Click Click NOW

Tuesday, February 15, 2011

JAGA 7 SUNNAH RASULULLAH S.A.W



"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:


Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

info ~ iloveislam


teringat satu hadis nabi...

"sesiapa yang mengamalkan walau satu sunnah nabi di zaman
fahsya dan mungkar ini maka akan mendapat pahala seratus orang
mati syahid"

bayangkan zaman nabi dahulu, para sahabat bermatian untuk mendapat
mati syahid..tp di akhir zaman ini mudah sja kita untuk mendapat pahala
syahid hanya dengan mengamalkan SUNNAh RASULULLAH SAW.

maka mari kita sama2 berusaha mengamalkan sunnah nabi mulai saat ini..
 

'satu hari satu sunnah '





Antara sunah2 harian ...
1. bersugi/memberus gigi sebelum mendirikan solat
2. berjalan tunduk supaya elak dari melihat maksiat ,,jaga mata..
3. sebelum makan,Nabi Muhamad s.a.w akan makan sedikit garam menggunakan
    jari kelingking..
4. jgn jalan dgn menghentak kaki dan mendongak kepala..ini menunjukkan sifat sombong


Pertama..mengapa Nabi Muhamad s.a.w. suruh kita gosok gigi sebelum solat,,mestilah ada hikmahnya apa yg disuruh..
jawapan : Perkara yang membatalkan solat ialah menelan sisa-sisa makanan atau makanan di celah-celah gigi..menelan air liur yang terasa manis,masin dan sbgnya..
Kedua..kenapa jln kn tunduk..sb supaya kita tidak memandang perkara yang dilarang seperti aurat wanita atau lelaki. zaman sekarang pelbagai fesyen pakaian..oleh itu,jagalah mata anda.
ketiga..mengapa Nabi yg kita kasihi Nabi Muhamad s.a.w makan sedikit garam dengan mencelup menggunakan jari kelingking..sb garam itu dapat elak kita dari keracunan makanan. contoh : apabila kita mengalami keracunan makanan..pihak hospital akan bagi air garam..lagi mengapa nabi makan guna jari kelingking,sb jari kelingking adalah jari yang paling kecil. jika makan guna ibu jari..tentulah kena darah tinggi..

waallahu a'lam.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICK CLICK CLICK