Hujan....
Lapar perot...
Apa mau makan....
Jom buat DONAT!
Donat hat ni kejap je buatnya... resepi pon simple2 jaah.
Bahan2:
500g tepung gandum (ayak)
1 peket yis (Mauripan - 11g)
50g Marjerin
1 peket yis (Mauripan - 11g)
50g Marjerin
1 sudu besar Shortening
2 sudu besar Gula Castor
2 sudu besar Gula Castor
2 sudu besar susu pekat or susu tepung (letak dua2 lagi sodap)
1 biji telur (pukul perlahan)
1/2 sudu teh garam
190 - 200ml air suam kuku
Topping - gula or blasah la ikot suka!
CARA2
1. Dalam satu bekas satukan air suam, yis,gula pasir,susu,marjerin dan shortening. Kacau sedikit dan biarkan 10 minit or hingga yis berbuih.
2. Masukkan separuh tepung ke dalam adunan yis. Masuk telur dan garam.
3. Kacau adunan dengan sudu/senduk hingga sebati (lekat kat sudu/senduk).Kacau SATU ARAH SHJ!
4. Masukkan separuh lagi tepung yg dah ayak tadi. Mula2 gaul dgn sudu/senduk sekejap. Kemudian gaul dgn tangan.
5. uli hingga doh tak lekat kat tangan. Tak ada sisa tepung pada bekas.
6. Tak perlu rehatkan doh. Boleh terus canai dgn tebal 1/2 inci. tapi klu nak rehatkan juga boleh selama 5 hingga 10 minit. Tepong kalau lembik boleh tambah tepong sikit2.
7. Doh akan mula kembang & ringan masa kita sedang panaskan minyak.
8. Goreng dgn minyak yg banyak. Goreng hingga kuning. Jangan goreng rentong cam ai punya ya (ni en.hubby yg goreeeng )
9. Letak la topping ikot suka ya...
Thetsit!! done!!
note:
kalau nak buat frozen, goreng separuh masak dah.. Sejuk simpan dalam
plastik or bekas kedap udara & simpan dalam freezer ok.
aha.donat ni makan panas2 sedap doe...omnomnom nomm...sbijik webijik lima bijik..non stop...
INGAT Kalori Donat 1biji (lebih kurang 75g) = 268Kalori .. ini baru donat basic2 ok... kalau topping macam2...Kalori pon +++
kalau dh makan manyak....xcersiseee okey.... macam akhaakkk!!!
No comments:
Post a Comment