Click Click NOW

Tuesday, February 8, 2011

Raja Endon Mastura putus cinta dengan Dato Wira Daim (Caras Mencaraz)

Memalam ni menggosip jap yee...
Round2 terjumpa satu hot story...kenal minah bawah ni... dulu dia ni pengacara kat TV3..
full story kat bawah... 
sumber@kredit faqihah82
si ENDON
Berikutan cerita Jejai and Fasha putus cinta, kini pula cerita kawan baik Jejai, Dato Wira Daim, anak kepada bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainudin yang juga baru putus cinta dengan bekas pengacara TV Raja Endon Mastura.
SABRENA --- ENDON BEST FRENGG

Punca putus cinta adalah sebab kawan baik Raja Endon sendiri yang bernama Sabrena Khalid yg telah merampas dan menawan hati Wira ini. Sabrena dan Raja Endon berkawan baik selama 2 tahun dan sering pergi bercuti bersama sama. Salah satu tempat yang mereka pergi tahun lepas adalah Pulau Redang untuk aktiviti selam (gambar dikepil). Dalam waktu itu, Wira sudah menaruh hati kepada Sabrena, kawan baik Raja Endon. Tetapi pada ketika itu, Sabrena sedang hangat bercinta dengan salah satu VVIP terkemuka di negara ini.

HOLIDAY TOGETHER sharing is caring
Tapi cinta yang kuat di antara mereka berdua telah membuat Wira dan Sabrena meninggalkan pasangan masing masing untuk bersatu. Ini juga adalah keputusan yang amat mudah bagi Wira kerana ibunya Toh Puan Mahani dan adik beradiknya tidak begitu minat dan serasi dengan karenah Raja Endon yang angkuh dan sombong. Lebih lebih lagi, kawan kawan baik Wira tidak begitu menyenangi sikap Raja Endon yang dilabel 'Queen Control' itu. Segala pergerakan Wira dikawal. Siapa di kalangan kawan Wira yang tidak disukai Raja Endon tidak dibenarkan untuk bergaul dengan Wira.  Sabrena Khalid ni juga adalah bekas isteri kepada Joey G (exVJ Chanel V). 

wira nan hensem...

Akibat sikap yang merimaskan ini dan kehadiran Sabrena yang bak pelembut dan penawar hati dan tak queen control, maka Wira telah memutuskan perhubungan dengan Raja Endon. Gembira hati semua orang di sekeliling apabila mendengar berita ini.

Wira sangat terkenal kerana dia adalah pengurus kepada pasukan bola keranjang terkenal bernama KL Dragons. Tahniah kepada Sabrena dan Wira!


majalah glam bulan februari ada menyiarkan berita putus cinta raja endon dgn wira. tolong beli dan baca!


si endon ni caras wira dari camelia dolu2.. time tu endon+camelia kwn comolot
skrg, benda yg sama jd kat endon.. kwn comolot dia (sabrena) plak caras wira..
Moral of the story...jangan caras kawwan punyerrrrr...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICK CLICK CLICK