Click Click NOW

Thursday, February 24, 2011

NOW OPEN - CHINTA HAIR SALON & BEAUTY

21.2.2011 baru start operasi..last week perasmian je...
layan photo...


"Terus terang, saya tidak ditaja Jejai atau orang lain untuk membuka salun ini. Sebaliknya, saya ingin orang menilai sendiri sama ada saya mampu atau tidak membuka salun selepas tujuh tahun berkecimpung dalam bidang seni dan 10 tahun bergelar model iklan. Keinginan mempunyai salun peribadi tercetus ketika terpilih menjadi bintang iklan Pantene dulu. Ketika itu, saya masih terlalu muda dan belum mempunyai modal yang cukup dan belum beri komitmen pada karier lain.

"Hari ini adalah detik yang paling bahagia buat saya kerana berkat sokongan keluarga, teman rapat dan sokongan wartawan serta peminat kerana baru sekarang impian saya untuk buka salun ini direalisasikan,"


Dia ada beberapa sebab tersendiri kenapa memilih nama Chinta untuk salunnya itu. Baginya, nama Chinta terlalu unik dan disayangi ramai sama seperti nama karakternya dalam slot Akasia TV3, Chinta yang disiarkan hujung tahun lalu.

"Watak Chinta bermula sebagai gadis baik dan selepas itu dia berubah menjadi jahat, kemudian menjadi baik semula. Nama saya juga kembali di hati peminat kerana kejayaan Chinta selepas berehat seketika daripada aktiviti lakonan selama setahun.

"Saya juga menamakan salun Chinta kerana dengan hasil pendapatan diperoleh melalui lakonan dalam drama Chinta, saya jadikan modal dan pelaburan pertama perniagaan ini," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran salunnya di Wangsa Link, Wangsa Maju, Ahad lalu.


Chinta Hair Salon & Beauty  beroperasi di Jalan Wangsa Delima 13, Wangsa Link dari jam 9 pagi hingga 9 malam setiap hari, menawarkan harga promosi dan pengenalan untuk bulan pertama dengan harga serendah RM15 untuk pelanggan yang berambut pendek.

Perkhidmatan disediakan di salun ini ialah semua jenis dandanan rambut seperti rebonding, warna, rawatan rambut, rawatan muka, bengkel kecantikan bersama jurusolek artis Deq Sha (tiga kali sebulan) dan pusat solekan ke majlis dengan menggunakan khidmat jurusolek berpengalaman.




" Saya juga menggunakan khidmat tiga pendandan rambut dan pakar kecantikan kulit dan jurusolek artis terkenal, Deq Sha di salun ini. Kami juga akan cuba memberikan perkhidmatan dan layanan terbaik kepada pelanggan yang berkunjung ke salun ini,"

"Jika tidak terbabit dengan penggambaran drama, saya akan berada di salun ini untuk membantu pekerja apa yang patut."

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICK CLICK CLICK