Click Click NOW

Monday, February 21, 2011

8 Kesalahan wanita ketika bertudung ~ MIDNITE BEBEL

'Merayap' malam2 ni terjumpa lak gambar TokTi yg latest ... 
Cantik..sopan..manissss je ... tak macam selalu ada 'jambol' hehehe..
So utk N3 kali ni... rasa mungkin ramai yang dah tahu...saja nak letak kat blog sendiri...untuk peringatan pada diri sendiri jugak!


 
8 KESALAHAN WANITA KETIKA BERTUDUNG

Terdapat kira – kira 13 aurat wanita yang perlu dijaga dan salah satunya adalah dengan memakai tudung.
KESALAHAN PERTAMA :Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
SALAH... cuba tanya pakcik google apa aurat2 yg lain!!!

KESALAHAN KEDUA :Bertudung tetapi ber˜T-Shirt’ berlengan pendek.
Dah jadi kebiasaan...
....( aku slalu gak  ni... kena berubah ni!!!)...


KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
Ada yang belah depan...ada yang belah belakang.... Pernah kawan yg agama lain tanya ..."U..mmg u ols boleh ya pakai macam ni....".


KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.
ermmmmm...belambak lambak.... tudung tu...umpama fesyen jeee...
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
Oh..ini fesyen Artis ... Datin2...Datok2....Pn.sri2....KANNN!!!

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
Sedih... ramai rakan sekerja lugie amalkan konsep ni....semoga mereka tahu tujuan sebenar memakai tudung sebelum terlambat....

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
Dah jadi trend sekarang. Dulu tak macam ni, sekarang kalau pegi je mana – mana, mesti pemakai tudung akan tarik tudung tu ke belakang. Apa tujuan bertudung tu ek?
Antara sebab memakai tudung adalah utk tutup Dado tuuu dek..kak...chikkk...


KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
Ya, ini satu lagi orang cakap FESEYEN. Trend bertudung macam Yuna tu dah menjadi kegilaan ramai dengan pelbagai jenis kain tudung yang telah berada di pasaran. Dah la kain chiffon yang dipakai tu nipis gila, nampak habis jambul – jambul di kepala dan juga ada yang jarang tu, telinga dengan tengok pon nampak sah – sah. Apa kes bertudung macam tu?
Nak berfesyen, fesyenlah sampai lebam. Tak ada sapa nak halang, tapi ingat juga kita ada garis panduan dalam agama. Ok?

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :
“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR.” (an-Nur: 31)
Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ‘juyub’ kata jama’ (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim:
“Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mau menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.”
Sumber artikel ...tak passti...tapi pakcik gugel carikan...

Memang lah kubur masing - masing kan... " anda buat anda dapat" 
 sekadar memesan & ingatkan terutamanya utk diri sendiri...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICK CLICK CLICK