Glamor nya nama Lace Pancake ahaks... whatever.. neway u can have it traditionally with curry : chicken or beef or with 'kuah durian' or with ice cream & fresh fruitz ... yess... :-)
Kari Ayam ada kentang & lobak merah ... balance ..
RESEPI
1 cawan tepung gandum
1/4 cawan susu segar
1 cawan air
1 biji telur
1 sudu makan marjerin
1 sudu makan gula (jika suka)
1 sudu kecil garam (jika suka)
sedikit pewarna kuning atau kunyit (lugie guna kunyit)
CARA
* Blend semua bahan kemudian tapis. (lugie guna blender jeee)
* Panaskan pan dan gunakan acuan Roti Jala utk proses 'menjala'.
* Cara menjala :- buat bulatan dan pusing2kan .. tunggu 1 to 2 mins, angkat dan lipat or gulung. Tak perlu diterbalikkan.
KUAH KARI AYAM
* Kebiasaannya kuah kari utk pencecah Roti Jala ni agak pekat dari kuah kari lauk biasa. Anyway terpulang pada citarasa masing2 ya.
RESEPI
7 ketul daging ayam di potong kecil2
2 biji kentang - dadu kecil
1 biji lobak merah - dadu kecil
** 4 ulas bawang kecil
** 2 ulas bawang putih
** 1 inci halia
sejemput asam jawa
2 sudu serbuk kari
1/2 sudu serbuk kunyit
2 sudu cili boh
** 1 batang cili hidup
4 cawan santan pekat
1 1/2 cawan minyak utk menumis
sedikit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, garam
CARA
1. Tumbuk or blend semua bahan **.
2. Panaskan minyak & bila dah panas tumis bahan2 yg telah ditumbuk tadi ** bersama segala kayu bunga buah cengkih tu.
3. Bila dah naik bau, masukkan serbuk kari,serbuk kunyit, cili boh...kacau sebentar rata dan masukkan ayam.
4. Masukkan santan, kentang, lobak merah dan garam secukup rasa. Tunggu hingga mendidih dan masak.
3.
Ramdhan dah dekatkan... so with this Roti Jala yg senang utk dibuat.. .. have fun during 'menjala' ahaks.. saya suka!! Bolehlah disedekahkan utk Jamuan Moreh...
No comments:
Post a Comment