LABU.
Tak pernah rasa kueh Koci Labu.
Tapi ramai cakap sedap woo...lembut woo...
so.. kita try la jugak buat.
1st time bikin.
Alhamdulillah :-) berjaya dgn jayanya
my sis in law cakap sodap! lembut! terus di tapaw pulang!
Resepi pun simple ja.
Bahan-bahan ( 20 biji )
- Untuk Pastri
- 150gm tepung pulut
- 150gm labu
Rebus labu hingga masak.
Toskan dan Lenyek2.
Gaul Labu dgn Tepung Pulot sebati.
Siap utk dikepal (18 - 19gram)
Toskan dan Lenyek2.
Gaul Labu dgn Tepung Pulot sebati.
Siap utk dikepal (18 - 19gram)
Isi Inti.
Rebus dalam air didih .
Dah timbul angkat
(macam buat kuih buah melaka)
Untuk INTInya:
sama aja dgn inti kue koci pulot hitam..
teman selesa dgn resepi inti ini ya..
INTI
400ml air
200g gula merah
300g gula putih
1 tsp garam
3 helai daun pandan
750g kelapa parut
90g tepung gandum
Masak air,gula merah, gula pasir, garam hingga larut. Camputkan daun pandan. Masak sebati. Campurkan kelapa parut. masak sebati. Akhir campurkan tepung gandum.
SANTAN
250ml santan
25ml air
secubit garam
5g tpg beras
masak semua bahan hingga pekat dan berkilat.
cara bungkosnya pon sama jeer ler..
cuba ler... kalau dapat labu yg maneh... lagi sedap...
labu koci ni... eh koci labu ni lembut je... tak
berapa liat macam koci pulot itam...