Click Click NOW

Showing posts with label KESIHATAN. Show all posts
Showing posts with label KESIHATAN. Show all posts

Friday, October 14, 2011

VERTIGO @*&+#+*! spinning, whirling, falling, tilting

uols tau apa itu VERTIGO ? & why so sudden buat n3 pasal Vertigo ni ...(cara sebot macam sebutan NS..betigoo..belimoo...beduwooo..gitew tawww )
coz this week one of my  O/m got it... mc for a week...
siapa pon boleh kena..or may b we had once... but not sure what it is... so please get some lite drink & some titbits... & njoy story bout vertigo... jgn tido lagi ya!!! blasah jeee...


sorry .. :-) ini poster ya utk movie vertigo... 1958!!
click photo for full story...

:~
Vertigo (comes from Latin word vertigin-, vertigo, "dizziness," originally "a whirling or spinning movement", from vertere - the Latin term meaning "to turn") is a specific type of dizziness, a major symptom of a balance disorder and is considered a symptom of another condition and not a disease or an illness in itself.

... pengidap akan rasa keadaan pusing yg luar biasa..ala macam uols pusing2 bdn pastu dok diam....dzzzzzzzzz..bengong kejap.... Ada 2 jenis pening lalat ni...haaa
1. VERTIGO oBEJEKTIF ~ Penderita vertigo akan rasa macam dunia keliling berputarr- putarr dan putarrr...
2. VERTIGO SUBJEKTIF ~ Penderita tu sendiri yg rasa macam berputar dlm ruang ..ermm camner ek..

Kadang-kadang akan terus disertai mual dan muntah. Bila gangguan ini berat, penderita sampai  tak mampu berdiri atau boleh jatuh macam org pitam. Hal ini biasanya disebabkan oleh gangguan keseimbangan.

Keseimbangan tubuh dikendalikan oleh otak kecil yang mendapat informasi mengenai posisi tubuh dari organ keseimbangan di telinga tengah dan mata. Vertigo biasanya timbul akibat gangguan telinga tengah dan dalam atau gangguan penglihatan.

Gangguan pada otak kecil yang mengakibatkan vertigo jarang berlaku tapi kalau  oksigen ke otak  kurang akan jadi penyebab vertigo gak.Sometimes beberapa jenis ubat spt:kina, streptomisin, & salisilat, boleh menimbulkan radang pd telinga dalam & jika ini berlaku akan juga jadi penyebab kpd Vertigo..

Ada beberapa jenis vertigo berdasarkan penyebabnya.  
  1. Vertigo epileptica -  pusing yang mengiringi
  2. vertigo laryngea - pusing karena serangan batuk,  
  3. vertigo nocturna - rasa seolah-olah akan terjatuh pada permulaan tidur,  
  4. vertigo ocularis - pusing karena penyakit mata khususnya karena kelumpuhan atau      ketidakseimbangan kegiatan otot-otot bola mata,  
  5. vertigo rotatoria -  pusing seolah-olah semua di sekitar badan berputar-putar. 
Lain2 penyebab..
1.  Motion sickness (mabuk darat, mabuk laut)2. Obat-obatan - Alkohol- Gentamisin3. Kelainan sirkulasi
- Transient ischemic attack (gangguan fungsi otak sementara karena berkurangnya aliran darah ke salah satu bagian otak) pada arteri vertebral dan arteri basiler
4. Kelainan di telinga
- Endapan kalsium pada salah satu kanalis semisirkularis di dalam telinga bahagian dalam (menyebabkan benign paroxysmal positional vertigo)
- Infeksi telinga bagian dalam karena bakteri
- Herpes zoster
- Labirintitis (infeksi labirin di dalam telinga)
- Peradangan saraf vestibuler
- Penyakit Meniere
5. Kelainan neurologis
- Sklerosis multipel
- Patah tulang tengkorak yang disertai cedera pada labirin, persarafannya atau keduanya
- Tumor otak
- Tumor yang menekan saraf vestibularis.
GEJALA (selain dari ngangau & pening & mual )
* pandangan gelap
* rasa lelah dan stamina menurun
* jantung berdebar
* hilang keseimbangan
* tidak mampu berkonsentrasi
* perasaan seperti mabuk
* otot terasa sakit
* memori dan daya pikir menurun
* sensitif pada cahaya terang dan suara
* berkeringat
* penglihatan ganda
* sukar menelan
* kelumpuhan otot-otot wajah
* sakit kepala yang parah
* kesadaran terganggu
* tidak mampu berkata-kata
* hilangnya koordinasi
* mual dan muntah-muntah
* tubuh terasa lemah



Cara nak atasi : normally Dr. akan pastikan punca dia dulu baru dia bagi ubat ikot pepunca tu.. & selalunya ubat2 dia ngantuk laa spashly utk org yg dah berumur.. antara ubat2 yg dr bagi.. meklizin, dimenhidrinat, perfenazin dan skopolamin...ni utk kes vertigo yg x serios...

 vitamin B12, B1, antihistamin, diuretika,
 
& kata org daun seledri pon leh ubat  vertigo ni..caranya makan sebagai ulam!
& Kayu Manis:-
Untuk vertigo, 1 jari kayu manis, 10 gram asam trengguli, 60 gram rambut jagung, dan 30 gram daun saderi, direbus dengan 600 cc air hingga berbaki 200 cc. Tapis dan minom airnya hangat2.

. 
Langkah-langkah yg dapat meringankan atau mencegah gejala vertigo:*Tidur dengan posisi kepala yang agak tinggi (letak bantal lebih ..pastikan kepala lebih tinggi dari kaki)
* Bangunlah slowly & duduk dulu sebelum berdiri dari tempat tidur
* Jgn Jgn jangaaan..tidak tidak tidaaakkk ... jgn membongkok bila mengangkat barang
* Jgn Jgn jangaaan..tidak tidak tidaaakkk .... elakkan mendongakkan kepala, misalnya untuk mengambil suatu benda dari ketinggian
* Gerakkan kepala secara hati-hati jika kepala kita dalam posisi datar (horizontal) atau bila leher dalam posisi mendongak.


Lie back quickly with shoulders on the pillow and head reclined onto the bed. Wait for 30 seconds.Turn your head 90° to the left (without raising it) and wait again for 30 seconds.Turn your body and head another 90° to the left and wait for another 30 seconds.Sit up on the left side.


Buat exercise ni 3 a day. Repeat  daily until u are free from positional vertigo for 24 hours .

Normally Dr. akan buat few test utk tau puncanya.  Jika penyebabnya adalah radang telinga, so kena cure radang tu dulu . Tapi ada some casses yg x leh detect puncanya .. maka dgn itewwww jgn buat2 bodow jer kalau ada simptom Bagito ni ya... Kalau awak org kepala ada pusing putar alam yg perhhh x leh tahan & dah hentam panadol ke aper ke tapi dia dok attack gak lagi esok nye dan esoknya...maka pegi la jumpa Dr ya! itu lah yg sebaiknya... InsyaAllah...

khas utk Kak Nita ... getwell soon dear!! take care & hav a good rest!! no shopping shoppingg... no no noooo....

Monday, February 7, 2011

NO RICE NO RICE ~ LOW CARB DIET ..

  

      LilySlim Diet days tickers

Bermula 5 Februari 2011 kita start berdiet tanpa makan nasi.
Yes. Ini betul..& setakat hari ni dah nak masul 3 hari.
Kenapa nak diet tanpa makan nasi?
Oh sebab rasanya perlu kot! Bukan hanya utk slimkan badan tapi lebih kepada penjagaan kesihatan.
Lately banyak sangat dengar berita kawan2 or kenalan yang mati muda coz of penyakit2 kronik. Of coz hidup mati itu adalah takdir tapi pemakanan harian pun main peranan gak .
 WE ARE WHAT WE EAT!
Again kenapa nak diet tanpa makan nasi?
Sebab... bila makan nasi secara automatiknya akan makan lauk segala macam..selera mmg ON jer... so bila ber Diet tanpa makan nasi ni... memang la..setakat nak meratah lauk sesaja... sikit2 je kot... cuit rasa jer... rather than bila makan dgn nasi..mmg sendok tu boleh gerak ikot hati menambah nambah dalam pinggan!!
Ini cara lugie & cuma pendapat lugie...well lain orang lain macam..
& no to soda just water and tea .. Cutting out soda is definitely a big help .
Target? ...
maybe sometimes  i'll eat a little bit of rice ...
but for now...lets myLilyThicker thick thock ...

So Here Some Info DIET TANPA MAKAN NASI which i gotit from a fren..my blogger fren.. saya C & C ya Omu!


lets share this...

Kelebihan diet tanpa nasi @ low carb :# mengurangkan kolestrol dari karbohidrat
# mengurangkan gula dalam badan, sangat bagus untuk mereka yang kencing manis
# tak rasa semput kekenyangan
# gigi akan bersih kerana kurang pembentukan plak
# meningkatkan tenaga dan terasa badan ringan
# tak rasa lenguh2 atau sengal2 urat
# tidor pun lebih baik dan nyenyak
# untuk jangka masa panjang ia sangat baik untuk kesihatan badan dan berat badan

Keburukan diet low carb :
# tidak sesuai pada mereka yang mengandung, budak2, dan remaja yang tengah nak meningkat naik
# nafas yang sangat busuk sebab dari pencernaan dari perut
# sembelit yang melampau
# kadang2 pening kepala
# rambut akan gugur,
# kaki akan cramp


Tapi keburukan ni hanya berlaku pada 2 minggu pertama, selepas tu badan dah ok. Ini kerana kesan dari perubahan badan terhadap apa yang kita makan.  Diet ni memang tak memberi kesan pada berat korang untuk minggu pertama dan kedua. Kalau korang timbangkan berat tu sama jer. Tapi korang dapat rasa perubahan pada badan, terasa susut sikit. Kawan korang pun akan perasan perubahan tu. Biasanya ia dimulakan dulu susut di leher korang, bahu korang dan lengan korang. Memang susut.


There are two problems with the “no rice” diet. If you replace your rice with say breads, fruits or pasta, you are in fact not changing anything at all as they all are carbohydrate sources. The idea of getting rid of rice is all about getting rid of carbohydrates

Wednesday, January 19, 2011

LEMPOYANG MAMPU RAWAT & CEGAH KANSER SERVIK -PENYELIDIKAN UPM


SERDANG: Hasil penyelidikan selama lapan tahun, enam penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menghasilkan bahan semula jadi berasaskan tumbuhan herba, lempoyang bagi merawat dan mencegah kanser pangkal rahim tanpa sebarang kesan sampingan.

Tidak seperti ubat sintetik biasa, hasil penyelidikan mereka membuktikan bahan berkenaan yang dipercayai antara produk terawal seumpamanya di dunia itu hanya membunuh sel kanser secara khusus tanpa mengganggu sel dan tisu normal lain.
Ketua penyelidik, Dr Ahmad Bustamam Abdul, berkata bahan berkenaan yang dijangka dipasarkan dalam bentuk kapsul dan cecair, boleh digunakan bersama ubat kimoterapi komersial lain dan boleh diambil dalam dos yang tinggi tanpa merosakkan tisu normal.
Lempoyang ialah daripada jenis halia dan juga dipanggil halia hutan atau liar, tumbuh liar di kawasan semak samun dan pokoknya hampir menyerupai pokok bunga kantan.

“Bahan ini berguna secara langsung kepada wanita yang mempunyai masalah berhubung pangkal rahim dan selepas menjalani ujian pap smear, terbukti ada tanda kanser pangkal rahim.

“Ia mampu merawat kanser di peringkat awal sebelum sel kanser bertukar kepada abnormal dan mengurangkan kebergantungan kepada ubat sintetik yang memberi kesan sampingan seperti keguguran rambut dan mengganggu sistem pencernaan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Ahmad Bustaman berkata, dengan penemuan terbaru itu, kos rawatan pesakit kanser pangkal rahim dijangka jauh lebih murah, selain tidak perlu terlalu bergantung kepada ubat sintetik yang diimport dan lebih mahal.
Katanya, bahan itu kini di peringkat pembangunan produk bertaraf komersial untuk pemasaran dan sudah pun dipatenkan serta diiktiraf di peringkat tempatan dan antarabangsa.

“Kita harap syarikat farmaseutikal tempatan mengambil peluang daripada penemuan ini untuk memasarkan bahan semula jadi sebagai produk ubatan herba antikanser di peringkat global,” katanya.
POKOK LEMPOYANG - ZINGIBER ZERUMBET
 
Tahukah anda kegunaan lempoyang ini?  Rizom lempoyang yang masih muda ditumbuk lalu dimasukkan sedikit dalam masakan dan dikatakan rasanya pedas dan pahit sedikit. Rasa pedas ini dapat membuka selera. Air rizom yang ditumbuk juga dikatakan digunakan sebagai tonik dan sebagai ubat sakit perut serta dapat mengurangkan kolesterol. Selain itu, ia juga boleh dijadikan ubat tradisional dan persediaan jamu bagi ibu bersalin semasa dalam pantang.
Lempoyang merupakan pokok keluarga Ginger yang berasal dari Asia tenggara tetapi telah meluas berkembang di kawasan-kawasan tropika dan subtropika.
Zingiber zerumbet adalah pokok yang juga mempunyai banyak khasiat. Ia juga boleh dijadikan tanaman landskap yang boleh memberi kesan yang menarik pada sesuatu taman. Bunga-bunga berbentuk kon yang dapat bertahan lama dan berguna untuk dijadikan bunga keratan. Dia negara dan Asia dan Hawaii ia dikatakan terkenal sebagai ‘Shampoo Ginger’ kerana ia dijadikan bahan di dalam pembuatan shampoo.
Jamu Lempoyang
Khasiatnya adalah untuk membersihkan kulit muka. Ambil ½ ibu jari lempoyang, kikis kulitnya dan parut. Perah bahan tersebut dan minum airnya dengan ditambah sedikit gula atau madu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICK CLICK CLICK