Click Click NOW

Monday, February 7, 2011

ROTI BOYAN @ 'BAWEAN'

my 1st try... tebal sangat..& tawar sket...kena adjust ni....
1st sekali kenapa nama dia ROTI BOYAN ?
Oh yang ini kamek tidak berapa pasti..tapi dari cakap-cakap kononnya  mungkin asalnya dibuat oleh orang boyan (bawean) agaknya.... & ianya dicipta dari bahan2 yg mak2 kita boleh dapat kat dapur utk dijadikan sarapan atau buat makan petang. Terus ianya menjadi suatu kuih yg mcm sinonim bukan saja pada masyarakat boyan (bawean) tapi juga kpd orang2 melayu yg lain diS'pura. Bersepah dijual sama ada yg dah siap utk dimakan ataupun yg jenis beku. Sedap dimakan bersama Sambal Tumis Ikan Bilis atau apa -apa sambal tumislah..
ok untuk yang nak mencuba...sila rujuk RESEPI dibawah...mudah senang & sangat kenyang! Selamat mencuba ;-)

Roti Boyan
Adunan A – Kulit roti (Macam buat roti canai)
500g tepung gandum
1 cawan minyak masak atau marjerin/mentega cair
1 cawan air suam dibubuh 1 sudu kecil garam (gaul sebati) – boleh tambah air jika perlu
Adunan B – Inti500g ubi kentang
1 atau 2 biji telur
1 atau 2 biji bawang besar - dihiris halus
Sedikit daun sop n daun bawang hiris (maybe 50 sen) - optional
Lada sulah secukup rasa
Garam secukup rasa
Daging / ayam kisar - optional
Cili Merah - optional


Cara Membuat kulit:
1. Tabur tepung gandum kedalam bekas uli.
2. Buat lubang ditengah tepung dan masukkan minyak dan air suam ditengah lubang.
3. Kemudian gaul sedikit demi sedikit hingga kesemua tepung menyaluti minyak dan air.
4. Gaul rata dan uli adunan tepung hingga kental. Jika perlu, boleh ditambah air utk mendapatkan adunan yang kental dan boleh dijadikan bebola utk diuli.
5. Ada 2 cara utk buat kulitnya, samada seperti epok tapi buat 2 bulatan adunan kulit mcm pizza, letakkan intinya diatas kulit, lalu tutup satu lagi bulatan kulit diatas inti dan diklim sekelilingnya.
6. Atau uli dan guling bebeola kulit hingga menjadi empat segi, masukkan inti dan lipat macam murtabak….(Ikut selera masing2 ler .. nak bulat pon boleh..)




Cara Membuat Inti:
1. Cuci kentang hingga bersih dan rebus hingga empuk. Lalu ditoskan dan dibiar sejuk sebelum dikopek kulitnya.
2. Kemudian kentang dilecek hingga lumat.
3. Gaulkan telur, bawang hiris, daun sop, daun bawang, lada sulah dan garam bersama kentang lecek hingga sebati.
4. Letakkan inti kedalam kulit roti yang telah diuli.
5. Klim keliling atau lipat kulit supaya inti tak terkeluar waktu menggoreng
6. Goreng hingga ranggup diatas kuali leper seperti goreng roti canai (roti prata)
7. Kalau nak tambah daging / ayam kisar pon boleh.
8. Untuk rasa pedas boleh hiriskan cili merah kedalam inti.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICK CLICK CLICK