Click Click NOW

Wednesday, August 31, 2011

RENDANG AYAM PENCEN @ AYAM TUO

Menu wajib tiap kali hari besar!
Tak ada ni tak jadi royo! Sgt ngam dimakan bersama-sama ketupat, nasik impit, lamang , lontong, nasik putih or cicah ngan roti pon boleeeh :-)



RESEPI:
Ayam Tua @ Pencen - 3 ekor
Santan - 2 kilo
Kerisik - 3 peket (Rm1 or 80 sen sepeket)
Serai - 5 ikat ( 1 ikat 30 sen) - potong halus *
Halia - 4" *
Lengkuas - 4" or sebesau saiz 3 ibu kaki *
Daun Limau - 5 helai
Buah Keras - 5 biji *
kayu manis- 2 batang
Jintan Manis /Jintan Putih/Rempah biji - 1 sudu tiap satu - semua ditumbuk
Bawang Kecil - 1 cwn *
Bawang Putih - 1 buku *
Garam secukup rasa
Cili Boh - 1 bungkus (RM1.50 cap bunga ya)

1. Panaskan minyak - 1/2 cawan
2. Tumis bahan bahan blender, kayu maniis, jintan2, cili boh. Tumis hingga sebati.
3. MAasukkan air (supaya mudah kacau - jgn banyak sgt) . Kacau sebati hingga mendidih.
4. MSUKKAN  santan 1/2 kilo dulu..gaul sebati.
5. Masukkan 1/2 kilo santan lagi. Gaul sebati. Masukkan garam. Tutup Periuk . Teruskan proses yg sama hingga habis balance santan2 tadi.
6. agak - agak dah empok masukkan kerisik . Gaul sebati & rata . Boleh tambah gula 1 sudu kalau suka.
7.Masukkan asam keping 2 keping (kecil jer). Tutup periuk. Biarkan atas api sambil kacau sekali sekala.
8. Teruskan masak hingga empuk (utk ayam tua lama gak laa ikot daging dia gak..sabor yaaa).

* Sentiasa kacau rendang .Kalau biarkan nanti hangit lak..tapi bau yg hangit ni..wangiiiii... leh sampai rumah org sebelah sebelahhh sebelaaaah! :-0

Sunday, August 14, 2011

MAK NAK KUIH! ~ TART NYONYA

Tak sempat nak update blog. Sebok! :-) Kalau bulan puasa je mmg tetiber je cam bz gila...baik kat off or kat umah..
Waima camner pon sebok gila ke tapi kuih tart mesti wajib ada dlm menu kuih raya. So this year kita try lak kuih Tart Nyonya. Aha naper nama dia Tart Nyonya? Cer tanya uncle gugel ya!

Tart Nyonya ni memang sedap! Lembut & lemak jer... oikss 100% kita guna Pure Butter ya..& sudah semestinya yg HALAL ya ;-) Kita pakai Butter Anchor.  Daripada bahan ke cara nak buat semuanya mudah je.Kita ikot sebijik resepi yg KakJee bagi.
Resepi dapat dari DapurKakJee ... mmg tak rugi cuba. diulang..memang sedaap! so siapa nak cuba silalah!
 resepi kita tepek kat sini ya. Kalau nak banyak lagi resepi sedap2 gi lah rayau kat DapurKakJee tu..macam2 hadooo...cam Astrooo ;-). Selain dari resepi macam2 cerita ada kat  DapurKakJee tu.. kiranya klu x sempat beli paper ke majalah ke leh selak jelah kat dapurKakJee tu! heheh jgn marah ya k.jee.

Okeh layan resepi .. ditepek teros dari DapurKakJee

BAHAN2NYA:

(37 BIJI)

300 gms tepung gandum *
4 sudu besar tepung jagung *
3 sudu gula ising *
200 gms butter (Kjee guna Anchor - salted)
2 kuning telor

jem nenas (Kjee guna ½ kg jem nenas Bagus)



Ayak tepung gandum, tepung jagung dan gula ising ke dalam bekas. Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu. Kalau guna unsalted butter, masukkan secubit garam.


Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai (rub-in method). Kemudian masukkan telor dan satukan menjadi doh.

 
Canai jadi setengah inci dan turap guna acuan atau cutter (lihat gambar). Tapi Kjee tak turap. Leceh. Kjee buat ketul2 besar guli. Agak2 lah. Pastu penyekkan sikit sampai jadi lebih kurang stengah inci. Pastu Kjee ambil cutter, letak atas doh yang dibulatkan tadi. Ambil anaknya dan tekan

Bakarlah sampai masak iaitu kira2 25 minit. Kepanasannya kira-kira 175 darjah celcius.

Thursday, August 4, 2011

HIDAYAH ~ sEmoga mendapat hidayah di bulan Ramadhan


Nama dah baik ... cantik...
Semoga di bulan yg mulia ni Pn. Hidayah akan diberi petunjuk dari Allah..sesuai dgn nama nya ya...
Hidayah
 Tak nak cakap or komen apa2..
Sekadar meletakkan photo saja ... :-)


& Of coz' photo2 diatas berkaitan dgn photo yg ni...
Manusia tak boleh disamakan dgn sebarang binatang..
manusia adalah ciptaan terbaik & terindah oleh Allah SWT...
Janganlah ciptaanNYA disamakan seperti Monkey .
Semoga mendapat hidayah ;-)


latest ;  already closed her account.

HaFYS - Alat Pengesan DNA Babi @ MESIN UJI HALAL!

Ramai dah tau berkenaan adanya unsur DNA babi dlm produk2 harian yg kita suka/sering gunakan. Tapi taukah anda bagaimana unsur2 tak halal ni dapat dikesan?
Sekadar utk pengetahuan umum.

HAFYS - alat khas utk kesan kehadiran unsur DNA babi pd sesuatu objek.
 ‘one step, one button, one hour’

Dibangunkan Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) Universiti Putra Malaysia (UPM).
jika melihat pegawai agama atau anggota penguatkuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membawa alatan berwarna hitam seperti pembakar roti, memasuki mana-mana restoran, kilang atau kedai runcit, jangan tersalah sangka, ia bukan untuk dijual sebaliknya itulah HaFSY.

kata Pengarah IPPH, Prof Dr Yaakob Che Man, melalui penggunaan produk itu, sesiapa saja boleh menguji sesuatu produk tanpa memerlukan kelayakan dalam bidang kajian DNA.“Ustaz pun boleh buat, ia cukup mudah. Kita tak perlukan saintis untuk buat kerja pengesahan ini kerana keputusan yang diperoleh melalui alat ini tepat dan terbukti. Hanya masukkan sampel produk ke dalam alat kajian dan tunggu keputusan dalam masa sejam.  “Sesiapa saja boleh menggunakannya dan itulah matlamat ini supaya orang ramai sentiasa peka dengan produk halal atau haram dan satu daripadanya adalah melalui ujian saintifik makmal menggunakan produk HaFYS,” katanya.
Menurut Dr Yaakob, HaFYS bukan saja direka untuk mengesan unsur DNA babi dalam makanan tetapi berkesan dalam kajian terhadap pakaian, barangan kosmetik. Apa saja yang mempunyai unsur DNA babi walaupun dalam jumlah yang terlalu kecil, boleh dikesan menggunakan alat berkenaan.Setakat ini, IPPH hanya memfokuskan kepada alat pengesanan kehadiran unsur DNA babi dan kini membangunkan kaedah sama mengesan kehadiran unsur alkohol.
Info
Kaedah lain mengesan unsur haram
· Protein (ELISA)
· Lemak (Kromatografi, FTIR)
· Electric Nose
· Alkohol (GC)

Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH)
· Ditubuhkan tahun 2005 dengan nama Institut Produk Halal
· Ditukar nama kepada IPPH pada 2006
· Skop kajian:
1) Makanan
2) Pakaian
3) Kosmetik
· Produk HaFYS pernah memenangi Anugerah Harta Intelek Negara 2009.

Produk HaFYS
· Setiap mesin bernilai RM50,000
· Satu cartridge bernilai RM200
· Berat maksimum mesin: 4 kilogram
· Hampir sama dengan teknologi mengesan denggi, malaria dan influenza.
· Mempunyai primer dan probe yang pertama di dunia.

Sumber dipetik dari  : Berita Harian

 

LENGKONG SIRAP ROS AKA Agar-Agar Rose

Zaman my mom dulu-dulu... they named it 'lengkong' yaa... or sometimes sounds like 'caplengkong' .. sedap , simple, mudah & pilihan ramai. Kalau dedulu.. 'lengkong' ni menu wajib time kenduri kendara or time raya. Time dedulu tadek nye variation dlm penyediaan agar2 ni... this is the one lah yg top!
saje buat pagi tadi lepas sahur .. so ptg ni leh buat muker posher...

- lengkong dalam container plastik mudah simpan\
& bentuk rose comel mudah ngap/

Resepi spt dibawah ya anak2....
credit to si JintanManis tapi lugie kurangkan color merahnya..lite2 giteww..

BAHAN2
1/2 bungkus agar-agar stripe
3/4 cawan gula (kurangkan gula jika nak kurang manis)
800- 1000ml air
2 helai daun pandan
beberapa titik sirap ros


Caranya
1. Rendam agar-agar dalam air lebih kurang 1 jam, bertujuan supaya agar-agar senang larut apabila direbus nanti, kemudian rebus dengan 800ml air dan masukkan 1 helai daun pandan.


2. Bila agar2 dah larut, keluarkan daun pandan tadi dan masukkan gula dan sirap ros, masukkan lagi sehelai daun pandan, ros buat cara ni sbb nak menambahkan lagi aroma daun pandan tu, bila semua sudah larut curah dalam acuan ataupun loyang, setelah agak sejuk baru masukkan dalam peti ais, barulah boleh dipotong dah dimakan. Nyaman je rasanya. Selamat Mencuba.


* Resepi ni dapat dalam 5 container plastik cam gambar kat atas tu. Plus ros2 kecik dalam 6 bijik.

SAMBAL TAMPAYAK DAUN KAYU! Lagi Podeh Lagi Sodap!

Sapo tak makan poyak tak payah bacho!
Sapo tak tahan podas ... arr bacho yo lah...
:-) antara variasi sambal tempoyak yg lugie paling minat .. nilah Sambal Tempoyak Daun Kayu. Kalau dedulu kat kampong selalu dgr org2 sobhot tempoyak tu 'tampayak' :-)..
balon yo lah!!

Labih Padas Labih Sadap!
maknanya Lebih pedas lebih sedap.. mmg ye pon.. baru ade kick ! Baru lah melawan rasa durian & cili tu.. makan lak dgn nasi panas... bengkak bibir ooiiii !! ;-)
Kalau ikut resepi arwah Acik Syam kat Kolo Pilah... (ALFATIHAH UTK ARWAH)
kata beliau...selagi hado daun yg leh di makan, selagi tu la potik sesolai duo & campo-an jadi bahan sambal ni! kalau dapek 99 jonis daun hadolah yg tebayek!
nan hado nye nak dapek 99 daun kek keyell ni ....

Resepi yg ada ni kira sesedap rasa utk taste2 sekrg .. kita guna apa daun yg ada aja ya.
utk yg nak cuba..silakan ya


Sambal Tempoyak Daun Kayu
Sumber resepi: Cik Mat Gebu@Tiffinbiru.com
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak pucuk ubi, dimayang halus
1 cekak pucuk labu, dimayang halus
15 helai daun kaduk muda, dimayang halus
20 helai pucuk kacang panjang, dimayang halus ( tak letak sebab nan hado )7 helai daun kunyit, dimayang halus
3/4 cawan isi petai
5 batang serai, dihiris halus*
2 inci kunyit hidup*
4 camca besar tempoyak*
1/2 cawan cili padi*(*dikisar halus)
- kalau nak lagi pedas boleh tambah cili ya.1 cawan ikan bilis, belah dua, rendam 5 minit, toskan dan tumbuk kasar
1 1/2 cawan pati santan
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan bahan kisar halus ke dalam kuali bersama pati santan dan ikan bilis. Masak hingga mendidih.
  2. Bila kuah tadi menjadi pekat, masukkan petai dan asam gelugor, kacau rata, biar sekejap dan masukkan pula semua jenis dedaun yang telah dimayang halus, gaul rata dan tambah garam dan gula secukup rasa.
  3. Masak dengan api perlahan sambil dikacau hingga pekat dan sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Alihkan ke dalam bekas sesuai, hidangkan bersama nasi hangat....




"sambal daun gulai tempoyak
terimo kasih banyak - banyak "

Tuesday, August 2, 2011

KUIH TEPONG PELITA

Sedap...lembut ... lemak manis...
dimakan sejuk lagiii sedap...
tapi apa kena mengena kuih ni dgn pelita? kenapa namanya tepong 'pelita'?
Itu kena cari sendiri jawabnya...
tapi kalau kat perak namanya klu tak silap ...Kuih Limas...


Kuih traditional ni paling laris time bulan puasa. Memang berlambak2 org jual. Nowdays pon org nk senang isi aja dlm bekas plasti..mudah & tak sememeh. Nak buat takong daun pisang ni pon ambil masa gak.
Tapi lugie prefer lagi dgn daun pisang.... wangiii jer... nnti ada masa kita uplod pic cara nak buat takong ya! For now...ambil aja resepi ya.


Sebenarnya ada 2 cara nak buat kuih ni .. samada cara kukusan atau masak terus. Terpulang lah uols nk try ya mana ya..rasa lebih kurang je...tetap sedap!

Resepi 1
1 cwn tepong beras
1 cwn gula
5 cwn air
4 sudu besar tepung beras (utk ratakan)
1 biji kelapa jadi 4 cwn santan
4 helai pandan (blend dgn sikit air)
sedikit air kapur + garam
CARA
1. Tepong,air,gula,air pandan & air kapor bancuh sebati.
2. Perah santan dan masukkan tepung yg 4 sudu tadi beserta garam
dan kacau sebati. Ketepikan.
3. Masak Tepong beserta pandan tadi hingga kilat.
4. Masukkan ke dalam acuan.
5. Masak santan tadi hingga pekat.
6. Angkat santan dan curah pada tepong pandan tadi.
7. Sejukkan.


Resepi 2
Lapisan Bawah (A)
2 cwn tepong beras
4 - 5 cwn jus pandan (dari 7 helai pandan)
1 sudu teh air kapor
CARA
1. Panaskan kukusan
2.Gaul semua di A hingga rata & masukkan dlm jug.
3. Masukkan 1 sudu gula ke dlm tiap acuan.
4. Tuang 3/4 bancuhan A ke dalam acuan.
5. Kukus 20minit.

Lapisan Atas (B)
1 biji kelapa
1 senduk tepung beras
1/2 sudu teh garam
CARA
1. Gaul rata bahan B
2.Tuang ke dalam lapisan A yg dh masak tadi
3. Kuku hingga masak (dah tak melekit)

Credit resepi dari MyResepi
kuih ni tak tahan lama dan tidak boleh disimpan pada suhu bilik, sebaliknya perlu disimpan dalam peti sejuk agar dapat disimpan hingga 2-3 hari. Lagi sejuk lagiiiii sodap!

KUIH BOM BIJAN

Seperti biasa kuih tradisi carta terpilih utk juadah Ramadan, Kuih Bom.
Kali ni intinya kelapa manis ya. manisnyeee klaper ini.

Selain dari inti kelapa manis boleh juga inti kacang hijau. terpulang lah ikot tekak  & selera masing2 ya.


RESEPI
ubi kentang - 320g
tepung pulut - 360g
gula kastor - 150g
tepong gandom - 80g
air - 200ml
Inti - kelapa / kacang hijau
bijan utk salut

CARA
1. Rebus ubi kentang dan lecek semasa panas
2.Biarkan suam dan masukkan tepung & gula. Uli dgn air hingga lembut.
3. Ambil sedikit adunan setiap satu lebih kurang 30g & letak inti.
4. Golekkan dgn bijan.
5. Goreng & toskan.

Senang aja kan . So bolehlah cuba utk juadah berbuka ya.

Wednesday, July 27, 2011

HARIMAU VS Singa

Tak ada nk potpet bnyk. Tp nak bg tau gak.
Myself DAH DAPAT TEKET ya!!!
Detsit! Esok kol 5 gerak!!

payah tol nak dpt teket ... yg ni dpt kat stadium shah alam..klu sapa
kiu kat stadium B.Jalil...masssaak.... dari pagi kol 8 brator sampai masa
teket abis...
mana tak nye sorang beli bukan 1 or 10 keping...ada yg berpuluh2 keping...
cam dedulu rasanya ada limit sorang leh beli 6 keping kan...

Ulat pon bnyk besepah dah.. teket yg Grand Stand RM50.00 depa pakat jual RM60.00.
& ada gak Teket RM30 jual RM60.00
rasa esok bnyk ulat nak letgo.. saper yg lom dpt teket tu try la pi .


kalah menang adat permainan.
tapi ofcoz la nak menang kan!! kalau kalah pon biarlah kalah cara 'janthan' bukan kalah cara 'jejhaan' hokey!!!


“ Jangan Sesekali Memalingkan Muka Kamu Menyembah ke Bumi, Terus mendogak dagu, membuka dada kerana perjuangan kamu belum berakhir ” – Claude Le Roy


NEGARAKU
TANAH TUMPAHNYA DARAHKU!










PESANAN AWAM:
kepada sesiapa yang nak pergi tengok bola dan naik lrt, gunakanlah touch n go.
cepat sedikit dari membeli tket

pengalaman dr org yg menonton bolasepak epl liverpool, chelsea,
teramatlah azab kalau membeli tiket di kaunter terutamanya di stesen masjid jamek. tempat pertukaran putra dan star, line panjanggg kang ader yg pengsan.
Ini adalah Pesanan Awam.

cikgu suka main bola..hari hari cikgu main bola... :-)

"cikgu suka main bola..hari hari cikgu main bola...cikgu sudah tido..
                                                                             mari kita mainn !! !!!

JOM TENGOK BOLA MALAYSIA VS SINGAPORE !!!
esok ya di stadium bukit jalil...
myself dah dapat tiket ya...jgn jelllesss...

ni ker dia aweks baru 'apeks'? credit gambo : CARI.com.my
Woit! pehal atas citer bola tetiba interprem gambar aweks!.
so..niari kita gossip sket ya... masak2 makan2..nanti dulu yerr...
Dikatakan si 'Apek' @ Khairul Fahmi @ keeper HM tu cam ada masalah 'rumahtgga'..
kekdah nye dia dah bertunang yaa tapi dikesan berlaku cureng dgn tunangnya..sudah ada awek baru... :-) ... jangan sebab masalah peribody ni prestasi dia merundum laks ya!
nk jengok blog dia ..ni ha...  JEJARIRUNCING

apa punca masalah depa ...well tak tau la kan.. tapi lar ni dok hangat lar.. tapi cik adik tunang si apek ni pon 'over' sket cerita hal2 peribadi dlm blog dia..mayb...kalau lelaki..ada yg rimas kot org pukul2 canang camtu...tak tau lah...
sapa larat mentelaah blog tunang si apek tu..ha baca laa... link ada kt gambor atas...

gambar hari sekitar hari pertunangan apek
 Apa-apa pun harap ini sekadar dugaan dialam pertunangan. Semoga hubungan apek & si jariruncing berkekalan seperti yg diimpikan. kita doa yg baik2 utk mereka . Jika sebaliknya berlaku.. terimalah ia sebagai Qada' & Qadar dari DIA. Dia lebih Maha Mengetahui yg terbaik utk kita. INsyaAllah.  & kpd Apek.... ingat esok tolak tepi semua hal2 semonel neh.. FOKUS!! FOKUSS!!! FOKUSS!!


jgn sok uncle ni yg jd keeper lak ekekeke


Tuesday, July 26, 2011

NURUL SYUHADA Wed ~ TV3 upDate Photo Hari Besar!

ok kita update photo wedding si Nurul Syuhada ya..
 tak perlu kata @ tulis apa-apa...layan photo jek.

credit photo : OhBulan & CARI









Monday, July 25, 2011

OH LASAGNA ... OH Lazatnya....


Selain dari 'bukak class kek' chewah... sempat gak bake Lasagna beef ni.. simple jerk.\
HaRI ni my Kak Siti nak balik kolej..so masak special sket...
gonna miss her for nother wikss..

dapat rasa sana sikit sini sikit...huhuhu everybody loved it! Adik cakap "mak leh bikin slalu meh"..."mak raya masak bende ni yeh"...
..tak makan nasik lunch semalam... we only had this... bulb...kenyang!!


my white sos...opss sorry tiada dlm gambar...terlupa nak snap..im in a hurry...

RESEPI
Beef Lasagna
8-10 keping kulit lasagna
300g daging cincang
1/2 bj bwg besar holland - cincang
2 ulas bwg putih - cincang
1 tin sos spaghetti original
3 sudu besar tomato puree@ 2 bj tomato - cincang
1/2 bj carrot - potong dadu
3 bj cendawan butang - hiris nipis
1 sk oregano
1 kiub ayam (larut dgn 1 cwn air)

air
minyak zaitun
garam,gula secukup rasa
keju mozarella secukupnya

SOS PUTIH (Bechamel Sauce)
1/2 cwn tpg gandum
2 1/4 cwn susu segar
1/2 cwn keju pilihan
1/2 sudu teh mixed herbs
3 sudu besar butter
lada hitam, garam

CARA:
. Rebus kulit lasagna instant dgn sedikit minya. ketepikan.
. Panaskan minyak zaitun dan tumis bwg putih & bwg besar hingga naik bau.
Masukkan daging. Kacau hingga daging tukar warna. Masukkan tomato puree,sos
dan segalanya..termasuk garam gula secukup rasa.
.Kalau pekat sgt tambah air, masak hingga mendidih dan ketepikan.
. Utk Sos Putih, satukan semua bahan dan kacau atas api yg kecil hingga pekat.
.Sediakan mangkuk yg sesuai utk bakar.Susun kulit lasagna, sapu rata sos daging...lepas tu sos putih..taburkan keju.. Ulangi proses hingga habis. Akhir sekali Sos Putih & taburan keju.
.Bakar 40-60min or hingga permukaan perang.

RED VELVET CAKE ~ my 1st class .Hachom!!

deco by herself .. goodjob aniey

My 1st class mengajar masak. euwwww..tak sesuaai.. Well.. everthing done smoothly. Once a time.. it wuz yesterday...
me & my cute niece in my kitchen... my messy kitchen
We bake. We laugh. We eat  & chat ..eat again ..  & have lotsof fun baking together.
fresh from oven

... so now i dont have to hear anymore.."Kak Ogie bila nak ajar buat RV!!"
cheese all ovarh... yummy!

wish all d' best to Aniey ..  she's really good when comes to makan2...
still single & available & great in cooking...ahaks..boleh buat menantu!

deco by cik Aniey ... xcellent...


a piece is not enough rite! ... :-)
Wah after a class kak Aniey dah start ambil order nampak.... CONGRATS...

Those yg nak try...here u go... Njoy it!



RESEPI RED VELVET CAKEjoy of baking

Bahan-bahan
Bahan Kek

  • 250g tepung kek *
  • 1/2 sk garam *
  • 15g @ 2 sudu besar serbuk koko * (bahan * ayak)
  • 113g @ 1/2 cawan butter
  • 200g gula kastor - resepi asal 300g
  • 2 biji telur gred A - 3 biji utk size M
  • 1sk esen vanila
  • 240ml @ 1 cawan buttermilk
  • 2sm or 4sm pewarna merah
  • 1 sk cuka @ leh ganti dgn jus lemon
  • 1 sk soda bikarbonat
Cream Cheese Frosting
  • 227g cream cheese
  • 227 mascarpone - G ganti cream cheese jer
  • 115g @ 1 cawan gula kastor ( boleh guna icing sugar - lebih keras )
  • 360ml @ 11/2cawan whipping cream
  • sedikit susu segar utk frosting yg agak lembut
Cara-cara
  • BUTTERMILK - Satukan 1cwn susu segar + 1 sudu makan cuka atau jus lemon atau cream of tar tar dgn sukatan yg sama. Biarkan sebentar dalam 10-15min sehingga susu jadi agak pekat.Panaskan oven suhu 170darjah celcius. Sapu loyang dengan butter.
  • Pada bekas lain, satukan gula dan butter. Pukul hingga lembut lebih kurang 1-2minit.
  • Masuk telur satu persatu & putar hingga kembang
  • Warnakan Buttermilk tadi  dengan pewarna merah dan kacau sebati
  • Kurangkan kelajuan mixer, masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk sebanyak 3 kali. (tepung,buttermilk,tepung,buttermilk,tepung)
  • Bekas kecil, bancuh soda bikarbonat dan  cuka or jus lemon hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan sebatikan. 
  • Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40min atau sehingga masak. Cucuk lidi dahulu untuk memastikan kek masak. Jika bersih tandanya sudah masak.
  • Sejukkan dan bahagi kpd 3 atau 4 bahagian.
  • Penyediaan  cream cheese frosting. Satukan creamcheese dan mascarpone cheese dan putar sehingga smooth. Masukkan  gula dan juga esen dan terus memukul hingga smooth lagi. Sapukan setiap lapisan kek dan hias ikut suka.
  • Sejukkan dalam peti ais..lebih lama lebih umpph..Potong dan hidangkan.



Friday, July 22, 2011

Lepat Pisang Nyai' & Durian Su'Mek

Baca tajuk n3 dah tau kan...
apa lagi makan2 laa..
for info every friday off kt buat bacaan Yassin.. & ada kan sikit jamuan kecik kecik jer. Menu tak tetap tapi sapa nak sponser kuih ka apa kaa dialu-alukan. so for today... kt buat lepat pisang (mak kita buat lah!) .. makanan lain pon banyak..so lepat ni buat tambah2 jer...

dah petang2 sket..si su'mec lak datang bawak durian..ewwwww ai tak leh makan duriyen
sekarang larrrr...sotrooot....


D101 - sedddap...


oh! boleh ke tahan tak makan!
ah...tak bley tahan...


 
ai rasa sikit jer taw... tak boleh tahan ngan bau dier..kena join makan gak!


AUMMMM ~ HARIMAU MUDO GOT D' BLUES

AUMMM... kita x tau sgt ckp pasal bola...tengok jer..
for last nite...sure lah kt proud ngan team Harimau Muda..
Cograts to Ong Kim Swee skuad!

lets hav fun with ths photoes...



hear the commentator said NOT OVER THE LINE linesman made a mistake
good game for young tiger








kali ni  defend tak buat silap sangat tu yang penyerang termahal 50 juta Torres & terganas Drogba pun tak boleh nak lepas defend. Huhu


antara retis yg support HM
 



tiket ori ... kt tengok kat Mamak Kader, WANgsa Maju jerk.


Next ... tomorrow...saturday...  S'poh....  hope for d' best!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICK CLICK CLICK