Click Click NOW

Showing posts with label KuihMuih. Show all posts
Showing posts with label KuihMuih. Show all posts

Friday, July 11, 2014

KUE KOCI LABU KUNING


RESEPI :

* Labu Kuning 
*Tepung Pulot (Cap Teratai)
*Santan (dimasak dgn sedikit garam)
* Inti Kelapa ( Kelapa parut putih masak dgn gula merah)

CARA:
Rebus Labu , dah empuk angkat tos dan hancurkan.
Gaul bersama tepong pulot. (anggaran jika 500g labu gaul dengan 500g tepong )
Gaul hingga boleh di bulat bulat kan 
Dah siap bulat bulatkan lebih kurang 18-20g sebiji.
Isi inti kelapa. kemaskan.
Didihkan air, rebus koci yang dah siap dibulat dan diisi inti.
Apabila timbul, angkat dan tos . (macam buat onde onde)
Bungkus koci yang dah masak, sendukkan sesudu santan . Bungkos kemas kemas.
Siap utk dimakan.
Siapa teringin tapi malas buat boleh order sama MakCT ya 

** anggaran bancuhan 500g labu + 500g tepong pulot, tapi bergantung pada labu juga, ada labu yg agak lembik jadi kena lebih sedikit tepungnya,,, apa pun ikut kesesuaian bancuhan... tapi kuantiti tepong yg berlebihan boleh kurangkan keenakan labu . 





Untuk tahan lama lambat basi, pastikan santan dimasak dengan sedikit garam (ikut rasa ya) .


note: Boleh tambah tepong beras utk pekatkan santan , tapi ikut pada santan yang kita gunakan..kalau santan pure mmg dah cukup pekat... ikut pada selera masing2... tambah sedikit aja... kacau rata supaya tak bergentel santan tu. 



 Daun sebaiknya dilayur dahulu, kemudian disapu dgn sedikit minyak kelapa (utk nampak vouge) 





. Jika tak habis jangan dibuang ya. pack baik2 dan frozen kan.  next time boleh dikukus semula dan makan panas panas.

Monday, February 10, 2014

Talam ButterScotch


yeay ..

i am back ... 


so this is Talam ..
3 layered steamed Malay cake .. 
Butterscotch pudding at the bottom, topped with 2 layes of custard pudding .


Nice! Original resepi dari Chef Asma .. but instead of using Roti Putih .. we added Roti ButterScotch yg sedap tu  :-)

Dah ramai yg buat Talam ni .. its easy babe..


Resepi ni Lujie Kredit to  Yatiememories ya

Lapisan Bawah
  • 13 keping roti putih Gardenia- di carik2
  • 2 biji telur
  • 50 gm raisin-Yatie tak letak
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1/2 sk garam
  • 150 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • 1/4 sk vanilla essence
Cara-caranya
  1. Satukan semua bahan-bahan dan rendamkan roti selama 30 minit (sehingga lembut)
  2. Masukkan dalam loyang 10x10x2"(Sapu minyak dulu sekeliling loyang dan alas plastik)
  3. Kukus selama 25 minit.
  4. Apabila masak angkat dan cakar dengan garfu.
  5. (Jika terdapat sedikit air di permukaannya, sendengkan loyang dan buangkan air guna sudu atau kertas tisu, pastu baru cakar2kan sedikit dan tuangkan adunan lapisan tengah)
Lapisan tengah
  • 1/2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1/2 sk garam
  • 2 biji telur
  • 100 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • sedikit pewarna hijau
  • sedikit perisa pandan
Cara-cara
  1. Satukan semua bahan2, kacau rata dan tapis ke dalam periuk.
  2. Masak hingga naik wap, guna api sederhana je. Masa ni sentiasa kacau guna whisk je...jngn terlalu pekat atau terlalu cair, adunan seolah2 susu pekat je.
  3. Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 25 minit ( Apabila masak, cakar dengan garfu)
Lapisan atas
  • 1/2 cwn tepung kastard
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1/4 sk garam
  • 1/8 sk vanilla essence
  • 3 biji telur
  • 100 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • sedikit pewarna kuning/oren (tak letak pun takpe)
Cara-caranya
  1. Ikut seperti lapisan tengah. Satukan semua bahan2 dan tapiskan.
  2. Masak jangan terlalu pekat & jangan terlalu cair. Guna api sederhana dan sentiasa di kacau supaya tak berketul2.
  3. Tuang adunan ke atas lapisan tengah dan kukus selama 25 minit.
  4. Sentiasa lap tutup pengukus. Saya lap setiap 5 minit, permukaan kuih kelihatan rata dan licin.
  5. Setelah masak, angkat dan sejukkan. Bila dah sejuk bolehlah di potong guna pisau plastik.

Monday, June 3, 2013

KUEH KOLEH KACANG ~ Khas utk MAKASHA


Kueh Koleh Kacang Hijau.

Kueh lama yg sangat saya suka. Dulu beli aja sebab rasa sangat2 susah nak buat .
Sekarang .. siapa nak cuba boleh guna resepi di bawah .. or else.. boleh contact kita utk tempahan ya .

tapi...

kueh ni mmg sangat2 sedap!!!
kuih org lama la katanya....




KOLEH KACANG
Sumber: Kelas Chef Asma



BAHAN2

(A)
400gram gula merah
100gram gula halus
300ml air
1 helai daun pandan


(B)

300gram tepung kacang hijau ( jenama Baba's)
1tsp garam
400ml santan pekat
1300ml air


Cara2

1. Masak bahan2 (A) sehingga mendidih hingga gula hancur, tapiskan menjadi 500ml ( jgn sampai air gula pekat)

2. Satukan bahan (B), kacau hingga sebati tapiskan dalam kuali.


3. Masukkan bahan (A) ke dalam bancuhan (B), kacau diatas api sederhana besar sehingga pekat dan tak melekat di periuk.jgn terlebih pekat sgt nanti jadi kuih plastik(Masukkan 1 ½ tbsp minyak supaya berkilat)


4. Bila masak tuang kedalam loyang yang telah dilapik kertas & disapu marjerin.


5. Tabur tahi minyak ketika adunan masih panas supaya tahi minyak melekat di atasnya.


TAHI MINYAK 

300ml santan pekat + 1/8tsp garam
(dimasak dengan pai perlahan hingga menjadi tahi minyak & warna kekuningan, tapis supaya tahi minyak tidak hitam & tabur di atas kertas).
*minyaknya jangan dibuang, guna 11/2 tbsp masuk ke dalam adunan supaya berkilat






Tuesday, January 18, 2011

KUEEEEH....KUEH....KUEH....KUEEEEEHHH.....


CARA BERLAUK - 40SEN S/BJ

CARA MANIS - 40SEN/SBJ

CUCUR UDANG - 40SEN/SBJ

KUEH KOCI - 40SEN/SBJ

VADEH - 40SEN/SBJ


LEPAT PISANG - 40SEN/SBJ

KUAH LOPES

KUEH LOPE

DONAT - 40SEN/SBJ

SOMSOM - 2.50/

BUBUR ANEKA - 2.50

SAMPAN - 40SEN/SBJ

Sunday, November 21, 2010

KUIH LAPIS ROS



Lepas masak untuk tengahari terus  prepare untuk minum petang. Lepas ni tak yah masuk dapur dah. Leh terus lepak santai kan. Ok ni ha kuih lapis ros. Ros tu sebab pakai pewarna jenama ROs..wangii cam ros. Selalu buat sirap pun pakai Ros ni. Ok jom layan resepi. Resepi asal dari My Resepi . Simple jaar...

Bahan-bahan ( loyang besar  ) - sebab tak ada loyang kecik!

  • 1 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula (leh kurangkan klu x suka manis sgt)
  • 1 st garam
  • 2 paket santan serbuk
  • 1 st minyak masak
  • 3-4 titik sirap merah perasa ros (leh tukar warna lain klu sker)
  • 4 cawan air

Cara-cara


  1. Dalam blender, masukkan gula,santan,tepung beras,tepung gandum,minyak,garam dan 2 cawan air. Blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul. Panaskan air dalam kukusan.
  2. Keluarkan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air,kacau rata.
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan satu bahagian pewarna merah & satu lagi dgn tak yah warna haaa santan jeee. Kacau biar warna sekata.
  4. Utk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dgn sedikit minyak dan letak plastik cling. Masukkan 2 cwn adunan warna putih & kukus selama 5 minit.
  5. Lepas 5minit,masukkan pula 1 cawan adunan warna merah dan kukus selama 2minit. Kemudian selang seli warna  hingga adunan habis.
  6. Lapis yg terakhir warna merah dikukus selama 20minit. Bila dah masak alih keluar dari kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk.
  7. Dgn hati2 tarik keluar plastik cling bersama kuih lapis tadi. 
  8. * Jika guna loyang non stick, x perlu letak plastik cling, hanya sapu sekeliling dgn minyak

Monday, November 8, 2010

KUIH GANDUS



Dah pepagi buta ni tetiba teringat kat KUIH GANDUS ni. Errm kuih ni sedaaap! Setakat ni satu tempat jer yang aku tau buat kuih ni besttt- Pasar Datok Keramat, KL. Kalau kat tempat lain...memang upset la rasa dia..serba tak kena.  Asal usul kuih ni aku tak tau. Resepi tak tau tapi pakcik yang jual tu cakap antarnya Tepung Beras, Santan Pekat, Kelapa Parut, Jem Nenas. Yang best pakcik ni buat sendiri inti Jem nenas tu! Memang seddap dia buat! Gerai dia cput jer..tapi orang Q' sanggup berpanas. Sapa lambat abis! esok nak pegi beli!!! sedap sedap seddap...!

Saturday, November 6, 2010

Menu Minum Petang

KARIPAP SARDIN
Ada rajin sket petang ni so dapat buat 2 tiga bangsa. Karipap Sardin, Kasturi, Pau Kentang & Pau Kacang.. Makan la korang sampai abis!





KUEH KASTURI

PAU - INTI KENTANG

PAU GORENG - INTI KACANG MERAH


INTI KENTANG


Thursday, November 4, 2010

CEKODOK PISANG ~ mak buat!

Pagi tadi sejok. lapar. Ada 2 tiga sisir pisang emas dibawa belayar yg dah agak tak sesuai utk dimakan begitew sajer. So ...mak buat Cekodok! Makan panas panas...ngap ngap ngap...abisss...tak dpt buat bekal!


Nampak buwok jer khen... tapi sat jer lincheen!!!


Tuesday, November 2, 2010

Sunday, October 31, 2010

Menu Hari Ni ~

Ni hari santai...bermalas malasan... makan sik lemak sempoy..
apam gula merah (mak ckp apam bodoh)
ngan lepat pisang...
Sambal Tumis Ikan Beles...Bawang lebih...

Nasi Lomak
Lepat Pisang
Apam Gula Merah @ Apam Bodoh
BAHAN2 & CARA
Gula Merah - 1 cwn (rebus dgn daun pandan) - tapis
**Maurepan - 1 peket (bancuh dlm air suam kuku 1 mug)
Tepong Gandum - 1/2 kg
Gaul Tepong bancohan Maurepan dah sebati baru campurkan air gula merah.
Gaul sebati. Letak dlm loyan yg telah digris ngan minyak sket.
Biarkan bancuhan dlm 15-20minit (bancohan berbuih & agak naik)
Kukus 20minit.




KUIH BOM

Inti Kacang Hijau / Kelapa Manis
Frozen RM3.00 Perpack (10pcs)

Kalau rajin boeh buat sendiri ya , ni resepi:-
BAHAN-BAHAN:
Ubi kentang - 320g
Tepung pulot - 360g
Gua kastor - 150g
Tepong gandom - 80g
Inti Kacang Hijau / Kelapa Manis - secukupnya
Bijan untuk menyalut - secukupnya
Air - 200ml

CARA:
1. Ubi kentang direbus dan dilecek semasa hangat.
2. Biarkan suam dan masukkan tepung gandum, tepung pulot, gula. Uli dengan air hingga lembut.
3. Ambil adunan - leperkan - isi inti dan bulatkan.
4. Golekkan pada bijan dan goreng dengan minyak panas 
5. Dah kuning (masak) angkat dan toskan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICK CLICK CLICK