Click Click NOW

Wednesday, November 24, 2010

APAM BALIK JAGUNG MANIS






Hah mai try test buat apam balik. Kalau jadi masuk mulot. Kalau tak jadi nasib leer... sanang baaa..
Resepi ni dari MyResepi kot..tak pasti...

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ cawan gula
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1 sudu teh baking powder
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 1½ cawan air
  • Sedikit mentega/planta (untuk sapu atas apam yg dah masak)
  • Jagung dalam tin 
  • Bahan tabur : Kacang tanah yang sudah dikisar

Cara-cara

  1. Mesin gula bersama telur hingga kembang,
  2. Masukkan soda, bicarbonate, air dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan mesin lagi sehingga sebati. (ADUNAN SIAP)
  4. Oleskan planta di permukaan kuali & tuangkan 1 senduk adunan tadi, kemudian nipiskan.
  5. Biarkan seketika & sementara menunggu masak, taburkan kacang , kemudian gula di atas.Lepas tu jagung.
  6. Bila hampir nak masak tabur lagi kacang. 
  7. Apabila cukup masak, angkat dan dilipat DUA sebelum dipotong. Selamat Mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CLICK CLICK CLICK