INTRO (SAMPLE: TUN DR. MAHATHIR)
The world now lives in fear.
We are afraid of everything.
CHORUS (RABBANI)
Alhamdulillah
kita selamat,
kabus dah hilang
perang dah tamat,
nyanyikan lagu
damai dalam lena,
jangan buka mata
realitinya sungguh berbeza.
VERSE 1 (MALIQUE)
Berita yang ditunggu kini sedang tersebar
seluruh umat manusia boleh tersenyum lebar
perang sudah tamat terpampang di dada akhbar
senjata dah dilucutkan malahan dibakar
jalan dah dibuka, bekalan dah dihantar
pengawal sempadan bersalaman dan bergambar
tiada lagi askar-askar luka main kejar- kejar,
kerna dunia tidak lagi perlukan pendekar.
Bumi berhenti bergetar, tak perlu rasa gentar
tiang dah dipacakkan, bendera berkibar
yang sembunyi keluar, dah bersinar di luar
burung besi pulang yang sebenar legar- legar
langit koyak dah ditampal tiada halilintar
laut merah pudar, jala kembali ditebar
di desa bunga mekar, di bandar bangunan tegar
bunyi mercun, bunga api gantikan bunyi bom dan mortar
apakah benar? Perang dah tamat.
CHORUS (RABBANI)
Alhamdulillah
kita selamat,
kabus dah hilang
perang dah tamat,
nyanyikan lagu
damai dalam lena,
jangan buka mata
realitinya sungguh berbeza.
VERSE 2 (MALIQUE)
Perang sudah tamat, kita jadi buta warna
lihat kulit manusia, semuanya sama saja
pembunuhan, permusuhan, semua syak wasangka
harus dihentikan berkuatkuasa serta merta
Piagam Madinah dihidup dan dijana
semua agama Ibrahim aman hidup bersama
perang cuma tinggal kata dalam kamus lama
tak disebut, tak diguna, tak lagi dicari makna.
Perang sudah bubar, perang sudah bubar
ganti sebiji peluru dapat sebatang cigar
perang sudah bubar, perang sudah bubar,
ganti sebatang senapang dapat sebiji gitar
mereka kata tidak mungkin, aku balas benar
cuba tutup mata baca risalah diedar
perang sudah tamat, kunyanyi separa sedar
perang dah tamat, maaf bukan cerita sebenar.
CHORUS (RABBANI)
Alhamdulillah
kita selamat,
kabus dah hilang
perang dah tamat,
nyanyikan lagu
damai dalam lena,
jangan buka mata
realitinya sungguh berbeza.
VERSE 3 (MALIQUE)
Hari-hari tengok berita buruk jam lapan
hari-hari tengok saudaraku berbunuhan
bukankah mengambil nyawa itu kerja Tuhan
bukan aku, bukan kamu, ajal Dia yang tentukan
ada Torah, Zabur, Injil, ada Quran
kalau Iqra’ tiada ibu-bayi mati berpelukan
ada I-Ching, ada Tipitaka, ada Veda
habis baca semua baru sedar kita tiada beza
kita manusia, lain nama dan fizikal
persamaan utamanya kita ada akal
biar haiwan saja bersifat territorial
ok, hypothetical - tiada peta politikal.
Saya orang aman, saya bukan orang jahat
saya benci perang, saya rela bersahabat
nyanyi lagu damai satu dunia ikut rapat
sambil tunggu hari Osama dan Obama berjabat.
CHORUS (RABBANI) X2
Alhamdulillah
kita selamat,
kabus dah hilang
perang dah tamat,
nyanyikan lagu
damai dalam lena,
jangan buka mata
realitinya sungguh berbeza.
OUTRO (SAMPLE: TUN DR. MAHATHIR)
War must therefore be made illegal.
Teoh Seang Hooi (kanan) menunjukkan bekas pembungkus makanan yang dibenarkan kepada peniaga semasa melakukan pemeriksaan di Kompleks Penjaja MPSP, Nibong Tebal, Pulau Pinang, semalam. - utusan/Sazali Che Din
NIBONG TEBAL 12 Jan. - Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) akan menguatkuasakan larangan penggunaan bekas makanan jenis polistirena di semua premis atau gerai makanan milik MPSP berkuat kuasa 1 Februari ini.
Dengan penguatkuasaan peraturan baru itu, peniaga yang didapati menggunakan bahan tersebut untuk membungkus makanan bakal berdepan tindakan tegas termasuk lesen perniagaan atau permit gerai mereka ditarik balik.
Ahli Majlis MPSP, Teoh Seang Hooi berkata, MPSP mengeluarkan notis berhubung peraturan tersebut pada 20 Disember lalu kepada semua penjaja dan peniaga makanan dan penguatkuasaan sepatutnya dilaksanakan 1 Januari lalu.
Bagaimanapun katanya, MPSP menangguhkan penguatkuasaan peraturan tersebut bagi memberi peluang kepada peniaga melakukan persediaan menggunakan bekas makanan yang lebih mesra alam.
"Penggunaan bekas makanan mesra alam adalah penting dalam usaha mengurangkan pencemaran alam sekitar selain mengurangkan risiko penurunan tahap kesihatan anggota masyarakat.
"Tapi kita faham, apabila kita memperkenalkan sesuatu peraturan baru, ia akan ambil masa sedikit untuk golongan sasaran menerima dan melaksanakannya," katanya ketika melakukan tinjauan pelaksanaan peraturan tersebut di Kompleks Penjaja MPSP di sini hari ini.
Seang Hooi berkata, notis berhubung pengunaan bekas makanan mesra alam dikeluarkan sebagai satu peraturan baru di bawah Seksyen 107(2) Akta Kerajaan Tempatan 1972 yang membolehkan MPSP mengenakan syarat baru kepada pemegang lesen gerai makanan.
Menurutnya, MPSP akan mengeluarkan notis kedua pada 15 Januari ini dan penguatkuasaannya akan bermula pada 1 Februari nanti.
"Sekiranya ada penjaja atau peniaga yang didapati melanggar peraturan itu sebanyak tiga kali, MPSP boleh mengambil tindakan tegas dengan menarik semula lesen perniagaan dan permit gerai MPSP," jelasnya.
Bagaimanapun katanya, penjaja dan peniaga makanan yang beroperasi di tempat lain juga digalakkan menggunakan bekas makanan mesra alam sebagai tanda sokongan terhadap usaha memelihara alam sekitar.
Bakar Interlok - hina Agong & sasterawan Lima persatuan penulis dan NGO Melayu membuat laporan polis terhadap tindakan sekumpulan masyarakat India membakar novel Interlok dan gambar penulisnya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain.
NONEMereka mendakwa tindakan itu menghina sasterawan negara, membangkitkan kemarahan orang Melayu, malah boleh mencetuskan ketegangan kaum.
"Kami juga prihatin kepada Datuk Abdullah Hussain, seorang tokoh penulis yang menerima anugerah sasterawan negara daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
"Penghinaan terhadap sasterawan negara sama seperti penghinaan terhadap Agong," laporan polis itu dipetik.
NGO itu Gabungan Penulis Nasional (GAPENA), Persatuan Penulis Nasional (PENA), Majlis Permuafakatan Persatuan Ibubapa dan Guru Nasional (PIBGN), Majlis Kebudayaan Negeri Selangor dan Ikatan Melayu Asli Nusantara.
Aduan itu dibuat di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi di ibu negara sebentar tadi...
ABDULLAH Hussain mengesat air mata kerana tidak dapat menahan sebak di dada ketika memperkatakan nasib malang novel Interlok karyanya itu di Petaling Jaya, Selangor, semalam. – UTUSAN/HAFIZ JOHARI
TIADA apa yang lebih meremukkan hati seorang penulis apabila melihat karyanya dihina dan dipolitikkan pihak tertentu hanya kerana kandungannya tidak difahami secara keseluruhannya.
Itulah yang dirasakan oleh Sasterawan Negara, DATUK ABDULLAH HUSSAIN, 91, ketika menatap gambar sekumpulan penduduk kaum India membakar novel Interlok karya beliau di Klang, Selangor yang disiarkan akhbar ini, dua hari lalu.
Dalam linangan air mata, Abdullah yang ditemui oleh wartawan Utusan Malaysia, MOHD. KHUZAIRI ISMAIL bersama jurugambar, HAFIZ JOHARI di kediamannya di Petaling Jaya, Selangor, semalam turut melahirkan kekesalan yang mendalam apabila karyanya yang diterbitkan 40 tahun lalu disalahertikan oleh pihak tertentu.
Abdullah yang berkerusi roda ketika ditemui meminta untuk berbaring ketika menjawab soalan-soalan yang dikemukakan kerana keuzurannya.
Malah, beliau juga hanya mampu menjawab soalan-soalan itu secara bertulis kerana tidak berdaya lagi untuk berbicara.
Ikuti soal jawab itu yang terpaksa dilakukan dengan ringkas ekoran keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.
Bagaimana perasaan Datuk dengan apa yang menimpa karya Interlok?
ABDULLAH: Saya berasa dukacita kerana maksud saya baik, tetapi orang salah menerima.
Apa yang tidak difahami oleh kaum India menerusi buku Interlok itu?
ABDULLAH: Di India (terutamanya di India Selatan), masih kuat dengan fahaman ‘paria'. Saya ikut Mahatma Gandhi. Tetapi orang India di sini cuba melupakannya.
Apa sebenarnya yang cuba disampaikan menerusi Interlok?
ABDULLAH: Ia merupakan kisah Maniam, iaitu watak utama seorang India dari India Selatan. Dia gembira kerana tidak ada perbezaan kasta di sini. Dia seronok menaiki kapal bersama orang India yang lain dan seronok apabila sampai di Pulau Pinang. Dia gembira kerana tidak ada perbezaan kasta di Malaysia.
Nasihat Datuk kepada kaum India yang menolak buku ini?
ABDULLAH: Baca betul-betul (Interlok) apa maksud sebenar saya tulis. (Saya) bukan mahu menghina masyarakat India.
Datuk masih menulis?
ABDULLAH: Saya tidak lagi boleh menulis. Menulis memerlukan saya bergaul dengan banyak orang.
"Buku mengenai Maniam itu bermula apabila lelaki berusia 30tahun itu yang berbadan tegap dan bertulang rangka besar meninggalkankampungnya di Tricur, Kerala, India kerana tidak tahan dicengkamkemiskinan. Di dalamkapal ini dia tidak susah. Sebahagaian besar daripada penumpang dekyangbersama-samanya itu dapat bercakap dalam satu bahasa sahaja, bahasaTamil. Mereka yang dari arah utara sedikitbercakap bahasa Malayalamatau Telugu, tetapi hampir semuanya tahu bahasa Tamil. Malayalam danTelugupun berasaldari satu rumpun bahasa Dravidia. Satu perkara besarmembuatkan mereka senang bergaul adalah kerana mereka tergolong dalamsatu kasta Paria. Mereka tidak perlu takut akan mengotori sesiapa kalaubersentuhan. Mereka juga bebas bergaul. Tempat di dalam kapal itu tidakteratur.Mereka berasak-asak seperti kambing.(halaman 211)
Sekumpulanmasyarakat India di negara ini mempertikaikan kebijaksanaan Abdullahyang mengolah ceritanya dengan fakta-fakta sejarah dan hakikat sistemkasta yang membelenggui masyarakat di India ketika itu.
Maniamdigambarkan gembira dengan peluangnya mendapat pekerjaan dan begituserasi bukan sahaja dengan cuaca di Malaya yang hampir sama dengankampung halamannya, tetapi juga makanan seperti kari yang digemaripenduduk tempatan menepati citarasanya. Di sini, pekerjaan yang membezakan kasta tidak ada. (halaman 216)
Dia gembira hidup di negeri ini kerana untuk pertama kali dalam hidupnya dia berasa dirinya sebagai manusia seperti orang lain. (halaman 218)
Di negeri ini, orang daripada kasta Brahma memakai punul yang melintang di tubuh, tetapi dia tidak takut menyentuh orang itu.
Diaboleh membeli barang daripada penjaja dengan memberikan wang daritangan ke tangan; tidak seperti di negaranya, dia mesti meletakkan wangitu di suatu tempat dan penjaja itu akan menyiram wang itu dengan airsebelum diambil dan dimasukkan ke dalam petinya.(halaman 219) Tidak puas hati
Bagi kumpulan masyarakat India, perenggan-perenggan di atas terlalu sensitif dan mereka tidak berpuas hati denggannya.
Ceritaitu disambung mengenai kebahagian yang dikecapi oleh Maniam bagaimapuntidak lama, apabila orang kampungnya, Raman dan Suppiah datang membawakhabar berita, bahawa isterinya Ambika sudah mengikut lelaki lain. EsakanManiam berhenti dan dia mengesat air matanya. Barulah Suppiah, orangyang berair muka seperti keanak-anakan itu bercerita. Isteri Mania,Ambika sudah amat melarat hidupnya. Dia sudah mulai makan pucuk-pucukkayu. Tukang pinjam wang sudah tidak membenarkan dia tinggal di rumahitu lagi kerana rumah itu sudah menjadi haknya dan lembu Maniam itudiambilnya. (halaman 221)
Malah,Maniam yang tidak berpelajaran, setiap bulan mengirim wang kepadarakannya di India, Pillay supaya diberikan kepada isterinya. Pillaybukan sahaja gagal menunaikan amanah itu tetapi juga melarikan isterisahabatnya itu..."
PALO ALTO, CA –Mark Zuckerberg announced that Facebook will be shut down in March. Managing the site has become too stressful.
“Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office, “and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.”
Zuckerberg went on to explain that starting March 15th, users will no longer be able to access their Facebook accounts.
“After March 15th the whole website shuts down,” said Avrat Humarthi, Vice President of Technical Affairs at Facebook. “So if you ever want to see your pictures again, I recommend you take them off the internet. You won’t be able to get them back once Facebook goes out of business.”
Zuckerberg said that the decision to shut down Facebook was difficult, but that he does not think people will be upset.
“I personally don’t think it’s a big deal,” he said in a private phone interview. “And to be honest, I think it’s for the better. Without Facebook, people will have to go outside and make real friends. That’s always a good thing.”
Some Facebook users were furious upon hearing the shocking news.
“What am I going to do without Facebook?” said Denise Bradshaw, a high school student from Indiana. “My life revolves around it. I’m on Facebook at least 10 hours a day. Now what am I going to do with all that free time?”
However, parents across the country have been experiencing a long anticipated sense of relief.
“I’m glad the Facebook nightmare is over,” said Jon Guttari, a single parent from Detroit. “Now my teenager’s face won’t be glued to a computer screen all day. Maybe I can even have a conversation with her.”
Those in the financial circuit are criticizing Zuckerberg for walking away from a multibillion dollar franchise. Facebook is currently ranked as one of the wealthiest businesses in the world, with economists estimating its value at around 7.9 billion.
But Zuckerberg remains unruffled by these accusations. He says he will stand by his decision to give Facebook the axe.
“I don’t care about the money,” said Zuckerberg. “I just want my old life back.”
The Facebook Corporation suggests that users remove all of their personal information from the website before March 15th. After that date, all photos, notes, links, and videos will be permanently erased.
Was it not great, if you could create a rainbow in every time and in every place?Professor Michael McKean from the University of Virginia to conduct experiments on artificial reproduction of shimmering rainbow colors. At the moment, for the excellent process will need a certain amount of weak engines and a fountain. At the same setup in the future to reproduce the rainbows will be worn in the pocket)
Bagi seorang artis, tubuh yang ramping adalah roh buat kemajuan karir mereka. Karena itu, tubuh seksi menjadi harga mati yang harus dimiliki. Banyak di antara mereka yang tidak segan melakukan apa saja untuk dapat mempunyai tubuh yang seksi, mulai dari pembedahan plastik sampai menerapkan diet yang ketat. Namun sayang, ada diantara mereka yang melakukan pola diet yang di nilai aneh karena melakukan diet yang justru cenderung mencelakakan diri sendiri untuk jangka panjang. Misalnya saja seperti diet yang dilakakuan oleh Tyra Banks ini, dia rela menelan parasit cacing pita, yang dapat ditemui dalam kotoran hewan yang terinfeksi atau pada daging setengah matang. Cacing pita akan tumbuh dalam saluran pencernaan dan akan tetap dibiarkan hingga berat badan yang diinginkan tercapai. Jika target terpenuhi, maka pelakunya akan diberikan antibiotik untuk membunuh dan mengusir cacing pita ini. "Diet ini benar-benar gila. Cacing pita adalah parasit berbahaya yang dapat menyebabkan masalah kesehatan serius. Cacing pita bukan cara untuk menurunkan berat badan Anda. Dan, adalah ilegal untuk membeli dan menjual cacing pita di AS," kata Bauer.
Banyak orang melakukan program diet demi tubuh yang ideal dan langsing. Mulai dari diet alami sampai pelangsingan tubuh yang ekstrim, dan sudah tentu membahayakan kesehatan. Super model Tyra Banks memiliki cara diet yang berbeda dengan orang kebanyakan.
Dia sengaja membuat tubuhnya cacingan. Tyra melakukan diet cacing pita demi membakar lemak yang ada dalam tubuhnya. " Dengan memelihara parasit didalam tubuh, Saya boleh makan sesuka hati saya tanpa takut gemuk," kata Tyra dalam setiap kempennya.
Satu cacing pita di dalam pencernaan dapat menurunkan berat tubuh satu hingga dua kilogram setiap minggu. " Tak perlu takut makan berkalori tinggi," kata selebriti yang menggalakkan diet cacing ini dipasaran.
Tyra tak pernah peduli dengan badan Pengawas Obat dan Makanan di Amerika Serikat (Food and Drug Administration/FDA) atas bahaya diet yang dilakukannya. Banyak fakta yang sangat menyeramkan, cacing tersebut boleh tumbuh hingga 25 kaki, sehingga dapat menyebabkan kejang, meninghitis atau demensia.
Diet cacing pita ini sangat tidak dianjurkan, karena parasit cacing pita yang dikonsumsi dapat ditemukan dalam kotoran hewan,daging yang tidak matang atau terinfeksi. Diet ini juga bisa memperburuk kondisi kesehatan.
2011/01/01
TEMERLOH: Pengambilan pelajar bagi mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTAS) dianjakkan dari bulan Julai ke September mulai tahun ini selaras dengan waktu pengambilan pelajar IPT antarabangsa.
Oleh kerana pada masa lalu, tiada keselarasan waktu pengambilan pelajar, IPT tempatan gagal menarik pelajar luar negara menyambung pengajian di negara ini, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah. Beliau memberitahu pemberita di sini hari ini, bahawa keputusan berkenaan juga bagi mengelak IPTAS di negara ini "kehilangan" pelajar cemerlang lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
"Apa yang berlaku ketika ini, ramai pelajar cemerlang lulusan SPM membuat keputusan melanjutkan pengajian mereka di luar negara daripada memilih institusi pengajian tinggi tempatan.
"Mereka (lulusan SPM) dilihat tidak mempunyai masa yang cukup untuk memutuskan (memilih) pusat pengajian tinggi terbaik dalam negara selepas keputusan peperiksaan dikeluarkan.
"Akhirnya ramai yang memilih pengajian tinggi swasta di luar negara terutama Singapura," katanya.
Saifuddin sebelum itu menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan pemberita sambilan Bernama, Harun Mohamed iaitu Norhazwani Nadiah dan pasangannya Mohd Harzamie Rahimi. - BERNAMA
After two hour,Malaysia team won the AFF Suzuki Cup against Indonesia at Glaro Bung Karno Stadium, Sir Alex Ferguson as manager of Manchester United want to use Khairul Fahmi to replace Van Der Sar.
Khairul Fahmi is one of the important characters in the success of the Malaysia Team in AFF Suzuki Cup 2010. His success in keeping the Malaysia goal from indonesia attack in the early minutes of the game attracted a manager of Manchester United. Sir Alex Ferguson said "he is one of the best goalkeepers ever be produced, and if given the chance he could be a row of Buffon, Cassilas and Van Der Sar .
"Van Der Sar is one of the best goalkeeper we ever have, but when he says the desire to retire, we need someone who can keep the goal and he (Khairul Fahmi) is the best candidate we have for the time being" said Sir Alex Ferguson.
KOTA BHARU - Populariti penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat yang membantu skuad negara muncul juara Piala Suzuki AFF, kini menjadi fenomena luar biasa.
Kerana kagum dengan aksi tangkasnya terutama ketika menyelamatkan penalti Indonesia pada perlawanan akhir kedua di Jakarta minggu lalu, peminat amat berharap Khairul dilamar kelab bola sepak terkemuka dunia.
Malahan ada laman web yang menyiarkan laporan bahawa Pengurus Kelab bola sepak terkemuka dunia Mancester United, Alex Ferguson berminat untuk melamar penjaga gol Kelantan itu, bagi menggantikan penjaga gol utamanya Edwin Van Der Sar.
Sebuah laman web mirip laman web rasmi Manchester United, iaitu man-united.co.nr, menyiarkan laporan kononnya, selepas dua jam Malaysia muncul juara Piala AFF Suzuki 2010 buat kali pertama Rabu lalu, Ferguson mengarahkan pegawainya melamar Khairul Fahmi.
Laman web itu menyebut Khairul Fahmi merupakan individu penting membantu pasukan Malaysia menjulang kejuaraan.
Kecemerlangan dan ketenangan Kahirul Fahmi mengawal gawang gol Malaysia dengan menangkis setiap serangan yang dilakukan oleh Indonesia telah menarik minat pengurus kelab tersebut.
Ferguson melalui laman tersebut berkata, Khairul Fahmi adalah seorang pengaja gol terbaik yang pernah dilahirkan.
"Sekiranya dia (Khairul Fahmi) diberikan peluang untuk beraksi, dia mungkin sebaris dengan pengaja gol terbaik seperti Buffon (Italy), Cassilas (Sepanyol) dan Van Der Sar (Belanda).
"Van Der Sar merupakan salah seorang penjaga gol terbaik yang pernah kami miliki, tetapi apabila dia meluahkan hasrat ingin bersara, kami perlu seseorang penjaga gol dan dia (Khairul Fahmi) ialah calon terbaik masa ini," katanya.
Bagaimanapun, berita yang disiarkan oleh laman web tersebut didapati tidak benar, kerana ia bukan laman rasmi kelab tersebut.
Begitupun, ia tetap menimbulkan keterujaan bagi Khairul Fahmi.
Menurutnya, sekiranya benar beliau sememangnya teruja jika diberikan peluang untuk bermain dalam kelab tersebut.
Ini kerana katanya, beliau masih perlu bekerja lebih kuat sekiranya mahu berjaya seperti penjaga gawang terbaik dunia.
"Saya masih muda dan perjalanan masih jauh untuk menjadi hebat seperti Van der Sar atau pun Casilas,'' katanya.
Sebelum ini, Khairul Fahmi bukan sahaja menarik peminat baru ke akaun Facebook beliau, malah menempatkan dia pada kedudukan kelima tertinggi di seluruh dunia, bagi trend terkini rangkaian sosial Twitter.
Dalam tempoh sejam, penjaga gawang kelahiran Kelantan itu yang sebelum ini tidak begitu dikenali, meningkat secara mendadak ke tempat kelima, menumpaskan Support Tim nas, yang menyokong pasukan bola sepak Indonesia.
Fahmi juga menjadi topik paling popular untuk Twitter di Indonesia.
Laman Facebook beliau mendapat 57,000 hit daripada peminat kurang daripada dua jam, berbanding tidak lebih daripada 50,000 peminat sebelum perlawanan.
Pelakon Rosyam Nor, 43, sebelum ini pernah menegaskan bahawa dia tidak akan mendedahkan keluarganya kepada umum tetapi sebaliknya pelakon itu dilihat muncul bersama dua anak gadisnya pada majlis Anugerah Skrin 2010 (ASK2010) di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) pada 24 Disember lalu.
Kata Rosyam, kehadiran dua anaknya iaitu Arniesha Azureen, 21, dan Nur Anis, 17, pada majlis itu bukan kerana dia tidak tegas dengan pendiriannya tetapi kedua-dua anaknya itu memujuknya untuk merasai kehangatan majlis tersebut.
"Sebenarnya saya tak terfikir pun untuk membawa mereka tapi pada saat-saat akhir mereka pujuk saya sebab teringin nak rasa kehangatan ASK2010 bersama saya. Selain itu mereka merupakan peminat Anuar Zain.
"Lagipun bila anak-anak dah besar, mereka pandai pujuk ayah mereka sampai saya pun kesian. Selalunya bila saya bawa keluarga, mereka akan duduk di bahagian penonton, bukan bersama saya.
"Bagaimanapun, saya masih dengan pendirian untuk tidak mahu menonjolkan keluarga saya kepada umum," katanya.
Tambah Rosyam, sehingga kini dia masih tegas dalam mendidik anak-anaknya untuk memberi didikan yang terbaik.
Pada majlis ASK2010, kemunculan Rosyam bersama dua gadis jelita mengundang persoalan di kalangan tetamu yang hadir.
Malah, kedua-dua anak gadis itu turut menjadi perhatian pelakon-pelakon lelaki di majlis tersebut.
Sementara itu, Rosyam baru sahaja habis menerbitkan drama bersiri Trilogi Cinta yang akan ditayangkan di RTM1, bermula pada 2 Januari 2011.
Drama yang turut membabitkannya sebagai pelakon utama, turut menampilkan pelakon-pelakon hebat lain seperti Fouziah Gous, Raisuddin Hamzah, Siti Fazurina, Aida Khalida, Amyza Aznan serta tiga artis Pilih Kasih, Ray Redzuan, Reza Hasbi dan Zulina Aziz.
Trilogi Cinta merupakan drama bersiri pertama terpanjang yang pernah diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.
Ia juga merupakan sebuah drama yang diadaptasi daripada tiga novel Sharifah Abu Salem iaitu Tak seindah mimpi, Tak semanis Impian dan Tiada lagi Mimpi iaitu terbitan Alaf 21 Sdn Bhd.
PETALING JAYA: Dengan sekali lafaz, vokalis kumpulan Azlan And the Typewritter, Norazlan Rosle atau Lan, 28, sah bergelar suami kepada Normala Hassan, 28, pukul 10 pagi, Sabtu, di Surau Al-Munir, Batu 14, Hulu Langat.
Pengantin perempuan menerima mas kahwin RM300 dan wang hantaran RM11,700, sebagai simbolik tarikh lahir Normala iaitu pada 7 November 1982.
Al Fatihah kepada bekas suami Siti Nordiana, Faizal Yusof yang telah disahkan meninggal dunia. Punca kematian dikatakan daripada sakit jantung. Allahyarham meninggal di Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur kira-kira jam 2.30 petang tadi.
Popular dgn slot Adam Maya di TV3..
muda lagi..rasanya baru 33.. akan dikebumikan 10 pg esok..di Batu muda , batu caves. ALFATIHAH
"Bila ALLAH makbulkan d0amu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan d0amu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan d0amu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan...kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya" Wallahua'lam.