Click Click NOW

Showing posts with label RESEPI. Show all posts
Showing posts with label RESEPI. Show all posts

Friday, July 11, 2014

KUE KOCI LABU KUNING


RESEPI :

* Labu Kuning 
*Tepung Pulot (Cap Teratai)
*Santan (dimasak dgn sedikit garam)
* Inti Kelapa ( Kelapa parut putih masak dgn gula merah)

CARA:
Rebus Labu , dah empuk angkat tos dan hancurkan.
Gaul bersama tepong pulot. (anggaran jika 500g labu gaul dengan 500g tepong )
Gaul hingga boleh di bulat bulat kan 
Dah siap bulat bulatkan lebih kurang 18-20g sebiji.
Isi inti kelapa. kemaskan.
Didihkan air, rebus koci yang dah siap dibulat dan diisi inti.
Apabila timbul, angkat dan tos . (macam buat onde onde)
Bungkus koci yang dah masak, sendukkan sesudu santan . Bungkos kemas kemas.
Siap utk dimakan.
Siapa teringin tapi malas buat boleh order sama MakCT ya 

** anggaran bancuhan 500g labu + 500g tepong pulot, tapi bergantung pada labu juga, ada labu yg agak lembik jadi kena lebih sedikit tepungnya,,, apa pun ikut kesesuaian bancuhan... tapi kuantiti tepong yg berlebihan boleh kurangkan keenakan labu . 





Untuk tahan lama lambat basi, pastikan santan dimasak dengan sedikit garam (ikut rasa ya) .


note: Boleh tambah tepong beras utk pekatkan santan , tapi ikut pada santan yang kita gunakan..kalau santan pure mmg dah cukup pekat... ikut pada selera masing2... tambah sedikit aja... kacau rata supaya tak bergentel santan tu. 



 Daun sebaiknya dilayur dahulu, kemudian disapu dgn sedikit minyak kelapa (utk nampak vouge) 





. Jika tak habis jangan dibuang ya. pack baik2 dan frozen kan.  next time boleh dikukus semula dan makan panas panas.

Monday, February 17, 2014

DOnuT KentAng ~ Potato Donuts!


MenDonat!


More donut.
Something fluffy.
Very soft.

Resepi... gotit fr my FB frenz..
Tahrunnisah Jali 

Feel free to make rings, only donut holes, bulat2 tekan sket , myself tak pakai acuan pon...
 or twist them into whatever shape you ols suker. 

250 gram tepung gandum
sebiji kentang yang telah direbus dan dilenyek

1 biji telor ayam + 1/2 sudu kecil garam (dikacau dlm bekas lain dulu)
2 sudu besar susu tepung apa2 jenama
70-100 ml air ais (biasa tak pernah cecah 100ml pon)
1 1/2 sudu besar shortening
2 sudu besar gula
1 sudu kecil baking powder
1 3/4 sudu kecil yis mauripan


*doh lembut dan tak lekat kat tangan dikira ok..insyaallah...pastikan doh jgn lembik sangat sbb nanti masa menggoreng minyak serap dlm donut...

Caranya : (guna mixer)
1. Masukkan semua bahan kering dulu dalam bekas adunan
kemudian masukkan telor yang dipukul dulu dlm bekas lain serta masukkan air sedikit demi sedikit (part ni kene pastikan air tu taruk sikit2 ye sambil mesin menguli sehingga doh tu tak lekat kat tangan) serta last skali shortening or marjerin dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut dan elastik ye, Uli selama 20 minit

2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Boleh juga letak dlm oven 25 minit ( suhu 30 C) jika disuhu bilik masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam atau nak letak kat tmpt panas pun boleh..

3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bentuk doh tersebut dgn acuan donat atau bentukkan rupa donat dan susun donat2 atas dulang yang ditabur tpung gandum... dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.

4. Goreng di dalam minyak panas...masa menggoreng tu turunkan suhu panas supaya donut tidak hangus....angkat dan hias dengan gula atau coklat....
selamat mencuba...


FRY ME!!!

sugar? glaze? cinnamon sugar? powdered sugar? WHATEVARH!
....  make your own, It’s really not all that difficult !


Monday, February 10, 2014

Talam ButterScotch


yeay ..

i am back ... 


so this is Talam ..
3 layered steamed Malay cake .. 
Butterscotch pudding at the bottom, topped with 2 layes of custard pudding .


Nice! Original resepi dari Chef Asma .. but instead of using Roti Putih .. we added Roti ButterScotch yg sedap tu  :-)

Dah ramai yg buat Talam ni .. its easy babe..


Resepi ni Lujie Kredit to  Yatiememories ya

Lapisan Bawah
  • 13 keping roti putih Gardenia- di carik2
  • 2 biji telur
  • 50 gm raisin-Yatie tak letak
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1/2 sk garam
  • 150 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • 1/4 sk vanilla essence
Cara-caranya
  1. Satukan semua bahan-bahan dan rendamkan roti selama 30 minit (sehingga lembut)
  2. Masukkan dalam loyang 10x10x2"(Sapu minyak dulu sekeliling loyang dan alas plastik)
  3. Kukus selama 25 minit.
  4. Apabila masak angkat dan cakar dengan garfu.
  5. (Jika terdapat sedikit air di permukaannya, sendengkan loyang dan buangkan air guna sudu atau kertas tisu, pastu baru cakar2kan sedikit dan tuangkan adunan lapisan tengah)
Lapisan tengah
  • 1/2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1/2 sk garam
  • 2 biji telur
  • 100 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • sedikit pewarna hijau
  • sedikit perisa pandan
Cara-cara
  1. Satukan semua bahan2, kacau rata dan tapis ke dalam periuk.
  2. Masak hingga naik wap, guna api sederhana je. Masa ni sentiasa kacau guna whisk je...jngn terlalu pekat atau terlalu cair, adunan seolah2 susu pekat je.
  3. Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 25 minit ( Apabila masak, cakar dengan garfu)
Lapisan atas
  • 1/2 cwn tepung kastard
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1/4 sk garam
  • 1/8 sk vanilla essence
  • 3 biji telur
  • 100 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • sedikit pewarna kuning/oren (tak letak pun takpe)
Cara-caranya
  1. Ikut seperti lapisan tengah. Satukan semua bahan2 dan tapiskan.
  2. Masak jangan terlalu pekat & jangan terlalu cair. Guna api sederhana dan sentiasa di kacau supaya tak berketul2.
  3. Tuang adunan ke atas lapisan tengah dan kukus selama 25 minit.
  4. Sentiasa lap tutup pengukus. Saya lap setiap 5 minit, permukaan kuih kelihatan rata dan licin.
  5. Setelah masak, angkat dan sejukkan. Bila dah sejuk bolehlah di potong guna pisau plastik.

Monday, June 3, 2013

KUEH KOLEH KACANG ~ Khas utk MAKASHA


Kueh Koleh Kacang Hijau.

Kueh lama yg sangat saya suka. Dulu beli aja sebab rasa sangat2 susah nak buat .
Sekarang .. siapa nak cuba boleh guna resepi di bawah .. or else.. boleh contact kita utk tempahan ya .

tapi...

kueh ni mmg sangat2 sedap!!!
kuih org lama la katanya....




KOLEH KACANG
Sumber: Kelas Chef Asma



BAHAN2

(A)
400gram gula merah
100gram gula halus
300ml air
1 helai daun pandan


(B)

300gram tepung kacang hijau ( jenama Baba's)
1tsp garam
400ml santan pekat
1300ml air


Cara2

1. Masak bahan2 (A) sehingga mendidih hingga gula hancur, tapiskan menjadi 500ml ( jgn sampai air gula pekat)

2. Satukan bahan (B), kacau hingga sebati tapiskan dalam kuali.


3. Masukkan bahan (A) ke dalam bancuhan (B), kacau diatas api sederhana besar sehingga pekat dan tak melekat di periuk.jgn terlebih pekat sgt nanti jadi kuih plastik(Masukkan 1 ½ tbsp minyak supaya berkilat)


4. Bila masak tuang kedalam loyang yang telah dilapik kertas & disapu marjerin.


5. Tabur tahi minyak ketika adunan masih panas supaya tahi minyak melekat di atasnya.


TAHI MINYAK 

300ml santan pekat + 1/8tsp garam
(dimasak dengan pai perlahan hingga menjadi tahi minyak & warna kekuningan, tapis supaya tahi minyak tidak hitam & tabur di atas kertas).
*minyaknya jangan dibuang, guna 11/2 tbsp masuk ke dalam adunan supaya berkilat






Wednesday, April 24, 2013

APAM GULA MERAH @ APAM BODOH

Ini antara apam paling klasik , paling simple , senang yet paling sodap!
Agaknya sebab tu ada yg panggil apam ni Apam Bodoh ya.. waima tak pandai pon leh bikin ni apam.
Tapi kalau silap aribulan... tak jadik jugek!!

 Resepi simple je...
cara.. baling2 je...
Jom layan je ...






** ini resepi salin verbal dr mak..so tadak sukat2 sangat... main agak agak yo!

Resepi : 


1 peket mauripan,
3 sudu besar gula pasir,
3 sudu besar gula merah, 

daun pandan 5 helai. 

750g tepong gandom. 

CARA : 
Gula merah, gula pasir , pandan masak dgn 2 cawan air. 

Dah masak tapis. Tepong bancuh kering dgn mauripan. 

Bila air gula dah suam campurkan dgn bancuhan tepung. 

Gaul sebati. Tuang dlm loyang (dah lenser dgn minyak). 

Tutup loyang rapat2 & biarkan 1/2 jam atau hingga adunan naik. 

Kukus hingga masak. Boleh dimakan dgn kelapa atau makan 

gitew sajer :-) .. 

(resepi ni boleh dapat 2 loyang size 8" ya)




Thursday, April 18, 2013

KUIH KOCI PULOT HITAM






RESEPI

KULIT
500g tepung pulot putih
160g tepung pulot hitam
60g tepung gandum
600liter air
1/2 tsp garam

1.Campurkan semua bahan dan uli hingga adunan tidak
   melekat ditangan.
2.Bulat2kan adunan (lebih kurang 18g) . masukkan inti. 3.Rebus adunan dalam air panas. Bila dah timbul angkat 
   (rebus seperti buat kuih buah melaka)
4. Golekkan adunan yg dah masak pada santan yg telah
    dimasak . 
5. Bungkus dgn daun pisang size lebih kurang 3" x 5".
6. siap utk dimakan.

INTI
800ml air
400g gula merah
800g gula putih
2 tsp garam
6 helai daun pandan
1500g kelapa parut
180g tepung gandum

Masak air,gula merah, gula pasir, garam hingga larut. Camputkan daun pandan. Masak sebati. Campurkan kelapa parut. masak sebati. Akhir campurkan tepung gandum.

SANTAN
1liter santan
100ml air
2 tsp garam
20g tpg beras

masak semua bahan hingga pekat dan berkilat.


note :  utk satu adunan boleh dapat lebih kurang 70biji kuih koci

LEMPENG C/W SAMBAL HIJAU

Hujan - hujan sedap apa makan lempeng. Lempeng biasa je... tepung dgn garam jer pon ..
Cicah dengan sambal ijau je pon.. tak mewah mana ...

Al kisah siapa pernah ke ANDAK Place, Janda Baik mesti tau penangan Lempeng Sambal Hijau ni !! Fofuler aper.. Mat salleh pon kenal sama ini Lemfeng Sembel Hijeww...

Nak tau camner asal usul lempeng ni..
story kat bawahhhh skali.. 
sebelum tu..layan resepi sempoy ni ya!!




RESEPI LEMPENG
Tepong Gandom - anggaran 9 senduk kecil
Garam secukup rasa
Air masak - anggaran 2 gelas
Sedikit minyak (supaya lempeng tak lekat pada kuali)

CARA
* Gaul rata tepong gandum dengan garam.
* Masukkan air masak dan bancuh tepung hingga sebati
(jangan ada yg berketul-ketul)
* Masukkan sedikit minyak masak dan gaul rata
* Panaskan kuali dan leperkan adunan atas kuali
* Balik-balikkan hingga kedua-dua belah nampak kering.
* Siap utk dimakan .



RESEPI SAMBAL HIJAU

Bahan2:
3 - 4 tangkai cili hijau
4 - 5 cili padi (ikut suka pedas la)
1 labu bawang besar
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
secekup ikan bilis
sedikit air asam jawa

Cara2:
* Blend semua bahan kecuali asam jawa. Tumis hingga agak kering dan pecah minyak. Masukkan air asam jawa.  Tambah garam dan gula ikut rasa. Siap.

saya tanya kat Mak Andak @owner Andak Place... camner asal usul lempeng kat atas bukit ni...
so Mak Andak cakap... time dulu..atok2 time... memula teroka bukit JB tu.. serba serbi kurang.. yang ada cuma benda2 asas cam tepong, garam,gula, ikan bilis, bawang & minyak...
Buat keje kampong..kerja berat... makan mau banyak & kerap... so tu yg jadi menu Lempeng cecah Sambal Hijau ni !! :-)

well for today.. Lempeng Vs Sambal Hijau ni kira killer menu kat Andak Place Janda Baik..
Tak caya cuba gi cari!! 
Terangkat!!



Resepi diatas boleh dipelbagaikan .. kalau suka tambah lah kelapa..jadi lempeng kelapa..
atau pisang ..jadi lempeng pisang...
& kalau kalau kat Andak Place..selain dari cicah Sambal Hijau (yg cepat habis ni).. ada juga cicah sambal sardin..rendang..kari... sambal tumis bilis.. ikot la hangpa punya tekak ok!!

Wednesday, July 18, 2012

OREO BB



                                      Oh My Black and creamy cookies
                                  The cookies that everyone likes ... warh... 
                                   OREO BB.. its actually Oreo Black Beuty ..
                                          dapat resepi ni fr d' sesawang ... 
                                     its easy ... simple .. & mostly SEDAP..

                                                  so i finally baked it ..







Friday, July 6, 2012

KETAM LEMAK CILI PADI


 ToDAy wE hAD Lunch TogeTher
Sorry no Special Menu just Lomak Ketam & Ulam Timon Saja...
SAMBAL BELACAN BUAH BACANG - cecah sama Timon ya!

 Lemak Ketam Pedas add in Nenas baik punya

ULAM TIMUN- fresh fr. pasar malam lambak2 punya...


so Today we had lunch together

We didn’t get sad

We didn’t get angry
We just had our lunch together...
.
.
.
.
burrrppp...
Alhamdulillah.



RESEPI
Bahan-bahan:
                                              4 ekor ketam dibelah dua

1 biji nenas dihiris nipis

1 biji bawang besar *

1 batang serai *

10 - 15 biji cili padi*
2 sudu kecil serbuk kunyit
2 cawan pati santan 
garam dan ajinomoto secukup rasa

Air secukupnya 

- Bahan bertanda * dikisar halus 

Cara-cara:
* masukkan bahan kisar,kunyit dan sedikit air,biar sampai mendidih sebentar.
* Masukkan ketam,santan dan nenas..
* Kuah mesti dikacau selalu supaya santan taki pecah minyak dan berketul-ketul..
* masukkan la garam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICK CLICK CLICK