Click Click NOW

Showing posts with label RIADAH. Show all posts
Showing posts with label RIADAH. Show all posts

Monday, February 14, 2011

BUKIT LARUT @ MAXWELL HILL , Taiping .

Dah ronda2 Tepen Lake Garden..tak sah kalau tak manjat Bukit Larut ;-).


Ketinggian 1036 aras laut . Bukit Larut, yang sebelum ini dikenali sebagai Bukit Maxwell, adalah kawasan rehat pergunungan yang tertua, terkecil dan tidak terusik di Semenanjung Malaysia.

Ia diterokai pada 1884 oleh William Edward Maxwell, Pembantu Residen British di Perak.
ok detail for BUKIT LARUT @ MAXWELL HILL .. READ HERE

Nak naik tak?  Well .. the road up to maxwell hill i tell ya' is very very steep.. its ya' choice of walking up, working up a good sweat.. heheheh  or take the only other way, that is to take the jeep run by local authorities.. this is the quick and easy way which we opted for.. they charge rm6 per person for a return ticket..  ( i suppose last 2 years it wuz RM4.00 mehh!!)  .. the drive up takes about 30 mins and it's a roller coaster ride!! YIHAAAA...It wuz' really2 FUN!!!
our driver...






daun tunjuk bumi.... ye ker?






It is a lot of fun going up Maxwell Hill by jeep.

The road is tarred and well maintained. The ride is smooth, the driver experienced. There are sharp uphill hair pin turns.

If you are prone to car sickness, grab the seat in front with the driver. YIhaaa!!



Tuesday, February 1, 2011

SEPETANG DI KUALA LUKUT ~ Ma'Mod Kelong

Hari dah petang . Kalau time2 camni dok tepi laut ker..tepi kelong ke..sedap gak. Tak ngapalah...selak2 la gambar2 merempet kat Kelong Ma'Mod hari tu. Tak ada plan pon nak pegi. Sebenarnya time ni dah on d' way balik dari eSCAN punya program kat Seri Malaysia PD. Dah tumpang kereta 'ciproy' yg kaki joran so ... melengset le ke port dia.

Tak sangka...dalam ceruk2 ladang kelapa sawit tu tetiba je nampak sungai & tetiba je .... ada kehidupan. Ramai rupanya yg menjoran kt sini.... bestt..tak rasa panas langsong walaupun panas terik matahari time tu...angin dia...warrrrrh sepoi2 gitew! Njoy!

Best view & angin kat sini...ikan pon banyak...




baru naik..tegedik2 lagi!


ini kalau tak silap ikan mayong...


mmg tempat lepak sejak lahir heheheehe

arh...nak dimasak kat situ gak


kitorang tak parking sini.... :-)


RM3.00 jerr...sehari..dok la sampai kejong

ni bekalan utk seminggu ...lepassss


praven & family from Chennai


eleh posing ya bang...apsal joran ko tak kena2 pon!


pakcik rambut 'blonde' ni mmg selalu kat sini...dia mancing mmg utk stok seminggu . tak yah beli2 dah! fressh!!!



makcik ni wife pakcik tadi...terror dia..banyak ikan n ketam dia dapatttt
 Sesiapa berhajat nak mancing atau lepak kat sini leh google carik . dia kat area Kuala Lukut. kat tepi2 tu sumer ada..restoren..bilik air...karok2 pon ado!...

Sunday, January 23, 2011

LONTONG MAK YAH - PJ SEK 14 & SARAPAN TV3

Rancangan SARAPAN TV3


 Pagi ni 1st time tengok Segmen SARAPAN di TV3..Not bad memula tunjuk tempat utk riadah ....tasek kat Amcorp Mall tu..ada taichi2 - good info. Lepas tu carik port sarapan kat PJ Sec 14. Nostalgia betul spashly Gerai Lontong Mak Yah ni. Sedddap Lontong dia!!! Tetiba je teringin tapi tu lah dah bertahun tahun tak pegi b/fast kat sana!
Mak Yah ni dah start niaga Lontong kat sini sejak 1970AN. MMg marvelos lontong dia ..walaupu simple tapi kalau makan lontong dia mmg rasa puas arh! Ada macam2 lauk kalau nak..paru ,rendang, sambal sotong (uh sodap terangkat). Lagi satu kalau tak silap kat sini dulu ada jual Kueh Koleh Kacang...eeeee sedddap..taik minyak dia tak kedekut!! Kueh dia pon errrmmm lemak2 manis!! Tak tau ada lagi ke tidak...
Uh bila ya leh b/fast kat sini lagi....teringin seh! (NASIK LEMAK DIA PON BEST!)
Neway... best SARAPAN ni!! wa layan!
MAK YAH AKAK TAUKEH

Lontong Mak Yah Sec 14 PJ




INFO PROGRAM:
"SARAPAN": sebuah program terbaru TV3.Dihoskan oleh Hisham.Selain sarapan,pelbagai aktiviti menarik akn dilakukan bersama artis jemputan,ahli sukan,pengarah,kartunis,
ahli politik dan RAMAI lagi.Hos juga akn 'explore' tmpt2 menarik;) Stp AHAD,8 PAGI;)

FAKTA MAK YAH @ MAKCIK LONTONG
Sapiah Kasbollah (Mak Yah), 74 was born in JB and lived in Singapore before moving to KL in 1972. She started selling lontong at a carpark outside a wet market in Sek14, PJ. In 1980s the wet market was demolished n replaced by the current market n hawker complex where the stall is now located. Her lontong recipe is Singaporean - Johorean. 
Address:
Lot P 24, First Floor, Kompleks Pasar & Peniaga Seksyen 14, Jalan 14/20
46100  Petaling Jaya
Selangor  Malaysia  
GPS Coordinates:
N 3 6.5598600000000005 E 101 38.1585 
Waktu Operasi:
Lepas suboh - jualan habis (9.00 pg kdg dah abis)

Wednesday, November 10, 2010

TERINGAT BROGA

Pagi ni bila tengok matahari naik teringat kat Bukit Broga. Dah lama tak riadah kat sana. Kali terakhir pergi betul-betul sebelum bulan puasa lepas. Ingat kan nak naik balik lepas hari raya..hampeh..... Ada saja hal. Kalau waktu-waktu macamni memang tengah sedap udara dan pandangan kat atas. ermmmmm hanya yang dah capai keatas yang tau!!! Ok times up! Nak bersiap ke office.


opsss..Dr.muzaffar pon posing kat sini utk photoshoot pre wedding kan!








Past and Present - Kuala Lumpur

Last weekend JJCM kat area Bukit Bintang & Briekfield. Tak ada tujuan sebenarnya. So sudden je nak tengok KL malam2 walaupun dah bepuloh tahun stay kat KL. Riuh rendah sungguh walaupun dah nak larut malam. Makin malam makin kalut area Bukit Bintang tu. Time tu hujan..kalau time tak hujan..ermm tak tau lar.Teringat ya dulu-dulu camne... life dulu..orang dulu...
cuma boleh bayangkan dgn photo ni jer....

KUALA LUMPUR (BUKIT BINTANG) - PRESENT




KUALA LUMPUR - PAST



Esok kalau ada masa dan kalau tak terlupa aku nak buat N3 sikit pasal sejarah Kuala Lumpur. Untuk rujukan sendiri . takot esok-esok lupa. Anak cucu pon leh baca kan.

Sunday, November 7, 2010

Bukit Bintang ~ Nite Walk

Tadi merayap kat area Bukit Bintang . Walaupun hujan tetap ramai orang. Waterproof ker apa diorang ni (aku pon sama) Tak ada nak cari apa..saja nak lawat kawasan. Jalan punya jalan terjumpa 2 org mamat saleh ni ngah dok 'busking'. Tengok lam tong gitar dia ada lah beberapa hengget dah dapat. Ni tak tau ler apa kes..tak dak duit balik ker tak dak duit nak makan ker atau saje sajeee jeeee
Antara para penonton nyeer



.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICK CLICK CLICK