Click Click NOW

Showing posts with label LAUK. Show all posts
Showing posts with label LAUK. Show all posts

Friday, July 6, 2012

KETAM LEMAK CILI PADI


 ToDAy wE hAD Lunch TogeTher
Sorry no Special Menu just Lomak Ketam & Ulam Timon Saja...
SAMBAL BELACAN BUAH BACANG - cecah sama Timon ya!

 Lemak Ketam Pedas add in Nenas baik punya

ULAM TIMUN- fresh fr. pasar malam lambak2 punya...


so Today we had lunch together

We didn’t get sad

We didn’t get angry
We just had our lunch together...
.
.
.
.
burrrppp...
Alhamdulillah.



RESEPI
Bahan-bahan:
                                              4 ekor ketam dibelah dua

1 biji nenas dihiris nipis

1 biji bawang besar *

1 batang serai *

10 - 15 biji cili padi*
2 sudu kecil serbuk kunyit
2 cawan pati santan 
garam dan ajinomoto secukup rasa

Air secukupnya 

- Bahan bertanda * dikisar halus 

Cara-cara:
* masukkan bahan kisar,kunyit dan sedikit air,biar sampai mendidih sebentar.
* Masukkan ketam,santan dan nenas..
* Kuah mesti dikacau selalu supaya santan taki pecah minyak dan berketul-ketul..
* masukkan la garam

Wednesday, August 31, 2011

RENDANG AYAM PENCEN @ AYAM TUO

Menu wajib tiap kali hari besar!
Tak ada ni tak jadi royo! Sgt ngam dimakan bersama-sama ketupat, nasik impit, lamang , lontong, nasik putih or cicah ngan roti pon boleeeh :-)



RESEPI:
Ayam Tua @ Pencen - 3 ekor
Santan - 2 kilo
Kerisik - 3 peket (Rm1 or 80 sen sepeket)
Serai - 5 ikat ( 1 ikat 30 sen) - potong halus *
Halia - 4" *
Lengkuas - 4" or sebesau saiz 3 ibu kaki *
Daun Limau - 5 helai
Buah Keras - 5 biji *
kayu manis- 2 batang
Jintan Manis /Jintan Putih/Rempah biji - 1 sudu tiap satu - semua ditumbuk
Bawang Kecil - 1 cwn *
Bawang Putih - 1 buku *
Garam secukup rasa
Cili Boh - 1 bungkus (RM1.50 cap bunga ya)

1. Panaskan minyak - 1/2 cawan
2. Tumis bahan bahan blender, kayu maniis, jintan2, cili boh. Tumis hingga sebati.
3. MAasukkan air (supaya mudah kacau - jgn banyak sgt) . Kacau sebati hingga mendidih.
4. MSUKKAN  santan 1/2 kilo dulu..gaul sebati.
5. Masukkan 1/2 kilo santan lagi. Gaul sebati. Masukkan garam. Tutup Periuk . Teruskan proses yg sama hingga habis balance santan2 tadi.
6. agak - agak dah empok masukkan kerisik . Gaul sebati & rata . Boleh tambah gula 1 sudu kalau suka.
7.Masukkan asam keping 2 keping (kecil jer). Tutup periuk. Biarkan atas api sambil kacau sekali sekala.
8. Teruskan masak hingga empuk (utk ayam tua lama gak laa ikot daging dia gak..sabor yaaa).

* Sentiasa kacau rendang .Kalau biarkan nanti hangit lak..tapi bau yg hangit ni..wangiiiii... leh sampai rumah org sebelah sebelahhh sebelaaaah! :-0

Thursday, August 4, 2011

SAMBAL TAMPAYAK DAUN KAYU! Lagi Podeh Lagi Sodap!

Sapo tak makan poyak tak payah bacho!
Sapo tak tahan podas ... arr bacho yo lah...
:-) antara variasi sambal tempoyak yg lugie paling minat .. nilah Sambal Tempoyak Daun Kayu. Kalau dedulu kat kampong selalu dgr org2 sobhot tempoyak tu 'tampayak' :-)..
balon yo lah!!

Labih Padas Labih Sadap!
maknanya Lebih pedas lebih sedap.. mmg ye pon.. baru ade kick ! Baru lah melawan rasa durian & cili tu.. makan lak dgn nasi panas... bengkak bibir ooiiii !! ;-)
Kalau ikut resepi arwah Acik Syam kat Kolo Pilah... (ALFATIHAH UTK ARWAH)
kata beliau...selagi hado daun yg leh di makan, selagi tu la potik sesolai duo & campo-an jadi bahan sambal ni! kalau dapek 99 jonis daun hadolah yg tebayek!
nan hado nye nak dapek 99 daun kek keyell ni ....

Resepi yg ada ni kira sesedap rasa utk taste2 sekrg .. kita guna apa daun yg ada aja ya.
utk yg nak cuba..silakan ya


Sambal Tempoyak Daun Kayu
Sumber resepi: Cik Mat Gebu@Tiffinbiru.com
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak pucuk ubi, dimayang halus
1 cekak pucuk labu, dimayang halus
15 helai daun kaduk muda, dimayang halus
20 helai pucuk kacang panjang, dimayang halus ( tak letak sebab nan hado )7 helai daun kunyit, dimayang halus
3/4 cawan isi petai
5 batang serai, dihiris halus*
2 inci kunyit hidup*
4 camca besar tempoyak*
1/2 cawan cili padi*(*dikisar halus)
- kalau nak lagi pedas boleh tambah cili ya.1 cawan ikan bilis, belah dua, rendam 5 minit, toskan dan tumbuk kasar
1 1/2 cawan pati santan
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan bahan kisar halus ke dalam kuali bersama pati santan dan ikan bilis. Masak hingga mendidih.
  2. Bila kuah tadi menjadi pekat, masukkan petai dan asam gelugor, kacau rata, biar sekejap dan masukkan pula semua jenis dedaun yang telah dimayang halus, gaul rata dan tambah garam dan gula secukup rasa.
  3. Masak dengan api perlahan sambil dikacau hingga pekat dan sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Alihkan ke dalam bekas sesuai, hidangkan bersama nasi hangat....




"sambal daun gulai tempoyak
terimo kasih banyak - banyak "

Sunday, February 27, 2011

SAMBAL TERONG , SELAR GORENG


Hari ni lunch lauk sempoi aja . 
Blasah jer apa2 bahan yg ada dalam 'gerobok'.
Sebenarnya tuari ada rasa sambal terung ni... tak ingat siapa bagi...tapi cam tak puas jer.. so niari masak la sendiri...

Lepas tu masa ke Taiping tuari mak si Lin yang sangat peramah & baik hati dah jamu makan malam ngan lauk ikan selar goreng... cincai je kaan... tapi bila lapar...ermmmm makan macam tak cukup jee... nak ambik lebih or buat ratah2...segan oooii... rumah orangggg!! Niari terkabul lah hajat hati..akakaka macam laaa nak makan aper yeee.... layaaaannn!


RESEPI SAMBAL TERONG - 

Bahan-bahan ( 1 hidangan )

  • 1-2 biji terung panjang (dipotong dan digoreng separuh masak)
  • 3 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 sudu makan udang kering (dikisar) - ikan bilis pun boleh
  • 2 sudu makan cili kisar- yg ni lugie pakai cili merah tumbuk
  • Sedikit air asam jawa
  • Gula dan garam

Cara-cara

  1. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumiskan bahan-bahan kisar sehingga terbit bau.
  2. Masukkan terung, garam, gula dan air asam jawa. Tumis hingga kering. Tambah cili merah jika suka.
  3. Hidangkan setelah masak.

Monday, February 7, 2011

GULAI LEMAK CILI API 'KAKI AYAM' @ 'JEJARI AYAM'


Alkisah punca kejadian menu diatas. Makcik YAM (dia ni penjual ayam goreng kat taman rumah lugie..) telah dgn bermurah hati memberi kaki kaki ayam pada jiran tetangga kerana dia hanya perlukan bahagian lain selain dari kaki tersebut. Biasanya kalau kaki ayam ni kita buat supkan..so kali ni tukar selero kepada Masak gulai Lemak Cili Api podas...   So siapa nak cuba sila semak resepi dibawah.


Bahan-bahan:

6 ketul kaki ayam
½ sudu makan serbuk kunyit
2 mangkuk santan
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
lobak merah dipotong (boleh ganti dgn nangka atau ubi kentang)

Bahan untuk dikisar:
10 tangkai cili api
3 ulas bawnag putih
5 ulas bawang merah

Cara penyediaan:

Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bahan-bahan kisar hinga naik bau.
Masukkan santan dan kacau hingga mendidih.
Masukkan kaki ayam, nangka muda, serbuk kunyit, garam, gula dan serbuk perisa secukupnya. Masak hingga semua bahan empuk.
Tutup api, angkat dan hidangkan.


* kita puasa nasi so kita cicah dgn roti. Sodap!

Tuesday, January 18, 2011

LUNCH INEY HARI

 ni hari haku bawak bekal...chewah! kekdahnyer susah nak caik pot makan kat sini! nan hado pon rasa cam tak berapa boleh masok tekak. sarbattt jerk!! nan sodap..nak kena jalan sikit jauh @ ambik masa! @ panas!

kenapakah itu nasik bercili api? kerana sambal ayam dibawah ini tidak berapa pedas @ saja nak tayang cili api yg dipetik fresh dari taman astakona ku didepan rumah! heheehehe aluuuuss jerk! tapi podas gilo!!
ini ialah sambal ayam yang tak berapa pedas seperti sambal sebenar coz my doter punya tekak sakit so...masak yg sesuai utk semua....so so jerrh...

jemput makan semua!! Bismillah!

Sunday, November 21, 2010

AYAM MASAK KICAP - CILI API




Lauk tengahari tadi , ni dia Ayam masak kicap. Selalu pakai lada hitam kan, niari kita try pakai cili api kampung. Motifnya? Sebab pokok cili depan rumah tu dah berbuah. Tangan ni gatal nak try so blasah dalam masak kicap ayam.Ok aper..





BAHAN-BAHAN:
Ayam - lebih kurang 1kg (goreng 1/2 masak dgn garam)
Bawang Besar - 1labu - (potong dadu)
Bawang Putih - 3 ulas (hiris)
Kayu Manis , Bunga Lawang
Halia - 1 inci (hiris)
Cili Api Kampung - 20 biji (potong halus)
Minyak utk tumis - (guna minyak lebihan goreng ayam)
Kicap - 1/2 cawan
Air - sesedap nye

CARA:
Tumis bawang besar, bawang putih,halia,kayu manis, bunga lawang. Masukkan ayam dan cili api. 
Masukkan air (ikut suka nak berkuah letak lebih). Masukkan kicap dan air. Gaul hingga masak.


nota : ayam boleh diganti dengan daging atau ikan.

Thursday, November 11, 2010

TERUNG TELUNJUK IKAN BILIS MASAK TAUCU


HUH!! Akhirnya ni N3 resepi akhir utk hari ni. Dari malam tadi dok buat kek, cupcake & tartlet ..sambong niari masak lauk. Kalau ngah ada mood mmg jadi je arr...kalau idak..makan kodai je laaa.. Tapi Terung Telunjuk Taucu ni memang kita dah dendam banyak minggu dah. Tuari dapat terung tapi terung dah tuo! tu yang masak kari ngan ikan masin..haaa yg ni okey..mudooo! so layan la yerr...bepinau niari lauk sumer ada cili api!!

Resepi Terung Telunjuk Ikan Bilis Tauchuuuu
BAHAN:
Clli api – 10 biji
Cili Hijau – 2btg
Bawang besar – 1 labu
Bawang putih – 2 ulas
Halia – 1inci
Ikan bilis - agak-agak je la
Terung telunjuk - yg mudo yee
Taucu – 1 peket

CARA:
senang jeer. Hiris bawang besar bawang putih & halia. Tumis segala bawang , halia & ikan bilis. Masukkan taucu gaul. Last masukkan terung .beres!


PUCUK PAKU GORENG CILI API


BAHAN-BAHAN:
Pucuk Paku - 1 ikat
Ikan Bilis - segenggam
Cili Api Kampong - 20 biji
Bawang putih - 3 ulas
Bawang merah - 1 labu kecil
Garam & Gula secukup rasa.

CARA: 
1. Tumbuk Cili APi dengan Bawang Putih dan Bawang Merah serta Ikan Bilis (tumbuk kasar2)
2. Tumis bahan yang ditumbuk dengan sedikit minyak 
     masak.
3. Masukkan pucuk paku , sedikit garam & gula .
4. Goreng hingga masak.

sonang yo!

SAMBAL TEMPEH


Bahan-bahan :
Tempeh - 3 keping ( potong dadu kecil - kecil dan goreng sekejap )
Ubi kentang - 2 biji ( potong dadu kecil - kecil dan goreng sekejap  )
Cili Merah - 2 biji ( hiris )
Cili Api - 10 biji atau lebih kalau suka pedas
Kacang tanah - 2 genggam (digoreng )
Ikan bilis - di belah dan digoreng
              - ambil sedikit utk ditumbuk
Bawang Merah - 1 labu (hiris)
Bawang Putih - 2 ulas (hiris)
Garam & Gula secukup rasa
Minyak kelapa - 2 sudu untk tumis

Caranya:
1. Tumis bawang putih, bawang merah,cili, ikan bilis tumbuk sampai kering sedikit.
2. Masukkan tempe, ubi kentang, kacang tanah, ikan bilis ,gula & garam.
3. Gaul semua hingga masak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICK CLICK CLICK