Click Click NOW

Wednesday, March 16, 2011

MY 1ST RED VELVET ;-)

yeah....
bersengkang mata malam tadi bikin si Baldu Merah ni ...
taraaaaa... my very 1st RV ... alhamdulillah sedddap ;-) walaupun tak cantik mana..
next time nak 'mekap' dia cantik-cantik..


potong sket utk kengkawan office ;-) ... yummy they luv it!




rupa paras sebelom di potong....
walaupun tak berapa puas hati sebab lapisan cheese dia kurang ... tapi for 1st try .. kira malathop lar...dah abis licin!
Next time i'll put more cheese & nak try guna gula icing plak..kasi keras skeet...


RESEPI RED VELVET CAKEjoy of baking

Bahan-bahan
Bahan Kek

  • 250g tepung kek *
  • 1/2 sk garam *
  • 15g @ 2 sudu besar serbuk koko * (bahan * ayak)
  • 113g @ 1/2 cawan butter
  • 200g gula kastor - resepi asal 300g
  • 2 biji telur gred A - 3 biji utk size M
  • 1sk esen vanila
  • 240ml @ 1 cawan buttermilk
  • 2sm or 4sm pewarna merah
  • 1 sk cuka @ leh ganti dgn jus lemon
  • 1 sk soda bikarbonat
Cream Cheese Frosting
  • 227g cream cheese
  • 227 mascarpone - G ganti cream cheese jer
  • 115g @ 1 cawan gula kastor ( boleh guna icing sugar - lebih keras )
  • 360ml @ 11/2cawan whipping cream
  • sedikit susu segar utk frosting yg agak lembut
Cara-cara
  • BUTTERMILK - Satukan 1cwn susu segar + 1 sudu makan cuka atau jus lemon atau cream of tar tar dgn sukatan yg sama. Biarkan sebentar dalam 10-15min sehingga susu jadi agak pekat.Panaskan oven suhu 170darjah celcius. Sapu loyang dengan butter.
  • Pada bekas lain, satukan gula dan butter. Pukul hingga lembut lebih kurang 1-2minit.
  • Masuk telur satu persatu & putar hingga kembang
  • Warnakan Buttermilk tadi  dengan pewarna merah dan kacau sebati
  • Kurangkan kelajuan mixer, masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk sebanyak 3 kali. (tepung,buttermilk,tepung,buttermilk,tepung)
  • Bekas kecil, bancuh soda bikarbonat dan  cuka or jus lemon hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan sebatikan. 
  • Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40min atau sehingga masak. Cucuk lidi dahulu untuk memastikan kek masak. Jika bersih tandanya sudah masak.
  • Sejukkan dan bahagi kpd 3 atau 4 bahagian.
  • Penyediaan  cream cheese frosting. Satukan creamcheese dan mascarpone cheese dan putar sehingga smooth. Masukkan  gula dan juga esen dan terus memukul hingga smooth lagi. Sapukan setiap lapisan kek dan hias ikut suka.
  • Sejukkan dalam peti ais..lebih lama lebih umpph..Potong dan hidangkan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICK CLICK CLICK