Click Click NOW

Monday, November 8, 2010

SENYUM .. SENYUM .. SENYUM..

Senyum itu sedekah kan. Sebagai tanda terima kasih & syukur atas support kawan2 bloggers semua K.Lugie sedekah kan senyum ni ha...terima la yerr...

Senyum
tak perlu kata apa-apa.
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit


PUTU PIRING - LUK7

Hari dah petang, mata dah agak kuyu, keje banyak lagi (takkan abbbis nyeee), diluar angin bertiup sepoi - sepoi tak reti bahasa. Perot macam dah nak kosong balik..tekak macam perlukan sesuatu. Senang cerita Kami dah lapo balik neh!!
Tiba-tiba datang si Luk7 menjinjing penuh sepuluh jari dengan plastik beg berisi...taraaaaa PUTTU MAYAM oop silap PUTU PIRING. Apa lagi Serbu laaaaa!! sekejap je. ngap . Licin! TQ Luk7. (bos tak tau kitorang ada pesta muda mudi kat luar ni)
Masih Panas!


Ini Luk7 yg sponser kueh ni! TQ

Sapa lambat. Sorry ya!

LEPAT PISANG ~ MAK HENDON BUAT



Ehem. Ini lepat pisang mak kita @ Mak Hendon yang buat. Kalau CMG pakai pisang emas, mak kita pakai pisang campur2 emas ada berangan pon ada. Yang lain-lain memang serupa cam resepi CMG . Cuma mak kita buat tak ikut sukatan. Dia blasah jerk! Terlembik dia tambah tepong ekekekeke tapi SEDAP!!! Ni ha gambor...tak la posing cantek cam Lepat pisang CMG..tapi lepat la jugeeeek..

Mak Hendon memang hari-hari buat ini lepat pisang atas permintaan pelanggan :-) . Saya tukang cari pisang, daun pisang dan perkakasan.

DUIT


Salam untuk semua. N3 pertama untuk hari ini (Senayan). Ngah siap-siap nak pergi cari Duit..eh pergi kerja....Monday Bluesss konon laaa...macam lemaaau jer.Nak pakai baju apa ya.Blasah je lah.. Macam-macam pikir.Bos ada tak niari...Banyak kerja tak niari...Tadi pagi sesuboh sepie' ingat nak siap awal ,sekali tu suhu sekitar macam sejok gila pulak, so posponn kejap.Biasa la kan... Ish tak boleh jadi ni kena siap sekarang gak. Karang kita sambong cerita no.....
ooo pasal DUIT..teringat lama tuari dapat makna "DUIT" selain dari duit yang riban riban juta jutaaan tu...

" D U I T "
DOA ; USAHA ; ISTIQAMAH; TAWAKAL


DEMI MASA

Ketika kita tidur malam nanti, belum tentu kita akan bangun esok pagi. Ketika kita baring, belum tentu kita mampu bangkit dan menikmati keindahan sinaran mentari

Penutup N3 K.lugie utk hari ni... 
Alhamdulillah hilang dari pandangan dan kalam tidak bererti tiada lagi dalam hati...semestinya dengan izinNYA dan kehendakNYA semuanya kembali. InsyaAllah.


Demi matahari dan sinarnya di pagi hari

Demi bulan apabila ia mengiringi

Demi siang hari bila menampakkan dirinya

Demi malam apabila ia menutupi



Demi langit beserta seluruh binaannya

Demi bumi serta yang ada di hamparannya

Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya



Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah

Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah



Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan

Beruntung bagi yang mensucikan-Nya

Merugi bagi yang mengotori-Nya ... Subhanallah
(Q.S Asy-Syams 1-10) 
 

KUIH GANDUS



Dah pepagi buta ni tetiba teringat kat KUIH GANDUS ni. Errm kuih ni sedaaap! Setakat ni satu tempat jer yang aku tau buat kuih ni besttt- Pasar Datok Keramat, KL. Kalau kat tempat lain...memang upset la rasa dia..serba tak kena.  Asal usul kuih ni aku tak tau. Resepi tak tau tapi pakcik yang jual tu cakap antarnya Tepung Beras, Santan Pekat, Kelapa Parut, Jem Nenas. Yang best pakcik ni buat sendiri inti Jem nenas tu! Memang seddap dia buat! Gerai dia cput jer..tapi orang Q' sanggup berpanas. Sapa lambat abis! esok nak pegi beli!!! sedap sedap seddap...!

Sunday, November 7, 2010

KEK BUAH - REBUS! BUKAN KUKUS ATAU BAKAR YA!

Mak memang dulu dulu selalu buat Kek Rebus ni time raya. Seddddap!! Dulu pun G pernah buat sendiri 2 kali kot..tapii tak angkat gamar laa. time tu mana piki nak blog ke goblog ker. main ngap jer.. Jadi ko! Tapi resepi tak pernah simpan. So tadi sambil duduk - duduk santai ngan mak sambil pikir menu raya haji sok ni..terpacol la hasrat hati nak buat Kek Buah Rebos ni. So sebelum terlupa...sambil mak potpet bagi resepi G terus taip kat blog ni...haa... buatnya belom tawwww... tu pasal tadak gambarnya tawww. Raya Haji sok baru den buat!! tapi sapa nak try dulu...try laa!!!

BAHAN:
Telor - 12 biji
Buah Campor - 1 kotak
Butter - 1 tin (Butter Churn yg tin kuning yg mahal tu) - 250gm kot
Tepong gandum -  3 tin (guna tin butter tadi)
Vanilla - 1sd kecil
Gula kastor - 1 cwn


CARA-CARAnya:
1. Asingkan telor putih dan kuning
2. Pukol kuning telor dengan butter dan gula hingga sebati
3. Putih telor pukul hingga jadi mreng (pekat x jatuh)
4. Masuk tepung ,buah, vanila gaul sebati . Gaul perlahan dengan senduk kayu je.
5. Sediakan bekas (mak pakai Tin Milo saiz sedang). Lenser marjerin or butter keliling
6. Isi adunan dalam bekas tadi .
7. Rebus 7 jam!! (hambek kooo)


Nota: Mak biasa dulu pakai dapur kayu. Kek ni tak naik , macam bantat jer. Tahan sebulan!
Resepi mak ni leh dapat 3 tin milo saiz sedang tu...(aku tulis apa yg mak cakap) . Kalau ada yang leh adjust resepi ni lagi bagus sebab biasala orang tua nyer resepi dia main hagak-hagak jerr...
(CMG pakar tu!!! - Saya sangat teruja CMG sudi meriahkan blog saya!!! TERIMA KASIH CMG! Seronok gila ni!!)

Chot Paranwee Suriyanteet

Nama Penuh : Suriyanteet Paranweee โชติ. atau Chot Paranwee Suriyanteet
Umur : Baru berapa bulan (ambil dia time bulan puasa ) . Asalnya didapati merayau- rayau di kawasan perumahan sekitar Tmn datok Ahmad Razali ,Ampang. Time tu kecik lagi dari sekarang. Mak dia....hilang kot...err Makanan kegemaran selain dari kropok friskies & ikan rebus ialah Lepat pisang & keledek...heheeheehe..










KANTIN UNIVERSITY HARVARD ~ cam Kantin Harry Potter

Kantin dia macam dalam filem Harry Potter.. awesom! 





DOA-DOA PILIHAN

Terlebih dahulu kredit kpd : Pusat Pendidikan Al Baraqah utk info doa ni.

DOA DEMAM PANAS
albarakah
67. Daripada Ibnu Abbas, bahawasanya Nabi Alihisalam adalah dia mengajar mereka itu dari demam dan daripada sekalian sakit semuanya, bahawa mengucap ia: "Bismillah Yang Maha Besar daripada kejahatan tiap-tiap urat yang menggelegak darah, dan daripada kejahatan panas neraka." (GHARIB)
Dibasahkan kain tula dan diletakkan dikepala atau diperut orang yang demam sambil dibaca doa di atas.

BERUBAT DENGAN HABATUS SAUDA
albarakah
36. Daripada Abu Hurairah, bahawasanya Nabi Alahissalam bersabda ia: "Lazimkan dengan ini jintan hitam, maka bahawasanya padanya kesembuhan daripada sekalian penyakit melainkan mati. Dan Sam itu maut. (Hasan Shahih)
Jintan Hitam itu banyak khasiatnya di dalam ubat-ubatan,ianya boleh digunakan dengan dijadikan kopi sebagai minuman atau sebagai kapsul dan boleh digoreng tanpa minyak untuk kegunaan luaran dan makanan

DOA MOHON KEKUATAN APABILA DIBENCI, DIPULAU, TERANIAYA
albarakah
Lalu diadakan di antara mereka dinding yang mempunyai pintu. Disebelah dalamnya ada rahmat dan di sebelah luarnya dari situ ada siksa.
Baca sekali selepas solat, mudah-mudahan Allah memberi ketenangan kepada orang yang dianiaya sebaliknya orang yang menganiaya berada dalam keadaan tidak tenang.

DOA PELEMBUT HATI
albarakah
Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambanya dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakinya dan dialah yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa
Baca 19 kali pada ubun-ubun anak-anak yang degil atau sesiapa yang dihajati. Jika orang itu jauh, baca 19 kali selepas solat dan diniatkan.

DOA SUPAYA DIBERI KEBIJAKSANAAN DALAM KEHIDUPAN
albarakah
Ya Allah, berikanlah aku kecekapan dalam bertindak dan lindungilah aku dari keburukan jiwaku
Baca sebelum membuat sesuatu perkara. Pastikan anda jujur dalam pekerjaan dan tindakan yang akan dilakukan. Elakkan perkara yang menjerumus kepada maksiat dan keburukan walau sekecil beras.

DOA SUPAYA DIBERIKAN KEKUATAN HATI
albarakah
Ya Allah, yang memutarbalikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agamaMu
Berdoa sebelum dan selepas membuat keputusan. Hanya kepada Allah sahaja kita dapat memohon dari Syaitan yang suka menyesatkan dan membawa sangsi.

DOA RASULULLAH SELEPAS SOLAT MALAM
albarakah
Ya Allah, Tuhan Jibril, Mikhail dan Israfil, Dzal yang menciptakan langit & bumi, Dzal yang Maha Mengetahui yang ghaib dan yang terlihat, Engkau memberikan hukum kepada para hambamu dalam permasahalahan yang mereka perselisihkan, maka tunjukilah kami dalam setiap perkara yang kami perselisihkan menuju kebenaran dengan izinmu, sesungguhnya Engkau memberikan petunjuk kepada jalan yang lurus.
Baca selepas sembahyang pada waktu malam dimana masa itu adalah yang paling afdal dan doa akan dimakbulkan oleh Allah SWT. Tetapkan hati dan bukakan minda agar segala yang dihajati dapat disampaikan dengan ikhlas.

Siapa Kenal AMIR LUKMAN


 Designer tersohor gak dia ni kan  AMIR LUKMAN. Terkini ala-ala macam dah maskulin...tapi tengok.maintain high heel...ekekekeke. Hazaaab.
TERKINI








NI DULU DULU


Apabila Penzina diangkat sebagai Pemimpin.

Ustaz Mohd Kazim Elias-

Nasi Goreng Ikan Bulus



Dah lama tak buat nasik goreng. So pagi ni buat nasi goreng lah. Tapi bahan tak berapa nak ada. So blasah jer lah  apa yang ada . End up  ni ha nasi goreng biasa jer...tapi pedas sket laa & letak kobis jer. Korek korek dapur ada lagi ikan masin Bulus...goreng garing & makan bersama . Jadi lah nasi goreng Ikan Bulus. (arwah abah suka sangat Ikan Bulus ni..... )

SUAI KENAL BLOGGER ANDA BERMINAT?


Suai Kenal Blogger Anda Minat ? 
Of coz K.Lugie minat... haa ini idea si BEN.  
Selalu nampak dia bila blogging. Tapi 1st time nampak kat blog Mat Gebu la! Sebab apa Mat Gebu enterframe sini..sebab K.Lugie suka Makan-makan! Suka selongkar dapor Mat Gebu.
Seringkas ringkasnya tentang K.Lugie..Nama LugieAmir tu nama manjer abah bagi . Amir nama abah. Suka makan-makan, jalan-jalan, amek gambar, so dengan blog ni boleh la kongsi mana-mana yang patut. Tambah kenalan & tambah ilmu. So kepada yang sudi tu jenguk lah ya! Update memang selalu sebab kerja pon memang 90% on line! Salam Kenalan utk semua!

Dr ROZMEY NAK TAWARKAN PAMELA ANDERSON BERLAKON FILEM BARU DIA!

BELUMPUN reda kita dikejutkan dengan sasaran RM40 juta filem 2 Alam, Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) selaku produser mahu membuat kejutan baru esok (7 November) serta projek 2011 syarikatnya.

Ketika ditemui di pejabatnya di Jitra, Kedah, DDR mahu orang ramai tunggu depan televisyen esok kerana dia akan membuat kejutan itu, tetapi tidak mahu menceritakan secara terperinci memadailah perutusan khas caranya tersendiri.

“Intro kata-kata saya di televisyen esok begini, “Saya Datuk Dr Rozmey pemegang label Dr Rozmey ingin mengisytiharkan...” Perutusan dalam 52 saat itu bukan bertujuan menyinggung mana-mana pihak, cuma ia lebih berunsur gimik untuk tarikan filem sulung saya. Jika perutusan berbentuk iklan itu mencetus kontroversi, saya tidak hairan kerana ia samalah seperti sasaran RM40 juta yang masih bingung difikirkan orang boleh atau tidak,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing Sdn Bhd juga penerbit dR Movie Production itu berkata idea membuat perutusan seperti aksi penyimpan besar mohor raja-raja itu tercetus apabila memikirkan filem 2 Alam akan memulakan tayangan pada hari kedua Aidiladha.

“Saya membuat perutusan awal seminggu sebelum tayangan supaya orang ramai khususnya peminat filem tempatan bersedia ke pawagam,” katanya.

Cuma tinggal 12 hari lagi filem 2 Alam akan ditayangkan di 85 panggung di tanah air termasuk Singapura dan Brunei bermula.

Sekalipun filem itu yang akan berentap dengan Harry Potter itu belum teruji lagi di pawagam, DDR sudah merangka beberapa projek terbaru untuk tahun depan yang disifatkan sebagai transformasi global supaya penggiat filem tempatan berjiwa besar sekali gus mencontohi apa yang dilakukannya.

“Jika 2 Alam saya mengundang dua pelakon luar, Aaron Aziz dan Shuhaila Salam dari Singapura, Untuk projek 2011, saya mahu menawarkan Pamela Anderson berlakon dalam filem saya. Pihak produksi saya sudah merangka beberapa projek baru yang akan kami laksanakan secara usaha sama. 
“Sebagai permulaan saya akan berusaha untuk menjalani usaha sama dengan penggiat filem Thailand. Perkembangan filem negara jiran kita sebelah utara itu kian mendapat perhatian antarabangsa. Melalui filem usaha sama kelak dapat kita selitkan bintang ternama Hollywood itu nanti. Untuk projek sulung usaha sama begini, saya mensasarkan filem bercorak aksi dan kita maklum selain mistik filem Thailand sinonim dengan filem aksi” katanya.

Tidak dapat kita bayangkan jika impian DDR berjaya menyunting bintang seksi Baywatch itu, pastinya ia menjadi fenomena baru dalam filem Melayu.

Bertambah menarik jika dapat diselitkan adegan Pamela mencuba Jus Mate 5 untuk kesegarannya sejajar dengan tagline produk DDR, World Brand.
  - Harian Metro

CUCU CICIT (ISLAM) URUS MAYAT NENEK AGAMA BUDDHA

16 cucu dan 50 cicitnya yang beragama Islam urus mayat nenek agama buddha

JOHOR BAHRU: Perbezaan agama tidak menjadi halangan buat satu keluarga besar Islam untuk menyempurnakan mayat mendiang nenek mereka yang beragama Buddha di tanah perkuburan Cina Johor Jaya di sini, semalam.

Atas nama kasih sayang dan pertalian kekeluargaan yang kukuh, pengebumian Liang Ho, 95, yang meninggal dunia akibat sakit tua di rumahnya di Jalan Landak Batu, Century Garden di sini, kira-kira jam 3.30 petang kelmarin, diuruskan 16 cucu dan 50 cicitnya yang beragama Islam.

Upacara pengebumian mengikut adat agama Buddha itu turut disaksikan satu-satunya anak perempuan Liang yang masih hidup dan beragama itu, Low Ah Oi, 62. Tiga anak Liang yang lain sudah meninggal dunia, masing-masing seorang perempuan dan dua lelaki memeluk Islam selepas berkahwin dengan pasangan masing-masing berketurunan Melayu manakala suaminya, Low Song meninggal dunia pada 1974.

Menurut cucu sulung mendiang, Hamidah Ahmad, 49, pemergian Liang amat dirasai berikutan hubungan kekeluargaan yang sangat rapat dengan nenek disebabkan sikapnya yang sangat mengambil berat hal keluarga.

“Ketika kecil saya dijaga nenek. Walaupun beragama Islam dan dia Buddha, itu tidak menjadi halangan untuk mencurahkan kasih sayang kepada seorang cucu.

“Nenek seorang yang tegas dan pernah beberapa kali memarahi saya kerana lambat menunaikan solat, menunjukkan dia amat prihatin serta menghormati agama lain.

“Dia sering menghantar saya mengaji al-Quran, jika malas nenek tidak teragak-agak merotan saya,” katanya. Seorang lagi cucunya, Kalsom Ahmad, 43, berkata, neneknya memiliki daya ingatan yang kuat walaupun sudah berusia 90-an dan dia masih boleh mengingati nama cucu-cucunya. “Walaupun tiga daripada empat anaknya memeluk Islam, nenek sangat sayangkan kami malah tidak ada pilih kasih dalam melayan kami.

“Malah, kami semua paling gembira setiap kali menjelang musim perayaan kerana kami menyambut tiga perayaan setiap tahun iaitu Tahun Baru Cina, Aidilfitri dan Aidiladha,” katanya.

Kalsom berkata, nenek juga sering mengingatkan mereka agar bersederhana dalam perbelanjaan harian kerana dia sudah terbiasa dengan kehidupan susah sejak zaman muda.

Sementara cicit pertama mendiang, Marfuaah Mahfuz, 28, berkata, dia dan ahli keluarga lain tidak kekok membantu menguruskan pengebumian moyangnya itu selain turut mengiringi jenazah mendiang hingga ke tanah perkuburan.

Katanya, bukan saja tidak pernah membezakan agama, moyangnya juga melarang mereka daripada menjamah makanan tidak halal hinggakan menu makanan istimewa pada majlis makan besar Tahun Baru Cina turut diubah kepada masakan Melayu.

Moyang yang manja dengan panggilan ‘Mama’ itu juga dianggap istimewa apabila meminati penyanyi Melayu kelahiran negeri ini, Mawi selain gemar menonton drama Melayu dan Indonesia di televisyen (TV) termasuk sinetron Bawang Putih Bawang Merah.

“Oleh kerana tidak mahu terlepas rancangan kegemarannya, Mama sanggup makan malam lebih awal sebelum duduk depan TV.

“Pling menarik, Mama tidak membaca akhbar berbahasa Cina, tetapi memilih Harian Metro sebagai bacaan kegemarannya.

“Saya sentiasa ingat pesan Mama yang tidak suka perbuatan kurang ajar apa lagi menderhaka kepada orang tua atau membuli ahli keluarga,” katanya.

Bak Pepatah Melayu ~ Air dicincang takkan putuskan.

Bukit Bintang ~ Nite Walk

Tadi merayap kat area Bukit Bintang . Walaupun hujan tetap ramai orang. Waterproof ker apa diorang ni (aku pon sama) Tak ada nak cari apa..saja nak lawat kawasan. Jalan punya jalan terjumpa 2 org mamat saleh ni ngah dok 'busking'. Tengok lam tong gitar dia ada lah beberapa hengget dah dapat. Ni tak tau ler apa kes..tak dak duit balik ker tak dak duit nak makan ker atau saje sajeee jeeee
Antara para penonton nyeer



.

Saturday, November 6, 2010

Menu Minum Petang

KARIPAP SARDIN
Ada rajin sket petang ni so dapat buat 2 tiga bangsa. Karipap Sardin, Kasturi, Pau Kentang & Pau Kacang.. Makan la korang sampai abis!





KUEH KASTURI

PAU - INTI KENTANG

PAU GORENG - INTI KACANG MERAH


INTI KENTANG


BUNGA MELOR SAYA

BUNGA MELOR yg sgt sentimentel untuk saya. Asal Usul pohon ibunya dari Seksyen 2 , Shah Alam. Diberi oleh orang tersayang...ehem...Alhamdulillah walaupun tanam dalam pasu dia tetap tumbuh segar...beerbunga bunga... wangiii jer. Hari hari boleh petik letak kat rambut :-)... saya suka!


KELEDEK REBOS ~ Lelong dari area Banjir.


 Anak - anak .. pagi ni mak malas la...sarapan Keledek Rebos jaa bley ka.... makan panas-panas sama ayaq' kupi..(sorry ayaq kupi lupa angkat gambaq'). Keledek ni kak aku bagi semalam...husband dia kata mai beli lelong dari kawasan banjir ..tak tau banjir tang mana... tapi mmg sedap makan hot hot!!


  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICK CLICK CLICK