Click Click NOW

Tuesday, February 22, 2011

THE NEW SUPERMAN



 

 

 


model perfume dunhill...hawttt!
 


BURBANK: Studio pengeluar filem Warner Bros. Pictures dan Legendary Pictures mengumumkan aktor British, Henry Cavill sebagai penggalas watak duo Clark Kent/Superman untuk francais terbaru filem adiwira itu.

Pengarah yang bakal mengarahkan filem itu Zack Snyder berkata: "Dalam sejarah pelbagai watak adiwira, Superman adalah ikon hero yang paling popular dan dihormati. Saya sangat berterima kasih di atas kepercayaan untuk mengarahkan filem ini."

Tambah Snyder yang turut terlibat dengan Warner Bros., Legendary dan pihak penerbit dalam pemilihan Cavill sebagai Superman: "Proses pemilihan Cavill untuk watak itu sangat mengujakan. Dia adalah calon paling sesuai untuk menyarung kostum berhuruf 'S' itu."
Filem yang ditulis oleh David S. Goyer dan Christopher Nolan itu bakal diterbitkan oleh Charles Roven, Emma Thomas, Christopher Nolan dan Deborah Snyder.
Sementara itu, Cavill baru sahaja menamatkan penggambaran filem The Cold Light of Day, selain bakal muncul dalam filem Immortals pada musim luruh nanti.
Filem terbaru Superman dijangka ditayangkan di seluruh dunia pada Disember 2012.

THE TUDORS


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICK CLICK CLICK