Inspiration : A true, personal story from the experience...
let share the story...
1st.. a man.. once a garbage collector.
"Lee Myung Bak was born in wartime Japan and was the fifth of seven children. In 1946 his family returned to Korea, but their boat capsized during the journey, and they landed ashore with little more than the clothes they were wearing. They settled in his father's hometown of P'ohang, and, to help support his family, Lee sold rice snacks during the day and attended school at night. He enrolled at Korea University, Seoul, in 1961, paying his tuition by working as a garbage collector."
source :
http://articles.cnn.com/2008-03-31/world/s...ent?_s=PM:WORLD
He joined the fledgling Hyundai Construction company in 1965. At the time, it had fewer than 100 employees, and Lee advanced quickly through the executive ranks. When he resigned as CEO in 1992, the Hyundai Group had some 160,000 employees, and its products ranged from automobiles to heavy machinery to consumer electronics.. He is well known as BULLDOZER because of his very hardworking attitude.
from
GARBAGE COLLECTOR ---> PRESIDENT of KOREA
... FULL STORY...
Presiden Korea sekarang ini, Lee Myung Bak dari TUKANG KUTIP SAMPAH kepada PEMERINTAH 1 di Korea.
Selepas sahaja berjaya jadi Presiden Korea, dia telah derma SELURUH GAJI nyaa semasa kerja sbg CEO Syarikat Hyundai kepada rakyat miskin Korea, lebih kurang RM100 JUTA.
Sebelum ini beliau pernah terlibat dalam projek Jambatan Pulau Pinang semasa era PM Tun Dr Mahathir,
Semasa itu dia adalah CEO syarikat Hyundai dan dengan terang-terang menyatakan kekagumannya akan visi 2020 negara maju Malaysia semasa lawatannya ke Malaysia.. hingga dinyatakan bahawa dia ingin buat dasar pandang ke Malaysia, dan memang benar selepas itu, syarikat Hyundai membuat visi 2020 dan logo baru syarikat Hyundai!
Semasa lawatannya ke Malaysia, dia buat acara penghormatan kepada Rejimen Askar Melayu (RAMD) dengan cara yang unik.
Permulaan hidup yg amat sedih. Dilahirkan semasa era perang di Osaka, Jepun.. keluarganya bekerja sebagai petani buruh di Jepun, selepas ahli keluarganya berusaha melarikan diri ke Korea di P'ohang, kampong ayahnya . Semasa kecilnya menjual snek, ais krim dan makanan ringan untuk menolong ahli keluarganya yang amat susah.
Semasa kecil hanya bersarapan dgn hampas gandum, petang hanya minum air , malam makan balik hampas gandum. Tidak pernah bawa makanan ke sekolah kerana tak mampu.
Mendapat biasiswa utk sambung belajar di sekolah tinggi diakerana rajin belajar.
Kemudian emak ayah dia pindah ke Seoul untuk cari kehidupan yang lebih baik.. tapi tetap susah juga, ibu bapa dia jadi penjual sayur jalanan.. disebabkan terlalu miskin, Presiden Korea Selatan sekarang ni Lee Myung Bak jadi buruh bangunan dan dia kata impian dia ialah hendak jadi pegawai kerajaan Korea, dan hendak tolong ahli keluarga dia (memang dapat apa yang diimpikannya hingga dapat jadi Presiden Korea Selatan).
Selepas habis sekolah tinggi,sambung belajar di Universiti Korea yang terkenal, disebabkan dia tak punya kewangan yang baik sebab keluarga dia amat susah, dia kerja sapu jalan dan kutip sampah di korea tu.. masa dia masuk universiti baru dia berjinak dengan politik korea lepas dipilih jadi anggota dewan Mahasiswa Universiti Korea.
Pernah diblacklist oleh kerajaan Korea kerana kuat menentang dasar kerajaan Korea yang ingin berbaik dengan kerajaan Jepun (ini sifat kurang baik dia.. tapi kalau kita baca autobiografinya, ada sebab kukuh kenapa dia amat benci dengan tindakan itu, semuanya sebab memori tidak baik masa silam dia, dan ahli keluarga dia semasa berada di negara Jepun, hinggakan keluarga dia habis jatuh amat miskin.
South Korea's President Lee Myung-bak wipes his eye during the 92nd anniversary of the March 1 Independence Movement against Japanese colonial rule in 1919, in Seoul, March 1, 2011. REUTERS/Jo Yong-Hak (SOUTH KOREA - Tags: POLITICS ANNIVERSARY IMAGES OF THE DAY)
Semasa dia masuk kerja di syarikat Hyundai di Korea pada tahun 1965, pengasas syarikat Hyundai ketika itu amat kagum dengan kebolehannya dan kerja kerasnya sehingga mendapat gelaran BULLDOZER diberinya jawatan CEO Syarikat Hyundai kepada Lee Myung Bak selepas dia bekerja selama 10 tahun di dalam syarikat Hyundai, pada mulanya syarikat Hyundai hanya mempunyai pekerja kurang dari 100 orang pekerja tapi sebelum dia meninggalkan syarikat Hyundai itu, syarikat Hyundai telah mempunyai seramai lebih 160,000 orang dan membentuk Hyundai Group dengan pelbagai cabang perniagaan dari automotif, pembuatan mesin, buat bangunan, barang elektrik, buat kuasa nuklear dan pelbagai lagi cabang perniagaan yang lain. **
kemudian dia bertanding dalam politik dan menjadi YB Kota Seoul pada tahun 2002, 5 tahun lepas tu tahun 2007.. Lee Myung Bak yang semasa kecilnya amat miskin, hingga sanggup kerja kutip sampah dan sapu sampah di kota seoul sekarang telah menjadi orang #1 di Korea sebagai Presiden Korea Selatan!! SIAPA SANGKA!.. dan janjinya pula ialah setelah dia berjaya jadi Presiden Korea ialah derma seluruh gajinya semasa menjadi CEO syarikat Hyundai hanya tinggalkan rumah peribadi dia sahaja sebagai harta dia semasa dia bersara.
Visi Presiden Korea ialah menyebarkan budaya korea ke seluruh dunia & hendak semua benda lebih baik dari negara jiran - Jepun!.
disebabkan semasa kecilnya, dia berasa hati dan dendam yang amat tinggi kepada Jepun (hingga pernah diblacklist oleh kerajaan Korea kerana terlalu nasionalis dan membangkang habis-habisan apa-apa sahaja pengaruh Jepun di Korea).. rasanya dia telah berjaya dengan Kpop menjadi amat popular di dunia sekarang ini. ;-)
Dari segi teknologi internet, kedua-dua negara Jepun dan Korea ni bersaing amat hebat.. SAMSUNG ada teknologi internet kelajuan tinggi dia sendiri, Jepun pun ada juga dari NEC ke NTT.. mereka ni amat kuat bersaing siapa boleh jadi lebih hebat.. teknologi HD rasanya mula-mula digunakan dengan amat luas di Korea, semua benda yang hiburan yang download dari internet dari kualiti HD banyak letak kat Clubbox,
& Semasa buat menara berkembar Petronas KLCC tu, Dr Mahathir telah meletakkan sebelah menara tu kontraktor dari Jepun, iaitu dari dari syarikat HAZAMA dari Jepun dan lagi sebelah menara ialah dari syarikat SAMSUNG dari Korea.. mereka ni kuat betul bersaing masa tu, dua-dua tak nak mengalah.. dan akhirnya syarikat dari SAMSUNG Korea ni menang siap dulu.. masa tu rasanya SAMSUNG tak ada nama yang tinggi macam sekarang ni, masa tu diaorang tak popular macam sekarang ni.
projek PETRONAS KLCC
Semasa dia bekerja sebagai CEO syarikat Hyundai dan buat kerja pembinaan jambatan Pulau Pinang, dia rasa amat bangga kerana dapat kerja di sebuah negara yang pada masa itu jauh lebih maju dari Korea.. tapi sekarang dah terbalik pula, Korea sudah maju, Malaysia masih mencari rentak bagaimana hendak jadi negara maju.
Peringatan... pengajaran...
Korea dulu adalah 3x ganda lebih miskin dari Malaysia.. apabila pergaduhan saudara berlaku memang tuhan uji diaorang jadi amat miskin, macam Iraq dan Afghanistan, gaduh sesama saudara sendiri terus jadi amat miskin, padahal dulu kuasa besar dunia Russia pernah kalah dengan Afghanistan ni.. ..
.
.
& ... tak penting dimana bermula,tapi yg penting dimana berakhirnya ...
"When you inspire one person you have already changed the world."
~ Sabina Nore