Click Click NOW

Tuesday, January 29, 2013

KARIPAP DAGING

mARI buat KARIPAP 
ngeeee...
saya tak tahu nak 'kelim' tepi karipap tu..
so saya 'kepit' je pakai acuan ..
ok!


RESEPI (DOH)
1kg tepung gandum (cap Kunci ya)

Sedikit Marjerin
Sedikit Air



Gaul Tepung dan Marjerin hingga jadi macam 'bread crump'.
Tambahkan air dan uli hingga tak lekat pada tangan.


Rehatkan lebih kurang setengah jam.
Boleh lah start canai ya.


memula bancuh ramuan hingga jadi doh . Lepas tu ... err saya guna mesen apa ntah ini untuk 'mencanai'
doh tersebut.  Lebih lama canai lebih lembut doh kita. ehem.


Mula-mula panaskan minyak. Bila minyak dah panas, tutup api dan masukkan karipap. Goreng sekejap tanpa buka api. Kemudian buka api semula dengan terus menggoreng dengan api yg kecil. TUJUAN: utk dapatkan karipap yg cantik, tak menggerutu ya. Tapi klu nak belasah je terus dgn api besau..no hal.. walaupun tak cantik rasa tethap malathop... apadahal!!


mari kita makan karipap panas iney!!!




SAMBAL TUMIS IKAN BILIS


Mari kita masak Sambal .
Sambal Apa.
Sambal Tumis...
Tumis Apa...
Tumis Ikan Bilis...  hiks!


BAHAN-BAHANNYA
2 genggam ikan bilis, cuci bersih dan goreng hingga garing, toskan
1 biji bawang besar, hiris berangkai
1/2 cawan jus asam jawa
Gula dan garam secukup rasa
1 1/2 senduk nasi cili kisar
6 biji bawang merah dikisar halus
2 ulas bawang putih dikisar halus
1/2 inci halia dikisar halus
3.4 inci belacan dikisar halus
CARA
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan jus asam jawa, perasakan dengan garam sedikit, gula secukupnya dan serbuk perisa (jika suka). Kacau rata dan masak hingga sambal pekat.
  2. Masukkan ikan bilisk dan bawang besar tadi, kacau rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan apa2 yang anda rasa sesuai...

TIPS: semasa menumis api jgn besar ya, minyak biar cukup ya, dah naik minyak baru letak gula garam bagai.






Boleh dibuat sambal utk dimakan bersama Nasi Lemak atau Lempeng atau cicah roti kosong jer...


lebih pedas lebih baguz...
yeah 
mak pedaszzzzzzz!!!
AIR...AIRRRR....


LEMPENG OH LEMPENG


Tak berapa nak sehat dua tiga hari ni .. selera pun on n off .. tetiba teringin nak makan lempeng .
So niari kita buat Lempeng Kelapa ya!


RESEPI
1 1/2 cawan kelapa putih ( kelapa muda lagi bagus!)
1 cawan tepong gandom
1cawan air
1 1/2 sudu teh baking powder
secubit garam

* campurkan semua bahan. Gaul rata. Utk air boleh tambah or kurangkan
ikut kepekatan .

  lebih kurang begini pekatnya ya .. 


bakar alas dengan daun pisang.... wangiii...


Resepi diatas boleh diadjust utk buat Lempeng Pisang ya ...
paling sedap guna pisang emas dibawa belayar hehehehe
alahai..senang jee..macam nak buat cekodok pisang... haaaa


& cicah lah Lempeng2 ni dgn gula kaa.. dgn Sambal Tumis ka...
ermmm paling best mmg dgn Sambal Tumis Ikan Bilis !!!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICK CLICK CLICK