Click Click NOW

Tuesday, February 8, 2011

Sabrina Ali Cabar Diri Selepas Enam Tahun ` - SELAK JANGAN TAK SELAK KAK!!

last..last....last for tonite...... hazabb...

Sabrina Ali Cabar Diri Selepas Enam Tahun

Oleh FERIDE HIKMET ATAK

 

HADIRNYA pemilik nama Sabrina Ali Dad Khan atau Sabrina Ali dalam industri seni sejak enam tahun lamanya pernah dipandang sepi. Tapi sejak akhir-akhir ini graf popularitinya semakin memuncak.

Baginya, diri rasa lebih selamat apabila kerjaya lakonannya meningkat satu demi satu supaya kecemerlangan itu tidak membuatkan dia tersungkur secara tiba-tiba, seperti yang dilalui oleh kebanyakan artis sekarang.

Biarlah nama Sabrina hanya menjadi buah mulut pengarah dan penerbit asalkan lakonannya bertambah baik, itu sudah cukup buatnya meneruskan kehidupan sebagai anak seni.

Kesediaannya memenuhi undangan sesi fotografi bersama Mingguan mStar di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur ternyata menampakkan dia seorang pelakon yang merendah diri.

“Kalau nak ikutkan, saya memang tidak gemarkan sesi fotografi. Bukan berlagak, cuma malu dan tak mahu diri saya terlalu didedahkan,” selorohnya sambil menjamah roti croissant bersama minuman coklat panas sementara menunggu kemunculan jurusolek, Chomel.

Kata Sabrina, sepanjang enam tahun bergelar pelakon, dia gembira dengan pencapaian lakonannya tidak dibantu oleh publisiti semata-mata.

Justeru itu, ramai yang mengenalinya menerusi watak yang dilakonkan dan penonton hanya tertanya-tanya siapakah gerangan wanita yang memegang sesebuah watak itu.

Malah, apabila tersebar isu cerainya dengan Shahrin Abdul Halim, pada Mei tahun lalu, kontroversi tersebut tidaklah terlalu besar sehingga mampu menjejaskan kariernya.

Bagaimanapun, sejak membawa watak Ana dalam filem Khurafat, lakonan ibu beranak satu ini benar-benar meninggalkan kesan.

Penerimaan tawaran oleh sepupunya, Syamsul Yusof, menjayakan filem seram itu memberi impak yang besar kepadanya dan graf populariti Sabrina yang sebelum ini hanya mendatar, mula memuncak.

Malah, tidak salah rasanya untuk mengatakan bahawa Sabrina berjaya menonjolkan diri dalam filem tersebut berbanding pelakon-pelakon lain walaupun bukan membawakan watak utama.

“Mungkin inilah masanya populariti datang sendiri kerana hasil lakonan yang saya lakukan. Lantas, menerusi Khurafat, saya lebih dikenali kerana watak yang dilakonkan.

“Sesetengah orang menganggap enam tahun adalah satu tempoh yang agak lama untuk popular, tapi saya tak kisah. Memang kalau boleh saya mahu orang kenal saya melalui bakat lakonan yang ada.

“Biarlah selama sepuluh tahun sekalipun kena tunggu untuk dikenali, demi minat yang mendalam dalam lakonan, saya selesa merendah diri tanpa sebarang publisiti. Populariti boleh datang kemudian setelah kita sukses dengan bidang yang diceburi,” tegasnya.

Mahu watak lesbian

Sebagai seorang pelakon, Sabrina gemar mencabar dirinya dalam setiap watak yang diberikan. Justeru sepanjang berkecimpung dalam dunia lakonan, Sabrina mengaku, dirinya seorang yang suka memilih.

Mengakui banyak lagi perkara yang perlu dipelajari tentang dunia lakonan, Sabrina mahu seboleh-bolehnya ingin mempelbagaikan watak agar penonton tidak bosan dengan watak yang skeptikal sahaja.

“Saya merupakan seorang yang sukakan pembaharuan dan cabaran. Kalau nak tahu, idola saya adalah seorang pelakon lelaki iaitu Johnny Depp kerana watak lakonannya yang sentiasa pelik.

“Begitu juga dengan saya yang mahu watak-watak pelik dan unik. Mungkin orang tidak suka dengan apa yang saya mahu, tapi kalau boleh saya teringin melakonkan watak lesbian seperti filem Gia yang dilakonkan oleh Angelina Jolie.

“Saya tak kisah biarpun diberi watak tambahan. Paling penting, lakonan saya menyerlah. Saya tidak mahu berlakon secara tangkap muat saja, sebaliknya biarlah diberikan satu atau dua babak asalkan penonton mengingati lakonan saya,” tuturnya.

Dalam pada itu, kini anak kacukan Melayu - Pakistan ini mula menjinakkan diri dalam bidang penerbitan filem dan drama memandangkan sebelum ini dia pernah menghasilkan sebuah drama berjudul Dakkolin Dakkosi, di bawah syarikatnya, Amaze Pictures.

Namun, apabila ingin mencuba bidang penerbitan pula, ramai penerbit seperti was-was menawarkannya berlakon kerana menganggap Sabrina mungkin akan sibuk dengan lakonan di bawah terbitan syarikatnya sendiri.

“Sekarang ini memang saya mula belajar penerbitan. Bagi saya, sebagai seorang pelakon, kita bukan sahaja perlu tahu tentang selok-belok lakonan, tetapi juga di belakang tabir seperti cara penerbitan, pengarahan, penggunaan kamera, lampu dan penyuntingan.

“Alhamdulillah, pakcik saya (Datuk Yusof Haslam) banyak mengajar saya berdasarkan pengalaman yang dia lalui.

“Bagaimanapun, entah kenapa, bila orang dapat tahu saya mula menjadi penerbit, tawaran lakonan akan berkurangan. Mereka menganggap bahawa saya akan berlakon dalam terbitan drama saya sendiri.

“Bagi saya, kita perlu profesional, tidak kiralah sama ada saya menjadi penerbit drama atau tidak,” katanya yang gemar meluangkan masa menonton filem-filem terbaru tempatan dan antarabangsa di panggung wayang.

Kuat selepas cerai

Bergelar seorang ibu tunggal bukanlah mudah seperti disangka. Entah kenapa, apabila seorang wanita telah bercerai, terdapat satu persepsi negatif yang pasti dipandang serong oleh segelintir masyarakat.

Namun, hal tersebut langsung tidak diendahkan pelakon ini kerana ibunya, Zaitun Haslam, banyak membantu Sabrina berfikir sebelum membuat keputusan cerai.

“Ibu dan ayah saya dah cerai lama, jadi pengalaman yang dilaluinya dijadikan iktibar kepada saya. Alhamdulillah ibu dah mengajar saya untuk berdikari dan kuat sejak kecil lagi.

“Siap dia kata, ‘kalau tak kuat, tak payah jadi perempuan’. Memang ketika melalui fasa ketika masalah rumah tangga, saya meminta pelbagai nasihat sebelum membuat keputusan.

“Dia juga ada berkata, tidak perlu bertahan disebabkan anak kerana ia akan memakan diri kita kelak. Syukur, saya kuat kerana panduan yang diberikan ibu,” katanya.

Dalam pada itu, Sabrina kini meneruskan kehidupannya tanpa perlu memandang ke belakang.

Malah pelakon ini turut mengakui bahawa hatinya kini sudah pun dimiliki oleh seorang pemuda yang berasal daripada Raub, Pahang dan sudah bersedia untuk menjadi isteri semula jika dijodohkan dengan lelaki tersebut.

Bagaimanapun, buat masa ini, Sabrina masih belum bersedia untuk menunjukkan kekasihnya kepada umum.

“Insya-Allah, jika semua perancangan berjalan dengan lancar, kami akan berkahwin pada tahun ini.

“Saya mengenalinya pada satu majlis hari jadi kakak angkat saya dan setakat ini, kami serasi bersama. Dia juga menerima anak saya, Ariyana, seadanya,” akhirinya.

Foto RAYMOND OOI Pakaian KHAIRI SUFI(017-3705116/www.khairi-sufi.com)Solekan CHOMEL(012-6841591)Lokasi PAVILION


-mstar online-
 
--- dari sumber :- nak watak lesbian. aduhai dr sekolah rendah dulu dia ni tingin nak jadi lelaki siap suka gan kwn sendiri. (oopsss!)
 
/... SEKSANYERR....

2 comments:

azwa_amani said...

errmm...

mudahinggeris said...

selak kain biar smpai tercabut terus..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICK CLICK CLICK