Click Click NOW

Friday, October 14, 2011

STEAM BUTTERCREAM ~ bEbetol stim taw!!



Apakah itew Steam ButterCream...\
ahaks.. Steam ButterCream ni sebenarnya salah satu teknik utk menghias kek komer komer..
Kalau biasanya bila nak hias kek dgn BC...kena ambil masa kan...nak deko ..lepa sana lepa sini..herot sana herot sini... sakit pinggang nak ngabiskan sbijik kek!!
Dengan kaedah SetimButterCream ini anda dpt menjimatkan masa menghias kek & hasilnya juga amatlah memuaskan. Kek anda akan tampil licin seperti ala ala fondant gitew (waaahh penat 'nulis' senapad pakai ayat sopan santon) .


Rasanya pun lebih sedap dari BC biasa sbb yg ni udah 'stimmmm' hehehehe...
Tidak berapa manis..sesedap rasa gitew.. & Tahan agak lama.. tak perlu letak dalam peti sejok. Kalau dah hias tu biar aja pada suhu bilik.. 5 hari pon boleh tahan asalkan pengudaraan dia baik (ada kipas ke a/c kerr).


boleh gak letak edible image & bunga2 fondant sbg hiasan


So mmg sesuai utk dibuat hadiah...hantaran...makan2... sesuai utk dibawa travel jauh2.

Finally caranya ya...spt dibawah...:
  • Boleh gunakan resipi buttercream apa sahaja,asalkan resipi yg tidak mengandungi telur dan bukan freshcream
  • Sediakan kek yg dah siap disapu BC biasa...& disejukkan sekejap kek tu dlm peti ais.. ni kira lapis dlm...(masa sapu tu x yah cantik2..janji tutup rata kek tu sudah)

Cara-cara

  1. Masak BC yg dh di pukul gebu atas api kecil dengan masa cukup 3 minit sahaja, jaga jangan sampai terlalu cair.
  2. Siramkan buttercream yang dah di masak tadi diatas cake, siramkan masa panas2 keatas seluruh cake. Goyang2 & adjust bagi tutup semua bahagian kek tu. 
  3. Biarkan about 5 minit dan BC akan segera membeku.
  4. Hasilnya topping kek sangat halus.licin dan mulus

1 comment:

cik cek said...

Thanks for sharing teknik2 steam BC...leh cuba gak nanti...:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICK CLICK CLICK