Click Click NOW

Sunday, November 28, 2010

KUIH LOPES - GMIE

Ok apa stok yang ader..? Kelapa parot,,,pulot...daun pisang...gula melaka...bolehlah kita buat Kueh lopes utk sarapan ya!


yang satu dah ada kelapa yang satu lagi belum ada kelapa. Kenapa tak warna hijau? Sebab saya tak pakai apa2 pewarna ya!

 yang ni dah sedia untuk dimakan. Kalau kurang gula sila tambah sendiri ya. Silakan!


Kalau nak tambah..ok boleh sediakan sendiri...kelapa & gula dah tersedia,. Layan diri tau!

Kalau nak buat sendiri ..cuba lah..resepi ada niha..ambik dari MyResepi. Selamat mencuba!


Bahan-bahan ( 40-45biji )
(kali ni saya buat 1/2 adunan je..so semua bahagi 2 ya)

  • 2kg Beras Pulut
  • 1-2biji Abu-chang
  • Secukup Air
  • Daun pisang
  • Air Gula Melaka
  • Kelapa Parut

Cara-cara


  1. Cuci Beras Pulut, Lalu rendamkan bersama abu-chang selama 2jam atau lebih.
  2. Sesudah rendam, toskan.
  3. Bersihkan Daun Pisang, potong saiz kecil, panaskan diatas api supaya daunnya lembut.
  4. Kuih_lopes_004
    Lipatkan daun seperti bentuk segi-tiga
  5. Kuih_lopes_010
    Kemudian masukkan pulut, padatkan, lalu bungkus ketat hingga menjadi bentuk segi -tiga.
  6. Ulangi hingga mendapat 2-3biji, ikat dgn tali rafia supaya bila merebuskannya, pulut tak terkeluar.
  7. Bila dah habis membungkus. Masukkan kedlm periuk besar, tuangkan air hingga menutupi kuih. Rebuslah selama 4jam.
  8. Bila dah masak, keluarkan dari periuk dan biarkan ianya sejuk.
  9. Balutkan kuih lopes dgn kelapa parut, sajikan bersama air gula melaka.
GLOSARI:
ABU CHANG
 Abu-chang ada 2 warna. 1-putih yang 1-kuning.
Selain dari utk buat lopes ianya digunakan utk rendam sotong kering. 
Utk lopes kalau abu chang tak ada boleh guna air kapur.

      No comments:

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

      CLICK CLICK CLICK