Click Click NOW

Wednesday, July 20, 2011

Kak Siti Balek Rumah ~ Nasi Goreng Korea

Korean Fried Rice

Hasil air tangan anak dara saya... ;-) cik siti nur baiyah @ kak siti . "Mak camner nk buat sik goreng korea..nnti kt kolej nk bwat sendiri!" .

Kak Siti cuti seminggu jer tapi macam2 nak buat..assgmnt. belambak2 .. mana nak jumpa kengkawan lama lagi..nak pi skol lama lagi...nak maing kucing lagi... hehehehe... but im sure she's njoy every moemnt at 'home'.
So ts. coming puasa will b her 1st time away fr home. Konon dia plan nak masak sendiri with her r/mate... thats good! .. Insyaallah i'll tapau some frozen kueh for d' gals.
kak siti .. inilah DAUN SUP!
 Gigih kak siti nak masak nasik goreng...pi beli daun sup kat pasar...tak kenal camner rupa daun sup... haaa..now u know already riteee.... :-)

About this Korean Friend Rice ...Paling laris la tiap kali tapau ke kolej :-).. its just a very2 so very simple nasi goreng! sedap! senang! macam nasi goreng org bujang laaaa...sort of.. :-) .Bahan2 dia...blasah je apa yg ada...  ok lets cook together galss....

Resepi:
Nasi
Bawang Putih 10 ulas ..lebih kalau suka
Cili Api 10 biji ... lebih kalau suka pedas
Daun sup - kalau suka
Telor 2 biji - lebih kalau suka
Rencah: (kalau ada stok)
Udang
Ikan Bilis
Fish Ball
Cara:
1. 2 Ulas bawang putih di ketuk. Selebih nya dihiris nipis , goreng dan ketepikan
2. Telur digoreng minyak sikit ja... ketepikan & hancur2kan.
3. Bahan2 rencah digoreng dan ketepikan.
4. Cili Api ditumbuk kasar2
5. Panaskan minyak dan tumis bwg putih beserta cili api.
6. Masukkan nasi dan gaul sebati... letak garam secukup rasa..gaul sebati...
7. Masukkan bahan2 rencah dan gaul sebati..
8. Masukkan telur goreng hancur dan gaul sebati.
9. Masukkan bawang putih goreng dan gaul sebati.
10. Tutup api.. hidangkan dan hias dgn daun bawang.
Senang kan!

Story mory sket kek Kak Siti Balek Rumah hehehe ... sejak dia ambik AD111 Graphic & Media Digital.. kedai apek ni dh jadi cam toyshop dier..mcm2 ado..mcm2 kena beli..
kedai apek ni mmg jual harga okey.. tak cekit leher... even lecturer kak siti pon tapau dari sini gak...  kedai ni kat Sec.2 , Shah Alam.
Hari ni kak siti nak cari dawai katanya...dawai hari tu tak cukup...ermm kena pegi hardware lak lor...

nak kenal siapa dia kak siti .... :-)


eh..bukan kita laaa....kita 'Yana'... kita 'cucu' kak siti jeeeer...

cer teka...kak siti yg mana satok.... :-)

ini jari dia..cincin dia..
ini kucing kak siti ~ 'Thye'  s̄eụ̄x ǹā rạk - leh panggil Thye' ajerrr ;-)

nindiaaa...kak siti :-)

kak siti ngan 2 org 'bodyguard' ... abg & adik ;-)


Sunday, July 17, 2011

NISFU SYAABAN ~

Sejadah baru dari Teh utk Siti .. :-) semoga Teh sentiasa dibwh lindungan & berkah Allah SWT.
 Assalamualaikum semua. Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban (tutupnya buku amal). Sebagai permulaan utk buka 'buku baru' lugie mohon maaf dari semua. Sebagai  makhluk Allah semestinya kita tidak terlepas dari membuat kesilapan baik secara sengaja atau tidak sengaja. 
Kekadang terlalu sibuk dengan hal dunia, Syaaban terus berlalu dan tanpa kita sedari Ramadhan dah dekat tetapi belum pasti samada kita mampu bersama dengan Ramadhan yang mulia. 
 
'YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2  orang tua ku, berkatilah  mereka itu.. sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkanlah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminn yarabillialamin.." .
Mohon keampunan.. & Buka 'buku baru'
Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”

Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)


Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda : “Telah datang kepadaku Jibrail pada malam nisfu Syaaban dan dia berkata : “Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintulah rahmat dibuka. Maka berdirilah dan kerjakan solat lalu angkatlah kedua tanganmu ke langit”. Kata saya : Hai Jibrail, apakah erti malam ini?” Dia menjawab : “Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah swt mengampuni orang-orang yang tidak mensyerikatkan Allah dengan sesuatupun, kecuali para ahli sihir, dukun, orang yang suka bermusuhan, peminum khamar, orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni sehingga mereka bertaubat dan tidak mengulangi.” (Zubdathul Wa’izhin)






Diriwayatkan, bahawa Nabi saw bersabda : “Barangsiapa berpuasa tiga dari permulaan Syaaban dan tiga hari di pertengahan Syaaban dan tiga hari di akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya, pahala seperti pahala 70 Nabi, dan seperti orang-orang yang beribadah kepada Allah swt selama 70 tahun dan apabila dia mati di tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid.”
Nabi saw bersabda : “Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah dan berbuat ketaatan kepada-Nya serta menahan diri dari segala perbuatan maksiat, maka Allah swt mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam satu tahun itu dari segala macam bencana dan dari macam-macam penyakit.”
Jadi mari sama-sama kita  mengambil kesempatan kelebihan bulan Syaaban khususnya pada malam tersebut untuk membanyakkan amalan. Bertahajjud,membaca Al Quran,berzikir,memberi sedekah dan sebagainya.Sebenarnya kita digalakkan berdoa apa sahaja pada perkara-perkara yang baik pada malam tersebut. InsyaAllah.

 

Friday, July 15, 2011

NURUL SYUHADA~TV3 - SELAMAT PENGANTIN BARU

latest hari ni  16 July dah selamat nikah. Tahniah!
Gambar Nikah - kredit to Chelita Cari.com
 Minggu ni pon ramai yg dirikan mesjid.. ialah lagi 2 minggu dah masuk bulan Ramadan kan.
& Utk IKAS & Partner yg bakal bernikah this evenng...all d' best! Good luck! Jgn Gabrahh hehehe & TAHNIAH.. esok we all dtg merenjis renjis yaaa... Insyaallah.
Untuk Photo above tadek kena mengena dgn cerita my fren Ikas tapi atas tu photo Pre-Wedding si Nurul Syuhadah..presenter TV3 tu.. minggu ni dia langsong... tahniah juga! memula Fit3...Nurul...pas nurul Elly la pulak ya ! ;-) 
PHOTO PRE-WEDDING

(Video Pre-Wed)


 Pengacara Majalah Tiga, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin, 27, bakal   mendirikan rumah tangga dengan seorang pegawai bank (rasanya weekn ni). Nurul menjelaskan, lelaki yang dimaksudkan ialah Raja Amir Raja Azwa,29, yang dikenalinya sejak dua tahun lalu.
Raja Amir Raja Azwa, 29, berasal dari Sri Hartamas,  Pegawai bank HSBC Amanah bertubuh tinggi itu berdarah kacukan Melayu dan Australia di sebelah ibu.

& selamat pengantin baru juga utk all readers or bloggers yg mendirikan masjid minggu n ya!
Semoga berkekalan ke akhir hayat. Insyaallah.
credit photo : AhPek -Cari.com

Thursday, July 14, 2011

TAK ADO SALERO..TEKAK SAKIT .. NAK MAKAN APER

tak tau nak makan apa .. jalan sini sana bau durian jee... auwwww terus sesak dada...
selsema... sempot..batuk..mmg package terbaik waktu2 jerubu ni.. nak makan apa serba tak kena..silap sikit nanti haaaa...batok tak henti2..sampai sakit kepala perut pinggang semua... lepas tu...sempot..adoy...tak tahan!
Nasib baik Chic' Porridge & Lemon Honey Tea ni sedappp gilerr!! leh layan tekak yg meragam ni ;-)

my honey lemon tea... hotz!!



Kualiti Udara & Jerubu & Sempot!


Pencemaran udara dalam rumah merupakan pencemaran udara dalam ruangan yang tertutup dan disebabkan oleh pembebasan gas-gas seperti formaldehid, raksa dan plumbum yang dibebaskan oleh barang-barang penggunaan rumah dan aktiviti yang dilakukan di rumah.
Drp:
Mohd Faizal, Pensyarah Matematik, Kolej Profesional Mara Bandar Penawar


Dah seminggu ni Klang Valley & few area kat M'sia ni diselaputi jerubu. Lemas aku! Memang alah betul ngan jerubu ni.. every now & then ada jerebu ni.. Seingat-ingat aku laaa masa aku kecik2 dulu tak ada pon masalah jerebu ni.. hadoy... so dah seminggu gak la aku sempot! dada sempit! keluar salah dok dalam umah salah.. dapat MC 2 hari...ubat...dah naik malas nak makan ubat..makan ubat badan jadi lagi lemah..ngantok jaaa... sakit2 badan lak jadi nya... rasa tak 'bebas' nak bernafas...camner tu...

& this morning... dlm slot MHI TV3.. i donno siapa yg depa invite..but this guy talk about  Kualiti Udara Dalaman. Selamatkah tahap kualiti udara dalam rumah anda?
Antara info yg dia bagi... POTPURI...dgn bau bauan artifiknya yg harum ... as pic above... rupanya antara penyumbang 'jerubu' dlm rumah or premis... so hati - hati ya!! Nak letak potpuri boleh tapi jgn lah banyak...lebih baik letak bunga2 or tumbuhan yg asli..pandan kee... ros ker...
arh....batuk ni menjadi semula...

Monday, July 11, 2011

KARIPAP SARDIN

Karipap sadin ni sama aja cam karipap lain cuma bentuknya aja dibulatkan. Memang jadi fav.
Kalau ikut resepi doh dibawah mmg karipap ni akan lembut sepanjang hari (ada doh jenis yg bila dah sejuk liat). Alhamdulillah mmg G sentiasa pakai doh spt dibawah utk buat karipap..tak kira la apa inti pon..


RESEPI
(kulit)

500g tepung gandum (g guna BlueKey)
160ml air
120g Marjerin (g guna Puteri)

CARA:
Uli tepung dengan marjerin...sebatikan...
(Biar adunan jadi mcm breadcrum..peroi2 gitew ya)
kemudian campurkan air..tapi jgn curah semua...letak sikit sikit hingga doh sebati..
Uli hingga sebati dan rehatkan.

(Inti)
Macam buat sambal sardin (g guna sardin KING)
- tambah sedikit kentang yg didadu & bawang hiris

Friday, July 1, 2011

SAYOR GORENG NYAI

Whoaps... SAYor Goreng Nyai... alahai ini sebenarnya Sayur Goreng Jawa...dimasak oleh nyai (panggilan utk mak kita...hehehe semua panggil mak Nyai'..glemerrh !!)

Eermm last week baru bikin dalam sekilo utk makan2 rumah abah tapi mmg kali ni balas lagi sebab tuari bikin tak letak petai...luperrrrr...padahal malam tu pegi pasar chow kit belambak2 tengok org jual petai..tak teragak pon nak beli.. so..kali ni buat tak banyak..lam 1/2 kilo kcg jer... n petai... 4 papan.. RM4.00 ..kecik2 lak tu...mahai dah ...
Takpe lah..pakai sikit jee buat syarat ader petai...

Sayor goreng ni sajer masak utk dibawa ke opis...sajeee..makan2 hari jemahat... makan ngan nasik leh..ratah2 pon leh... tapi klu ada makan2...kenduri ke royo kee..ini lah antara lauk WAJIB Tayang kitorunk! uhuks... resepi...nanti sat aaaa... ;-)

RESEPI:
BAHAN:
Kacang Panjang/Buncis – ½ kilo – (basuh & goreng sekejap)
Cili Merah
Tempeh – 2 ke 3 keping
Tahu – 2 keping
Udang -
( sker ati nk banyk ke sket )
Soon -
( sker ati nk banyk ke sket )
Tahu Kering - ( sker ati nk banyk ke sket )
Serai – 1 btg (potong tumbuk halus)
Petai -
( sker ati nk banyk ke sket )
Belacan (besar ibu jari campor asam jawa sket)
Gula sesedap rasa
Garam sesedap rasa
Bawang putih - 3 ulas
Bawang besar  - 1 labu
santan pekat – ½ bj klopo
CARA:
1.  Tumis Bawang,cili,serai dgn 1 sudu besar minyak.
2.  Dah kering masukkan semua yg lain.
3.  Masuk santan
4.  Biar mendidih...masuk gula ,garam.
5.  Masukkan kacang. Kacau kacau
6.  Tunggu mendidih.
7.  Siap.
(amaran ni resepi nyai..so dia main blasah je tadek sukat maner nyee.. sesedap ayor tangan yee..)

Wednesday, June 29, 2011

Red Velvet for SAra


 Kek  Baldu Merah @ Red Velvet .. dari Yus utk SARA... Happy Birthday SARA...may all ya' dreamz cms thruuu :-) zaZZZZ... Hope both of ya' special the gal of the day lovs it. & njoy  ya dayz...\\

Tuesday, June 28, 2011

BLUEBERRY CHEESE TARTLET

Ini tempahan khas dari adik manis yg tgh hotz dgn jamu2 dia... later on my n3 special about her jamu... legacy tu.. turun temurun keluarga... so far mmg jamu dia OK! :-)
Leh lega laa segala lengoh sendi bagai... well those Jamu's full version will be comin' up soon.. for today...as usual ..mana aku tak pernah bz..so kamek haplod gambar dulu jaaa... senang nanti kamek letak resep nya ya
org yg nempah tart ni mmg lawo... cam artis gitew... dia mmg sker makan BCT ni..fav katanya..tapi cam dia klu makan cheese bekilo pon sik ada apa prublem...jamu dia ada...leh kasi balance semuaa in shap ..kikiki... thx Lana... 

Thursday, June 23, 2011

Cuppies Blueberry Cheese - Choco &Blueberry&Strawberry


This is actually Japanese Cotton Cheese Cake..tapi instead of using normal pan , lugie letak dalam bekas cupies or paper cup... & kita boleh dressing dia ikut pelbagai perasa. Amat sesuai utk majlis2 chitchat or kenduri kendara..paling digemari kanak2 ;-)

Resepi

  • 250g cream cheese
  • 50g butter
  • 100 ml susu segar (fresh milk)
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sdb jus lemon
  • 1/4 sdk garam ( saya tak letak garam )
  • 60g tepung kek / tepung superfine
  • 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
  • Bahan B:
  • 140g gula (granulated sugar)
  • 6 biji putih telur
  • 3/4 sdk jus lemon
  • 1tbs cream of tartar (krim ni utk kasi telur putih kembang elok bila dipukul..dan memaximumkan jumlah udara terperangkap didlmnya bila dicampur dgn adunan tepung)
Note: Krim tartar dihasilkan daripada asid tartarik dan tentunya ia bersifat asid.

Cara-cara

  1. Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj).
  2. Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
  3. Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.
    * (untuk cuppies hanya tuangkan adunan dalam paperliner. Kemudian letakkan paperliner ke dalam cuppies alluminium )
  4.  Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C /
      325 degrees F. Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer.
      Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn
     aluminunium foil (ni double protection agar air xmasuk esp springfoam pan, ).
     Then, letak tin  kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang
     pembakar, preferably  ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler,
      tu aje). * (untuk cuppies lagi senang..letakkan cuppies tadi terus atas dulang yg
     dah berisi air - bakar utk 20-22min sahaja)
Biasanya serbuk ini dicampurkan dalam telur putih bagi membuat meringue. Ianya digunakan untuk membuat kek sifon atau membuat kek keju bakar. (info dari : Resepi Noraini)

Kek Coklat Lembap








FISHING TIME ~ Baked Fruit Cake


Fishing Time ... Request fr  a fren .. bikin satu kek ya... utk my fren yg gila mancing taw..  :-)
so this is it! Hope that lucky guy sukaaa dgn kek ni selain dari joran2 & ikan2 dia..


 its actually fruit kek..yes fruit kek biasa jee... i made it in 8" pan.. bakar seperti biasa
& hias dgn buttercream ikut firasat kaki pancing..hehehe tapi itu mamat baju kaler pink di bikin dgn sugar paste... blasah je macam main2 ngan tanah liat tu... 

Resepi:-
500 gm buahan campuran ( basuh & tos kering )
250 gm mentega
250 gm gula perang
250 gm tepung kek - Ayak
1 st serbuk penaik - Ayak
1 st rempah campuran - Ayak
4 biji telur gred A
2 sudu makan parutan kulit oren
secubit garam

* Griskan acuan 8" or 9". Lapik dgn kertas serap minyak. Panaskan oven 180C.
* Satukan mentega, gula perang dan garam dalam mangkuk adunan. Pukul hingga
kembang about 5 -7 minit cukup.
* Masukkan telur satu persatu sambil pukul dgn speed sederhana
hingga sebati.
* Masukkan buah-buahan dan kulit oren ke dalam adunan mentega tadi & gaul
manual dgn senduk kayu sampai sebati. (Jgn kacau kuat2 yeee nanti buahnya jatoh)
* Masukkan Bahan yg diayak sedikit-sedikit sambil dikacau sebati..kacau pelan2 jer..
* Tuang adunan dalam bekas 8" atau 9" dan bakar selama 1 - 1 1/12 jam pd suhu 180C.


Notes:
- Jika kek masih belum masak setelah 1 jam, ambil alimunium foil & tutup permukaan
acuan.Bakar semula selama 15 - 30minit. Ini supaya permukaan kek tak hangoos..

 

Wednesday, June 22, 2011

Choco Chilled Cheese Cake

... macam biasalah ..fav of d' fav is my chilled cheese cake.. kali ni choclate cheese pesanan pelanggan setia cik puan puteri asnita... thanx tuan puteri.. terus menjadi pelanggan  setia awok..
nak try bake sendiri... silakan ..leh rujuk resepi di bawah..its fun n easy.. \;-)
Resepi ni dpt somewhere thru d' net.. not sure origin nya... but it wuz 1st translated fr. d' chinese blog.. well try it..n u gonna lovs it..


Chilled Chocolate Cheesecake(8" cake pan)

Ingredients for the base:
Crumbs from 10 pieces of digestive biscuits
50g melted butter

Ingredients for the filling:
260g cream cheese
130g dark chocolate
100ml whipping cream
275ml whipping cream (whipped)
1 tbsp gelatin (+ 2½ tbsp water)
70g sugar

Double boil chocolate with 100g cream. Dissolve gelatin with water using double boil method. Beat cheese with sugar until creamy. Add gelatin to chocolate. Make sure chocolate is cooled, add into cheese. Mix well. Whip 275ml cream & add to cheese. Mix well. Pour mixture onto biscuit base. Refrigerate for at least 2 hours before serving.

Note: Castor sugar adjust according to the type/brand of dark chocolate used

Tuesday, June 21, 2011

Purple is my Color ~ Selamat Pengantin Baru Adeq Hany

spashly bake utk Adeq Hany - si pengantin baru @ rakan FB .. katanya nak cake ada patung..nak kek empat segi.. & color purple...well dats my color honey!! so..alhamdulillah she loved it! thanks honey! sudi order walaupun kita sebelum ni tak pernah kenal ya... & selamat pengantin baru semoga bahagia ke anak cucu ya!

& pada hari yg sama .. tetangga jiran sebelahan rumah pun meraikan kenduri kawin anak yang terbongsu..so sebagai door gift utk tetamu ... sempat la depa order door gift @ fruit cake ni... terima kasih tak terhingga utk cik mar sekeluarga... maiza sekeluarga & tak lupa pd pengantin baru...wahida & hubby... selamat melayari bahtera yaaa...

PAU KARI AYAM - bayekk punya!


Pau Ayam Inti Kari Daging ... bayeek punya... homemade... makan 1 nak dua..makan 2 nak tiga..makan 3 nak apa lagi... dah dok diam diam... ;-)
kukus n makan semasa panas... ermmm... kenyanggg...

yang ini ready utk di sejuk bekukan...

DOT DOT DOT ... apam cute!

Apam ni mmg cute & memang sedap & senang nak ngap.. cumel gitew...
sapa2 yg mulot lebor dua tiga bijik boleh sekali ngap! lichin!

resepi sgt ringkas & nak buat pun sgt mudah... rajin ngan tak rajin jer kan...

corak or color itu ikot hati laa...ikot ya creativity lar... lu suka terang lu tarok color terang lor..tapi jgn letak water color sudehh...matiiiii!!! :-) okey enjoy d' recepy..

Resepi
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling secukupnya
  • Pewarna ikut suka
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan inti **
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Guna api sederhana. Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah/mekar



Happy Fathers Day ... Chilled Strawberry Cheese Cake

strawberry chilled cheese cake
Semenjak dua menjak ni mmg x berapa nak sempat update blog. Asik duduk dapur jerr..chewaaah... neway syukur alhamdulillah diberi Allah kesihatan yang baik & rezeki2 dari NYA yg tak dijangka...
Lama tak update blog.... selain dari masa yg tak menentu... lugie juga 'berkabung' seketika utk seorg saudara yg kehilangan anak2nya baru2 ni... Insyaallah jika ada keizinan akan dibuat n3 khas buat mereka semua ... & untuk 'comeback' kali ini.. sesuatu yg khas buat semua yg bergelar atau bakal bergelar BAPA ... Walid.. AYah... Abah..Papa..Daddy... Babah... apa sahaja gelaran khas buat insan yg semestinya didepan' setiap keluarga! jadilah yg terbaik & usahakan utk yg terbaik! InsyaAllah!


So to all daddiess but not sugar dadddy haaa... jom kita suapkan dgn
Strawberry Chilled Cheese Cake ni...makan pelan2 yeee....

kalau rajin leh try buat sendiri..ikot je resepi di bawah..simple n nice... :-)


Resepi:-\

200 gram biskut marie / or sebiji sponge cake size 8"
100 gram mentega, dicairkan
250 gram cream cheese
60 gram gula halus
4-5 biji strawberry (hancurkan )
1 1/2 camca besar gelatin halal (mat guna jenama "NUR")
125 ml air suam
200 ml whipping cream, disejukkan (1 kotak kecil)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Biskut marie dihancurkan (guna food processor), kemudian masukkan mentega cair sedikit demi sedikit sehingga mandapat bancuhan yang boleh dikepal. Masukkan dalam tin springform berukuran 8 inci (20 cm) dan tekan padat2. Sejukkan dalam freezer.
  2. Putar cream cheese dengan gula halus hingga berkrim, masukkan oren tadi, putar rata. Dalam bekas lain, putar whipping cream hingga kembang, kemudian masukkan ke dalam bancuhan keju tadi. Gaul rata menggunakan spatula. Ketepikan.
  3. Gelatin halal di bancuh bersama air suam, kacau hingga larut dan kelihatan jernih. Tuang ke dalam adunan cheese tadi, kacau rata dan masukkan strawberry hancur tadi dan gaul rata. Tuang dalam tin yang disejukkan dalam freezer tadi, ratakan.
  4. Simpan semula tapi kali ni dalam peti sejuk selama 3 - 4 jam atau hingga keras. Keluarkan dari tin, hias atas nya ikut citarasa ya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICK CLICK CLICK