BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
[1] Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,
[2] Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,
[3] Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); “Apa yang sudah terjadi kepada bumi?”
[4] Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:
[5] Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).
[6] Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) – untuk

diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
[7] Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat

amalnya)!
[8] Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat

MUQADDIMAH SURAH AL-ZALZALAH
Surah ini diturunkan di Madinah, mengandungi 8 ayat. Dinamakan surah "Al-Zalzalah" (Gegaran), kerana pada awal surah ini, Allah Taala menegaskan: Bahawa bumi pada hari kiamatQakan digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat- dahsyatnya.
Intisari kandungannya: Kerapkali orang-orang kafir yang menentang Nabi Muhamamd (s.a.w.) bertanya kepada Baginda secara mengejek-ejek: Bilakah datangnya hari kiamat yang dijanjikan itu? Bagi menjawabnya, Allah Taala menegaskan: Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang dahsyat, sehingga terbongkar segala isinya yang terpendam, maka pada saat itu umat manusia yang menyaksikan peristiwa itu akan bertanya sesama sendiri dengan cemas takut: Apa sudah jadi? Apa sebabnya berlaku demikian?
Kemudian Allah Taala menerangkan lagi tentang peristiwa-peristiwa yang terjadi selepas itu: "Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing), untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. Maka sesiapa yang berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa yang berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!"
Kandungan surah ini memberi galakan supaya kita jangan meninggalkan amal-amal yang baik sekalipun sedikit, dan juga mengingatkan kita supaya menjauhi sebarang maksiat walau yang sekecil- kecilnya.

No comments:
Post a Comment