Click Click NOW

Monday, February 7, 2011

GULAI LEMAK CILI API 'KAKI AYAM' @ 'JEJARI AYAM'


Alkisah punca kejadian menu diatas. Makcik YAM (dia ni penjual ayam goreng kat taman rumah lugie..) telah dgn bermurah hati memberi kaki kaki ayam pada jiran tetangga kerana dia hanya perlukan bahagian lain selain dari kaki tersebut. Biasanya kalau kaki ayam ni kita buat supkan..so kali ni tukar selero kepada Masak gulai Lemak Cili Api podas...   So siapa nak cuba sila semak resepi dibawah.


Bahan-bahan:

6 ketul kaki ayam
½ sudu makan serbuk kunyit
2 mangkuk santan
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
lobak merah dipotong (boleh ganti dgn nangka atau ubi kentang)

Bahan untuk dikisar:
10 tangkai cili api
3 ulas bawnag putih
5 ulas bawang merah

Cara penyediaan:

Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bahan-bahan kisar hinga naik bau.
Masukkan santan dan kacau hingga mendidih.
Masukkan kaki ayam, nangka muda, serbuk kunyit, garam, gula dan serbuk perisa secukupnya. Masak hingga semua bahan empuk.
Tutup api, angkat dan hidangkan.


* kita puasa nasi so kita cicah dgn roti. Sodap!

2 comments:

FadhDeela said...

alamakk sedapnyer!!! nakkk!!

Rozy Amir (Owner) said...

nak kaaaaaa...mai tang ni...nak kaki kiri kaaa kaki kanan kaaaaaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICK CLICK CLICK