Click Click NOW

Tuesday, June 21, 2011

DOT DOT DOT ... apam cute!

Apam ni mmg cute & memang sedap & senang nak ngap.. cumel gitew...
sapa2 yg mulot lebor dua tiga bijik boleh sekali ngap! lichin!

resepi sgt ringkas & nak buat pun sgt mudah... rajin ngan tak rajin jer kan...

corak or color itu ikot hati laa...ikot ya creativity lar... lu suka terang lu tarok color terang lor..tapi jgn letak water color sudehh...matiiiii!!! :-) okey enjoy d' recepy..

Resepi
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling secukupnya
  • Pewarna ikut suka
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan inti **
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Guna api sederhana. Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah/mekar



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICK CLICK CLICK