Click Click NOW

Tuesday, February 8, 2011

KAU ADA PHD TAK?


KAU ADA PHD TAK?
Jawab dengan ikhlas ya . Maksud PHD kat sini ialah PERASAAN HASAD DENGKI  ya... bukan phd  Doctor of Philosophy ATAU any higher doctorates.

Untuk yang sedang memiliki 'PHD' ni... cubalah buang ..kalau tak terus..sikit-sikit. Sebab banyak yang tak baik dari baiknya... erk..myself pun kadang ada gak rasanya kot  ...so ini peringatan untuk diri sendiri juak... Jangan ada rasa hasad yg keterlaluan..berpada-pada..kontrol gitu! Banyak tak baik dari baik nya kalau ada 'PHD' ni...
antaranya:-
Sifat dengki menghapuskan amalan baik. ( Kau buat la baik camner pun.... dpt hampeh jer..)

Setiap kali seorang muslim melakukan kebaikan, dia akan beroleh pahala. Tetapi, apabila dia memiliki sifat dengki, amalan kebaikan yang dilakukannya akan terhapus gara-gara perasaan keji itu. Ini selaras dengan sabda Rasulullah SAW yang mafhumnya:

“Jauhilah olehmu sekalian akan sifat dengki, kerana sesungguhnya dengki itu menghapuskan kebaikan, sebagaimana api menghanguskan kayu bakar.
(Al-Hadis).

FAKTA PHD :-
Secara mudah dengki bermaksud perasaan tidak senang, gelisah dan keluh kesah melihat kelebihan yang dimiliki orang lain dengan berharap agar nikmat tersebut hilang daripada orang tersebut.
Lazimnya, orang yang mempunyai penyakit hasad dengki tidak pernah selesa dan tidak pernah merasa tenteram. Ini kerana setiap detik dia hanya memikirkan kelebihan serta keistimewaan yang dinikmati oleh orang lain di samping sentiasa memikirkan bagaimana menjatuhkan orang berkenaan serta merasakan dirinya wajar memiliki kelebihan itu.

Hasad dengki hanya akan menyebabkan kerugian kepada orang yang memilikinya justeru ia akan terpinggir daripada hidup bermasyarakat, mempunyai perasaan yang sentiasa tidak aman dan menyebabkannya melakukan perkara lebih keji.

Manakala di akhirat kelak, orang yang memiliki penyakit hasad dengki akan menanggung kerugian lebih besar, tidak tertanggung dan menempah penyesalan yang tidak terkira. Ini ke-rana dia tidak layak untuk menerima dan mendapat syafaat di samping tersisih daripada memperolehi tempat yang penuh kebaikan, kemewahan dan keberkataan di syurga Allah.

Seorang ulama hadits, Abu Laits pernah mengatakan, 'Tiada sesuatu yang lebih jahat daripada dengki. Seorang pendengki akan terkena empat bencana sebelum dengkinya berhasil, iaitu...'

1. Risau hati yang tidak putus-putus
2. Musibah yang tidak berpahala
3. Tercela yang tidak baik
4. Murka ALLAH SWT

Renung - renungkan lah dan..... selamat beramal... ;-)

1 comment:

Anonymous said...

ermm..moge dijauhkan akan PHD ni dr saya..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICK CLICK CLICK