa.. sapa nak jadi kawan kita...order laa..jumpa laa hehehee...merapusss...

So N3 ni kita nak tayang antara order hangat saat ni lah... almost tiap hari ada yg request..so..
kita buat kalau kita free aja ok!!
Nidia... ROTI SARANG LEBAH .. AKA BEEHIVES BUN..COATED WITH 
BUTTERSCOTCH SAUCE...haaa terliuk tak...  ada kesah sebenarnya pasal roti ni... apa pun... sudi sudilah  sedekahkan AlFatihah & doa keselematan utk empunya resepi Roti Sedap gila ni... Lydia Honey..
seorang HambaAllah yg kini menetap di Kuwait bersama keluarganya... later i story bout her!


secubit dua cubit...eh...tak cukup seloyang...sedap kata...


macam2 size loyang kita boleh buat.. & best nya selain dari sedaaap ia pon osem utk dibuat buah tangan or doorgift...
give it a try lorh!!

so later kita akan put up N3 special about this ROti Sarang Lebah tapi tak ada lebah pooon... together with the recipes ..
till then... sabor dulu yaa...

Kemunculan Semula - Edisi ComeBack BUKAN Throwback!! - Misi Van Lagend Hilang!

Dah lama sangat tak update blog ni.
Penuh dengan 'sesawang'. 
Apa alasan. 
Malas. 

Ok,. semenjak dua tiga empat menjak ni sana sini macam 'terpanggil-panggil' suruh update
ini blog, so ... oke lah.. lets update! 

Macam biasa sejak azali..blog lugie musti banyak cerita makan!..cerita yg best2 aja oke!


ok utk 1st N3 kemunculan kali ni..opss sorry bukan cerita makan makan...tapi kita upkan story Van Legend opis kena songlap!!
so sesapa nampak Van diatas no nya WRV 5105

Hilang 10 sept 2014.. 

tak tau lar ni ada lagi atau dah barai.. tapi kalau uols 

ternampak ..maklum kat iols ya!!




Friday, July 11, 2014

KUE KOCI LABU KUNING


RESEPI :

* Labu Kuning 
*Tepung Pulot (Cap Teratai)
*Santan (dimasak dgn sedikit garam)
* Inti Kelapa ( Kelapa parut putih masak dgn gula merah)

CARA:
Rebus Labu , dah empuk angkat tos dan hancurkan.
Gaul bersama tepong pulot. (anggaran jika 500g labu gaul dengan 500g tepong )
Gaul hingga boleh di bulat bulat kan 
Dah siap bulat bulatkan lebih kurang 18-20g sebiji.
Isi inti kelapa. kemaskan.
Didihkan air, rebus koci yang dah siap dibulat dan diisi inti.
Apabila timbul, angkat dan tos . (macam buat onde onde)
Bungkus koci yang dah masak, sendukkan sesudu santan . Bungkos kemas kemas.
Siap utk dimakan.
Siapa teringin tapi malas buat boleh order sama MakCT ya 

** anggaran bancuhan 500g labu + 500g tepong pulot, tapi bergantung pada labu juga, ada labu yg agak lembik jadi kena lebih sedikit tepungnya,,, apa pun ikut kesesuaian bancuhan... tapi kuantiti tepong yg berlebihan boleh kurangkan keenakan labu . 





Untuk tahan lama lambat basi, pastikan santan dimasak dengan sedikit garam (ikut rasa ya) .


note: Boleh tambah tepong beras utk pekatkan santan , tapi ikut pada santan yang kita gunakan..kalau santan pure mmg dah cukup pekat... ikut pada selera masing2... tambah sedikit aja... kacau rata supaya tak bergentel santan tu. 



 Daun sebaiknya dilayur dahulu, kemudian disapu dgn sedikit minyak kelapa (utk nampak vouge) 





. Jika tak habis jangan dibuang ya. pack baik2 dan frozen kan.  next time boleh dikukus semula dan makan panas panas.

Monday, February 17, 2014

DOnuT KentAng ~ Potato Donuts!


MenDonat!


More donut.
Something fluffy.
Very soft.

Resepi... gotit fr my FB frenz..
Tahrunnisah Jali 

Feel free to make rings, only donut holes, bulat2 tekan sket , myself tak pakai acuan pon...
 or twist them into whatever shape you ols suker. 

250 gram tepung gandum
sebiji kentang yang telah direbus dan dilenyek

1 biji telor ayam + 1/2 sudu kecil garam (dikacau dlm bekas lain dulu)
2 sudu besar susu tepung apa2 jenama
70-100 ml air ais (biasa tak pernah cecah 100ml pon)
1 1/2 sudu besar shortening
2 sudu besar gula
1 sudu kecil baking powder
1 3/4 sudu kecil yis mauripan


*doh lembut dan tak lekat kat tangan dikira ok..insyaallah...pastikan doh jgn lembik sangat sbb nanti masa menggoreng minyak serap dlm donut...

Caranya : (guna mixer)
1. Masukkan semua bahan kering dulu dalam bekas adunan
kemudian masukkan telor yang dipukul dulu dlm bekas lain serta masukkan air sedikit demi sedikit (part ni kene pastikan air tu taruk sikit2 ye sambil mesin menguli sehingga doh tu tak lekat kat tangan) serta last skali shortening or marjerin dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut dan elastik ye, Uli selama 20 minit

2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Boleh juga letak dlm oven 25 minit ( suhu 30 C) jika disuhu bilik masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam atau nak letak kat tmpt panas pun boleh..

3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bentuk doh tersebut dgn acuan donat atau bentukkan rupa donat dan susun donat2 atas dulang yang ditabur tpung gandum... dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.

4. Goreng di dalam minyak panas...masa menggoreng tu turunkan suhu panas supaya donut tidak hangus....angkat dan hias dengan gula atau coklat....
selamat mencuba...


FRY ME!!!

sugar? glaze? cinnamon sugar? powdered sugar? WHATEVARH!
....  make your own, It’s really not all that difficult !


Monday, February 10, 2014

Talam ButterScotch


yeay ..

i am back ... 


so this is Talam ..
3 layered steamed Malay cake .. 
Butterscotch pudding at the bottom, topped with 2 layes of custard pudding .


Nice! Original resepi dari Chef Asma .. but instead of using Roti Putih .. we added Roti ButterScotch yg sedap tu  :-)

Dah ramai yg buat Talam ni .. its easy babe..


Resepi ni Lujie Kredit to  Yatiememories ya

Lapisan Bawah
  • 13 keping roti putih Gardenia- di carik2
  • 2 biji telur
  • 50 gm raisin-Yatie tak letak
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1/2 sk garam
  • 150 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • 1/4 sk vanilla essence
Cara-caranya
  1. Satukan semua bahan-bahan dan rendamkan roti selama 30 minit (sehingga lembut)
  2. Masukkan dalam loyang 10x10x2"(Sapu minyak dulu sekeliling loyang dan alas plastik)
  3. Kukus selama 25 minit.
  4. Apabila masak angkat dan cakar dengan garfu.
  5. (Jika terdapat sedikit air di permukaannya, sendengkan loyang dan buangkan air guna sudu atau kertas tisu, pastu baru cakar2kan sedikit dan tuangkan adunan lapisan tengah)
Lapisan tengah
  • 1/2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1/2 sk garam
  • 2 biji telur
  • 100 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • sedikit pewarna hijau
  • sedikit perisa pandan
Cara-cara
  1. Satukan semua bahan2, kacau rata dan tapis ke dalam periuk.
  2. Masak hingga naik wap, guna api sederhana je. Masa ni sentiasa kacau guna whisk je...jngn terlalu pekat atau terlalu cair, adunan seolah2 susu pekat je.
  3. Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 25 minit ( Apabila masak, cakar dengan garfu)
Lapisan atas
  • 1/2 cwn tepung kastard
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1/4 sk garam
  • 1/8 sk vanilla essence
  • 3 biji telur
  • 100 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • sedikit pewarna kuning/oren (tak letak pun takpe)
Cara-caranya
  1. Ikut seperti lapisan tengah. Satukan semua bahan2 dan tapiskan.
  2. Masak jangan terlalu pekat & jangan terlalu cair. Guna api sederhana dan sentiasa di kacau supaya tak berketul2.
  3. Tuang adunan ke atas lapisan tengah dan kukus selama 25 minit.
  4. Sentiasa lap tutup pengukus. Saya lap setiap 5 minit, permukaan kuih kelihatan rata dan licin.
  5. Setelah masak, angkat dan sejukkan. Bila dah sejuk bolehlah di potong guna pisau plastik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICK CLICK CLICK