Click Click NOW

Tuesday, February 8, 2011

Muhammad Akmal Shamrin - anak ARWAH Shamrin (Fotograf)



Muhammad Akmal Shamrin dilahirkan pada 1 Disember lalu di Hospital Serdang.
gambar masa majlis cukur jambul pada 26 Disember lalu

skrg gigih amik upah menjahit tudung n baju kurung serta menjual kain ela utk membesarkan anak2 mereka. sape2 nak tolong boleh tempah tudung/baju kurung kat beliau.
jom pasni kita ramai2 pi tempah baju/tudung kat balu shamrin...sambil melaram sambil bantu ibu tunggal dan anak yatim


kredit to FB Rena Tan (Exco persatuan Seniman)


Al-fatihah untuk Shamrin. Semoga keluarga arwah terus tabah dan dilimpahi keberkatan atas dugaan yg melanda.

Kongsi info utk peminat setia Fotograf. album kompilasi yg mengandungi lagu terakhir arwah Shamrin. Lagu terakhir Shamrin
Judul Album: The Best of Shamrin & Fotograf
Artis: Shamrin dan Fotograf
Konsep Muzik: Pop Rock
Terbitan: Warner Music Malaysia
KOMEN: Album kompilasi dengan dua cakera padat ini mengandungi 23 lagu popular Allahyarham Shamrin dan Fotograf.
Bintang: *****

Turut dimuatkan sebuah lagu terakhir nyanyian Allahyarham yang meninggal dunia pada 11 November tahun lalu berjudul Sesekali Rindu Datang.
Lagu yang berentak sentimental, pop dan slow rock itu ciptaan Nik Nizam dan liriknya tulisan Siti Zaleha M. Hashim. Lagu itu meneruskan kesinambungan lagu-lagu pop rock yang dibawakan Shamrin sejak era kemuncak popularitinya bersama Fotograf pada tahun 1990-an. Kebanyakan lagu dalam album ini berentak balada dan sedikit pop rock. Dua genre muzik itu cukup sesuai dengan gaya suara Allahyarham yang lantang dan sedikit serak-serak basah dalam alunan lagu-lagu nyanyiannya. Banyak lagu-lagu popular Fotograf seperti Luka Seribu Rindu, Ke Pintu Kasihmu dan Terlena Dalam Jaga yang dimuatkan dalam album ini. Tambah menarik apabila diselitkan sebuah lagu duet dengan Datuk Sharifah Aini bertajuk Di Alam Fana yang digubah semula dengan nafas lebih segar. Album ini harus dimiliki bukan sahaja kerana memuatkan lagu-lagu hit Fotograf tetapi gaya suara Shamrin yang tersendiri juga sukar lekang ditelan peredaran zaman.



1 comment:

ADEEYA said...

I love all his song :,) alfatihah to arwah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICK CLICK CLICK