Click Click NOW

Wednesday, July 11, 2012

DOA elak MALAS, SEDIH, LEMAH, GUSAR, LOKEK, BEBAN HUTANG ..


 Doa elak risau, sedih, lemah, malas, lemau, takut, gusar, lokek, terbeban hutang ... insyaAllah kita kongsi bersama ya :-)





Allah humma innii a’uu zubika minal hammi wal hazan, wa a’uu zubika minal ’ajzi wal kasasl,wa a’uu zubika minal jubni wal bukhl, wa a’uu zu bika min ghalabatid daini wa qoh rir rijaal.


“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada perasaan risau dan sedih, aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat takut dan lokek, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.” (HR Abu Dawud)


 sekadar gambar hiasan ~ keluh resah gundah gulana sebak ria tawa hiba segalanya bukan rahsia padaNYA .
Keterangan:


Diriwayatkan dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a. bahawasanya pada zaman Rasulullah s.a.w. ada seorang sahabat yang sangat miskin bernama Abu Umamah. Siang dan malam dia tinggal di masjid, sehingga Rasulullah pun mengetahui perihal keanehan-keanehan pada diri Abu Umamah itu, dan kemudian beliau memanggilnya seraya menanyakan sebab-sebab dia bersikap demikian.
Abu Umamah menerangkan kepada Rasulullah s.a.w. tentang kesedihan dan kesusahan yang menyebabkan ia tidak betah tinggal di rumah, kerana akibat banyaknya hutang yang tidak dapat di bayarnya.
Mendengar pengaduan Abu Umamah, Rasulullah s..a.w. merasa hiba lalu beliau berkata kepadanya: ”Mahukah kamu kuberi beberapa kalimat dan amalkanlah dengan baik setiap hari, nescaya Tuhan akan melenyapkan kesedihanmu dan dan memberimu kelonggaran? Kemudian Rasulullah s.a.w. membaca doa diatas, sedang Abu Umamah mendengarkannya dengan baik.
Abu Umamah membiasakan membaca kalimat yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. itu siang dan malam dengan penuh keyakinan bahawa Allah akan memberi kelonggaran kepadanya.
Selang beberapa hari, kesedihan dan kedukaan yang dialami Abu Umamah berkurangan, makin lama makin berkurang dan akhirnya hilanglah sama sekali dan terbukalah alam fikirannya untuk mendapatkan usaha yang baik.
Dia akhirnya menjadi usahawan yang besar, sehingga hutang-hutangnya dapat terbayar semuanya, dan bahkan dia menjadi orang yang kaya raya




p/s : sebagai tambahan Amalkan  Al-Ma'thurat & Surah Yasin setiap kali selepas solat Suboh & Asar. InsyaAllah akan  
       dijauhi dari gangguan syaitan. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICK CLICK CLICK